30 December 2008

Mansuhkan Keserabutan ini

Sepatutnya semakin banyak belajar semakin pandai,semakin lama hidup semakin matang atau semakin banyak berfikir semakin paham,akan tetapi hakikatnya diri aku semakin bodoh, dan semakin menggelabah dan semakin tak reti.Maka terpaksalah aku membelek-belek kelakuan manusia dan binatang mencari-cari makna dan hakikat kebenaran kerana aku sudah tidak mampu menilai dengan baik.

Semakin aku cuba leraikan keserabutan semakin kusut serabut yang ada...

AAAAAHHHHH!!!!aku mau pulaangggg....

HomoSapien Terdidik

setelah ku baca ku tenung ku teliti ku pandang dari atas kebawah dari bawah ke atas dari kiri kekanan dari kanan ke kiri dari silang terbalik dan dari terbagai segala bagai sudut 360 darjah. Sekiranya kurang 30 darjah atau sepuluh darjah sekali pun nescaya tidak bulatlah pandangan itu.Sesungguhnya satu bulatan itu 360 darjahlah jumlahnya sebagaimana yang di sebut oleh bijak pandai ilmu matematik.Maka setiap pandangan bagi setiap suatu HAL haruslah mengambil kira pertama-tamanya dari sudut agama dan tauhid,kemudian dari sudut kemaslahatan umum baik dari sudut sains dan matematik,sudut kesusasteraan dan bahasa,sudut kesihatan,sudut saikologi kemanusiaan dan beberapa sudut lagi yang menyempurnakan pertimbangan sesuatu HAL.Dengan banyaknya pertimbangan itu maka banyaklah ilmu yang akan di kutip sehingga tidaklah mudah dan pantas bagi kita meletakkan sesuatu hukum dalam sesuatu permasalahan.Proses menjaga yang sedemikian itu lah yang di sebut Wara` didalam bahasa arabnya demi menghindarkan kita dari syirik yang nyata serta yang tersembunyi...

sudilah kiranya aku membentangkan bahawa apa yg telah aku simpulkan melalui proses melihat memandang mendengar memikir menghayati , dan juga lazimnya pada yg mengaji amnya, hanya tertumpu pada asbab dan musabab. Sebab asbab musabab dan apa jua panggilan tuan tuan sekelian, hanya tertumpu pada satu penyebab, tidak mau terkelepet dan tidak mahu mengikut arus orang ramai yg seadanya.

Mungkin, dan mungkin silap aku jua, aku lupa bahawasanya Allah SWT mempunyai rancangan Dia yg tersendiri yg tak dapat kita menjangkau walau dari bulan maupun taik bintang sekali pun. Barangkali kita terlalu berjaga jaga agar tidak termasuk dalam jurang yg dalam yg maha gelap lagi kelam. Sebab pada kebiasaannya manusia itu takut pada sesuatu yg tak pasti yg gelap lagi suram yg tiada cahaya mau pun cahaya dari torchlight dapat menembusi gelap gulita itu. Andai ada keyakinan yg maha yakin maha tinggi pada keEsaan Allah SWT pastinya akan terpancar sedikit cahaya menerangi suram kelam gulita itu walaupon terperuk jauh di dasar lubuk.

Mahu aku bertanya pada sahabat sekelian, hati itu diduduki oleh siapa? Akal tu di kontroli oleh siapa? Biler berlaga berdua nya , siapa yg menjadi pengacara serta pengadilnya?

sahabat2 yg bijaksana, seandainya ada seekor monyet tetiba makan nasi beriyani dan tak mau pisang yg lazimnya menjadi makanan monyet, apakah tuan tuan akan kata monyet itu bukan lagi monyet ?

paham aku cuma satu,jadilah akan monyet tu monyet yang berilmu, moden dan berduit kerana mampu membeli nasi beriyani itu...

tapi mana dia dapat kebersungguhan utk mencari duit membeli nasi beriyani itu sudah tentu dari keboringan dalam memakan pisang. berterima kasih akan monyet pada pisang itu kerana pisang, monyet itu sudah rasa kesedapan pisang itu. itu sudah satu nikmat.mencarilah monyet akan nikmat lain plak tanpa lupa, pisang itu tetap menjadi tandan pisang diruang kamar beradu sesudah kenyang memakan nasi beriani.kenapa digantung tandan itu kat bilik? pasti utk monyet tidak alpa, lupa dan pelupa serta menjadi hambaNya yang bersyukur.tapi bila dah pokai, makan jugak monyet pisang itu.

kenapa?
sebab itu dah fitrah monyet... pisang buruk atau pisang baik.. pilihlah monyet itu nanti...

monyet beriani atau monyet pisang.dia tetap monyet yang akan silap jugak memilih.walaupun sudah termakan lada pasti suatu hari tercekik dalam memakan KFC bertulang,tersedak dalam minum kopi susu,sebab terlebih susu atau terlebih kopi.

belajar perlu belajar,takkan putus sampai mati pun.pasni monyet nk blajar mkn pizza plak dekat Darussalam.apa yang monyet tahu, makan yg ader cop HALAL...

Sempurna?

Semenjak semalam aku memikirkan..betapa selama ini aku membeli dan memakan donat tetapi hanya makan bahagian tepinya sahaja..sebaik sahaja habis bahagian tepinya,lubang donat itu pun hilang secara tiba-tiba tanpa sempat aku memakannya.Pagi ini aku mencari donat yang kecil sedikit ukurannya agar boleh akumasukkan sekali gus kesemuanya kedalam mulut...akan tetapi Mak cik warung kata hari ini tak buat donat.Apa yang kita nak..itu lah yang selalu kita tak dapat.

Epilog Tahun Lama Sebelum Tahun Baru

aku rasa tak payah jadi cerdik.tak payah jadi bijaksana.tak payah nak jadi genius sangat.cukuplah kalau kita sedar.memadai dengan sikit faham dalam otak dan akal fikiran yang kita ni manusia.memang takkan ada yang sempurna dalam konteks menjalani kehidupan di alam malikul biol.di alam malikul biol warna-warna baldi kelihatan kelam.berkata syeikh di alam malikul biol 'berada di alam malikul biol lebih baik seribu tahun berada di alam lailamajnun'.

Selesai sudah merenungi setahun episod kebiolan...

Aku masih baru...walau dah hijau gelap, teringin benar nak tahu.
Satu ketika heboh kisah si anak mengadu hal...siibu bapa pengamal ilmu sesat. Larilah Si guru serta para pengikut kerana diserbu. Si anak lantang bertindak menyalahi orang tuanya. Maka yang kurang tahu berlagak kononnya tahu hendak menangkap. Anak...tanpa orangtuamu siapalah diri kamu? Tergamak menghukum tanpa sebarang tahu.Tidakkah memfitnah lagi memburukkan orangtua satu perbuatan derhaka. Kalau tak setuju jgn diturut apa lagi dihina. Dah depan mata terlepas jua.

Disuruh duduk, maka duduklah ia. Disuruh makan lalu makanlah ia.....tapi asal tengok je karipap, bedal aje. Tidaklah diambil kira ianya berintikan sardin ke, sayuran ke, daging ke.bukan kerana tak nak ambil tahu, tapi lebih kepada buta kayu. Itulah dunia hari ini, mencari kemewahan bagaikan hidup beribu tahun. Walhal roh singgah sebentar di badan. Lupa mencari Pencipta, kira lupa Tokey lah.

hidup ibarat bazar Ramadhan.ada bermacam pesen kuih aneka warna dan rasa.nafsu ibarat karipap.dengan tiba tiba "Karipap' telah menjadi pandai bersempena dengan 'Bazar Ramadhan" yang ada di setiap selekoh jalanraya.kelihatan Karipap telah diangkat ke darjat yang sangat tinggi, melampaui kemuliaan kuih bangkit yang tak bangkit bangkit semenjak dari awal kejadiannya.Karipap juga telah mengatasi kepopularitian Mawi serta Cucur Badak dan juga Kuih Kasui dari segi undian SMS semenjak Akedemi Bazar Ramadhan berlangsung.Karipap juga telah disanjung dan dipuja melebihi dari puji pujian kepada Ayah Pin oleh pengikut2nya. Orang ramai telah menubuhkan Kultus Karipap di kotak fikiran mereka sejak dari Jam 11 pagi lagi setiap hari...Ingatan serta zikir terhadap Karipap makin menjadi jadi menjelang Jam 3 hingga jam 6.30 ..yakni waktu puncak Enchek Karipap mencapai tahap sawai paling tinggi dari orang ramai.

Disebabkan fenomena tersebut..Enchek Karipap cuma mendengus ..."Elehhh" sewaktu membaca tentang kemunculan Gula Melaka Ayah Pin yang baginya bukanlah satu saingan.malah Popiah Basah, kering serta lembab pun seakan akan memunjukan rasa iri hati mereka.Akan tetapi cuma Enchek Apam Balik sahaja menunjukan ciri ciri jejaka Cool kerana beliau sedar bahawa itu cuma fenomena sementara dan bermusim.kerana beliau pasti orang ramai pasti akan mencarinya semula bila musim telah tamat kerana hanya Enchek Apam sahaja yang akan dapat Balik.

lalu buah pinggang aku terfikir..Apakah ini bermakna kita harus menjadi APAM supaya perjalanan kita ini akan selamat?

tiba-tiba ilmu aku bersuara " tak perlulah kita menjadi APAM .sedangkan menjadi Ayah Pin pun tak seselamat mana sekarang ni, ini kan pula menjadi Apam Balik...yang tak tau mana dia nak pegi...yang dia tau dia nak balik saja...nak balik pegi mana,dia pun tak tau. jadi adalah sangat elok rasanya jika kita menjadi kita, dan mereka menjadi mereka, aku menjadi aku,kau menjadi engkau"

logik akal pula mencelah "kita tidak perlu menjadi Karipap mahupun Apam atau apa jua seangkatan kuit muih yang lain. Sebaliknya kita perlu memakan karipap atau apam tersebut untuk menjamah kelazatannya. Kelazatannya bertambah apabila sambil menikmati juadah tersebut sekiranya kepala kita tersangkup di dalam baldi yang tidak pasti apakah warnanya...
Persoalan warna baldi tersebut semakin pudar dari ingatan sewaktu menikmati karipap dan apam itu. Setelah kekenyangan, maka akal malas berfikir dan langsung terlelap sambil baldi tertangkup di kepala"

ketika itu muncul pula iman yang takbur "lantas berhujah,

"Adapun pada tafsiran hamba yg lemah, hakikat itu hanya pada tersurat sedang tersirat itu tak lebih dari tambahan semata. Maka adanya tersirat itu bergantunglah atas pada apa dihajatkan. Jika baik maka baik adanya dan jika buruk maka buruk adanya, begitulah ketetapan PENCIPTA buat hambanya yang lemah. Namun jika baik maka buruk maksudnya begitu pula buruk maka baik akhirnya tidaklah layak hamba mena'akul kerna ia hanya berhak pada sang PENCIPTA."

setelah mengambil napas sesedut dua,disambungnya lagi.."Sesungguhnya sudah tersurat akan wujud nya pelita itu untuk menerangi dan adalah bukan hakikat pada pelita itu untuk menggelapkan kegelapan. Sudah tersurat juga bahwa pelita itu memerlukan minyak untuk proses membakar sumbu maka jika tiada adanya minyak tidak pula sumbunya menyala. Dan sudah hakikat juga bahawa sesungguhnya sumbu itu perlu dibakar dengan api supaya ia terbakar dan sudah ketetapan PENCIPTA untuk hambanya yang lemah bahwa sumbu tidak akan terbakar dan pelita tak akan menyala jika tak dibakar akan sumbunya itu. Namun bukanlah HAK hamba untuk mena'akul bagaimana pula terjadinya pelita menyala tanpa api dan minyak kerna itu adalah HAK PENCIPTA adanya. Maka tersiratnya disini yang boleh dita'akul adalah dari banyak jurus seperti mana kebebasan yang telah PENCIPTA berikan untuk hambanya berta'akul."

"Maka adanya antara yang sempat hamba terlihat adalah pada perihal pelita tak berminyak atau tak dinyalakan api itu maka tidaklah lain dari melarikan diri dari hakikat kewujudan pelita itu untuk bersinar menerang kegelapan. MANUAL yang diberi sang PENCIPTA tidaklah lain dari tujuan menerangkan menyuluh di kegelapan dan bukanlah untuk menyediakan segala macam kekusutan serta kesusahan sehigga tersungkur padanya hamba-hamba tersadung kayu yang menunggul. Adalah tidak bermanfaat lagi padanya pelita jika lari dari hakikat dan tiadalah guna pelita bila lari suratannya. Namun atas inovatifnya umat manusia atas kebebasan dan keterangan PENCIPTA maka lahirlah lampu letrik tang tak perlu menggunakan minyak dan api namun masih menggunakan matlamat, suratan pada hakikat keterwujudan yang sama," terangnya setelah nafas tersangkut di buku lali.

Hasad pulak datang membantah..dengan satu napas.
"humang aiii...kalah ayah pin...berkajang...apo ekau cito pelito,sumbu,minyak bobahgai ni ha...
kalau ekau nak cito bab cahayo...cahayo yo lah..full stop.takdo cito sumbu,minyak,pelito,mancih api pabagai...."cahayo" tajuk eh...itu lah hakikat eh..yang lain tu..syariat..pelengkap....dah tak yah cito dah...ini ekau cakap bebolit bolit...nampak macam karyawan..tapi tak ketahuan..apo lah ekau ni...udah..kalau nak belajar...poie boli karipap dulu kek bazar ramadhan..."

29 December 2008

Return Of The Serabut III

Astaghfirullahalazim.......

Tiba-tiba sahaja subuh tadi aku terbangun serentak di dalam tujuh alam.Semestinya akan jadi teramat sibuklah untuk aku mengendalikannya pada hari ini.Akal dan nafsu sudah berperang semenjak awal.Masing-masing berebut untuk menentukan corridor of power siapa yang akan memerintah alam Saghir pada hari itu.Sedang ilmu masih terkulat-kulat menyemak pelajaran yang lepas dan masih was-was untuk memberi hujah yang terang.Hanya halal,haram,,makruh,harus dan mubah saja berlegar-legar di atas paksi syariatnya.Syirik aku di tujuh tempat pagi ini sedang tubuh belum pun bangun menjalankan perintahnya.

Keserabutan sebegini kadang-kadang membuat aku ngeri kerana pengalaman yang lalu mengajar aku bahawa akal harus di jaga.Hijacking Emotion tidak sepatutnya berlaku kepada siapa juga yang ingin menjadi khalifah dan memimpin alamnya sendiri.Lainlah bagi hamba yang terpilih.Di angkat kalamnya dan bebas merdeka mereka itu berjalan di alam syhadah ini bagaikan syurga sudah sampai terlalu awal kerana rindunya.Puas mereka itu mengembara di alam wahdah,ahdah,misal dan tujuh puluh ribu alam lagi.Afalnya menjadi makrifat...lisannya menjadi hakikat .Biar pun lafadznya bukan tafsir harfiah namun bahasanya adalah bahasa Tuhan.AH..Beruntungnya..Beruntungnya...Beruntungnya`!!!

Menyesali nasib,menolak untung baik,berputus asa ,kecewa dan bersangka buruk...haram,syirik,berdosa` Ilmu aku yang separas dada itik memberi hukum.

Nafsu bingkas bangun`Lalu apa yang kau katakan andai hakikatnya hanya bermain di dalam otak dan belum pun terlaksana ayat perintah bangun kena buatnya`

Ilmu terkulat-kulat lagi menyemak pelajaran yang lepas-lepas.Kerana tidak serius maka banyak juga yang sudah terlepas dan tidak sempat dihambat.

aku sudah mula rasa ingin ketawa.Padan muka.Persoalan semudah itu pun Ilmu aku tidak mampu menghuraikannya.Memang aku sorok ingatan itu di dalam buah pinggang.Bukan kerana apa.Banyak sangat connectionnya apabila aku simpan dalam otak.Selalu sangat apabila ilmu dapat memberi hujah yang hebat dan tajam nafsu yang sering mengintai peluang akan cepat saja menyelinap ke dalam hati memberitahu kehebatan itu.Takbur,bongkak dan sombong mudah sahaja di tepis ilmu dengan senjata ampuh bernama akhlak.Tapi ujub dan riak terlalu halus hinggakan tiadalah ilmu aku mampu mengawalnya.Pelbagai disiplin telah aku kenakan untuk mengasuhnya dengan pekerti dan adab.Namun aku masih juga tidak dapat mengajarnya dengan betul menyebabkan dia tersangat kurang ajar.

Terlalu susah untuk aku katakan walau pun ayatnya terlalu mudah.`Aku adalah sifat....alimun itu sifatnya..sifat dan zatnya tiadalah bercerai tanggal.Dialah ilmu dialah sifat dia lah zat`...DIALAH AKU.

Ilmu tersentak dan nafsu pun menyala-nyala kemarahan.`Engkau syirik,engkau kafir,engkau melampaui batas`Serentak dan muafakat mereka berkata sehingga memenuhi ruang alam saghir ini. aku buat tidak tahu saja. aku biarkan mereka berperang sehingga letih kerana hari ini aku sudah ada perancangan sendiri.Tidak mungkin aku terlibat dalam peperangan mereka tentang hakikat dan makrifat sebagai pemimpin negeri aku sekarang.Urusan aku lebih besar dari mereka yang hidup dengan gelaran-gelaran. aku tidak perlu semua itu. aku hanya perlu gayung dan towel kerana aku mahu pergi mandi.

22 December 2008

Globalisasi Bistari

Seawal pagi sebelum burung bangun dari tido jiwa dah berperang dengan ilmu yang separas dada itik.Serakah pula ajak bergaduh one-by-one dengan logik akal yang sebesar otak berudu.Semua tu makin merunsingkan ..bukan meleraikan apa yang sebelum ni sudah tersedia maklum serabutnya mencapai tahap jeruk kelubi.

Raksaksa lampu mengadakan protes jalanan untuk mengemukakan memorandum kepada sultan bagi memansuhkan dominasi penggunaan baja subsidi oleh kelompok ninja lampin kepulauan carribean.Media massa..baik media cetak,elektronik dan multimedia menyiarkan kisah agung sepasang kasut terbang yang menjadi simbolik ucapan selamat tinggal bagi syaitan yang mengamalkan konsep matlamat menghalalkan cara.

Rasuah disana-sini.Artis bercerai berai.Tanah runtuh,banjir kilat,tsunami, puting beliung dan segala kuasa alam telah bersuara untuk mengetuk pintu hati manusia.Ingatan pada manusia bahawa mereka bukanlah kuasa mutlak mentadbir alam..Bumi kita dah makin tua.Bumi kita dah sakit tenat, oleh kerana itu ahli cerdik pandai (serabut) dari negeri orang putih sana menyiarkan sekeping dokumentari bertajuk "The Day The Earth Stood Still"..lebih kurang gitulah tajuknya.Makhluk angkasa yang kita tak tau wujud atau tidak beria2 menyelamatkan bumi kita dari tangan manusia rakus yang berevolusi daripada monyet Darwin sedangkan manusia itu semakin hari semakin membunuhnya..malah berbunuhan pulak sesama sendiri.

Sesekali fail lama tersingkap kembali.Fail bertajuk Khazanah Alam,Kenyir.Banjarannya berkabus,okisgennya tepu,buminya basah menghijau dibasuh hujan setiap hari.Kedinginannya menggigit tulang membuat perut lapau sentiasa.Ini lah timenya cekodok semalam begitu berharga.Nasik sejuk dan kepala ikan masin menjadi hidangan paling lazat…lapan ploh kali lebih lazat dari masakkan dapur istana zaman silam.Air besar akibat hujan di hulu menyerbu masuk ke Tasik membawa sekali sampah sarap yang di tinggalkan spesis homosapien yang kurang terdidik dengan ilmu pentingnya menghormati Alam.heyyyy….beratus pendita sudah bercerita…beribu ulama zaman berzaman sudah berpesan.."gunung ganang bukit bukau itu paksi alam…gunung ganang bukit bukau itu paku alam"…"gunung-ganang bukit bukau itu balancing dierrrrr….paham dakkkkkk…Balancing dierrrrr".Tayar kereta kita pun ada balancing…cer cabut satu tengok tayar jalan pewai ke tidak…selo-selo tak per…kang bila speed bergegar body dier.

Jangan gelabah…jangan panik hingga kita mengabaikan amanah.Sebagai khalifah ,Tuhan suruh kita jaga alam…hormati alam…cintai alam….tapi kalo kita kurang ajar dengan alam..korek sana korek sini..tebuk sana tebuk sini,letup sana letup sini semata-mata kerana merebut laba dan kuasa..semata-mata kerana nafsu yang celaka….tunggulah masanya alam tidak lagi bersimpati dengan kita.

20 December 2008

The Year 2008

I am tired with the whole process of leaping from one person to another for love and support is just too exhausting. Why can’t there be just one person who will be permanently there that we can depend on? Love is not an obligation, it is a gift. We should be happy and not in under pressure in supportive relationships. A stressed relationship is certainly an unhealthy state. Everyone needs someone in their life. To love and depend on other people, and have them love and depend on us, can be the most fulfilling part of life. Be it our parents, siblings, or spouse, our connections with other people can be a source of comfort, support and security.

Sometimes I feel that I am selfish, but when we become so attached to someone, it becomes difficult to detach ourselves from that bond. I am afraid of being alone again. Having nothing to do when I’m with somebody can still be fun. But not having someone around to spend my free time with is unbearable. Being alone is just lonely.

Roads do part. Farewells take place. As hard as it gets, I need to acknowledge that the time has probably come for me to let go.It’s not easy being alone… again. But it’s time to cut the apron strings.I better start sharpening the scissors. Coz even if I wanted to hang on to it, the other person might not be holding the other end of the string.

Life is meant to be enjoyed. Isn’t that how it’s supposed to be? Then why am I putting up with the kind of life than I’m having right now?

19 December 2008

Serabut The Return II


Salam kasih sayang buat seluruh makhluk yang bernafas dan yang berdiri dengan hakikat masing-masing.Sebagaimana yang telah aku sebutkan di awal bicara,karya ini di tulis untuk memenuhi permintaan yang berulang-ulang semenjak ratusan tahun yang lalu.Di titip untuk para teman,sahabat dan saudara-saudara aku yang telah terjebak di alam serabut dan tahap kebiolan melampau.Marilah kita bersama-sama menyusun kembali file-file yang bersepah-sepah di dalam kepala otak kita.Ada pun tradisi si fakir yang di tohmah sebagai manusia bidaah atau si gila Samnun itu aku lanjutkan atas dasar persaudaraan jualah adanya.Keserabutan selalu ada dan pasti ada keserabutan sejati di dunia ini.Namun mencarinya bagaikan trouble shooter atau jua umpama ikan di dalam kolam yang mencari air.Biar pun pelbagai ragam serta bentuk atau terdapat perbezaan simpulan di dalam urat-urat kepala kalian namun antara faham keserabutan kuno dan aliran serabut moden,segalanya terletak pada bukti rasa individu itu sendirilah adanya(tempat untuk merenung kembali warna-warna baldi masing-masing)
ARISTOTELES adalah seorang guru besar di dalam dunia yang penuh kebiolan ini akan tetapi ia tetap bergantung kepada pendahulunya seperti HERMES,AESCULAPIUS dan lainnya di dalam rentetan yang sangat panjang.Mereka mungkin terbahagi kepada beberapa tingkatan,sebahagian lebih biol dari yang lainnya sesuai dengan tahap pemikiran,kefahaman dan kepercayaan masing-masing. Apapun bagi teman, sahabat dan saudara-saudara aku..menjalinkan pandangan batin dengan pengalaman adalah jalan yang terbaik di banding hanya menguasai salah satunya.Bersesuaian dengan pesan pendahulu jalan keserabutan ini "sebagaimana binatang cicak mati apabila jatuh kedalam cuka demikianlah juga binatang cuka akan mati apabila jatuh kedalam binatang cicak".

Apa yang pasti prosesnya amat panjang dan menuntut kesabaran yang amat tinggi.Ketahuilah juga tanpa kekuatan akal di dalam mengawal keserabutan ini saudara-saudara aku sekalian akan di hantar ke tanjung rambutan atau hospital bahagia oleh orang-orang gila yang mengaku dirinya waras.Di dalam keserabutan ini persepsi tertentu harus di kembangkan dan pengembangan harus lah bergantung kepada persepsi.`HAL` ini sejalan dengan method skolastik di mana berbagai pengalaman di bentuk dan berbagai idea membentuk idea yang lainnya.Maka sekiranya undang-undang ini tidak di patuhi maka seseorang itu tidak layak di gelar manusia sedar dan waras. Tercatatlah sudah sejak zaman berzaman di dalam fahaman skolastisisme formal perbezaan akal dan inspirasi tersangatlah pentingnya sehingga pembaca yang belum tahu pada awalnya amat sulit untuk memahami yang seterusnya.

Bagaimana individu yang tidak mengenal angka-angka akan menyelesaikan satu masalah matematik dan bagaimana mungkin individu yang tidak mengenal huruf-huruf akan membuat suatu karangan bertajuk `Manusia sedang melalui proses evolusi menjadi monyet`.Maka demikianlah aku memulakan .Orang yang tidak mengetahui warna baldi masing-masing belumlah boleh diceritakan tentang perihal motosikal dan lori tempohari. Apa kena mengenanya, apa pun alasan kaitannya kesinambungan di antara gambar di atas dengan isi kandungan penulisan ini...aku sendiri serabut memikirkannya.

18 December 2008

Skolapstik Bacaan Serabutii

"Jika kau tidak mengerti HAL-HAL ini tinggalkan lah.Jangan bergabung dengan pengamal-pengamal kepalsuan dan kebodohan...kerana mereka tidak memahami rahsia-rahsia jalan tersebut"(Syabistari;secret garden/ terjemahan johnson pasha)

Telah di tiupkan perkhabaran kepada sekalian orang banyak semenjak belum wujudnya pentium five,hologram,weblog,infrared,bluetooth mau pun digital camera dan pen-drive akan perkataan jika ada pun buku teks tertulis kisah-kisah mengenai keserabutan ini maka buku tersebut pastilah bertajuk `HADIAH-HADIAH PENGETAHUAN`(Awarif al-ma`rif) yang di tulislah akan dia pada abad ke tiga belas yang lampau serta telah di kajilah akan dia oleh anggota-anggota dari semua pengamal jalan serabut semenjak zaman berzaman.


Tercatat di ingatan ramai pencinta-pencinta ilmu akan nama penulisnya Syeikh Syahabuddin suhrawardi(1145) yang telah menguasai akan dia oleh hampir kesemua gabungan theory,ritual dan praktikal pada zamannya.Dia juga telah mendirikan sekolah-sekolah pengajaran cara-cara mengenal dan menyusun file-file yang bersepah di dalam kepala otak ahli-ahli serabut pada ketika itu yang dekat dengan istana Parsi dan India.Dia juga mendahului ahli-ahli serabut pada zamannya.Ada pun menurut pemerhatian buah pinggang aku kitab tersebut memang melampau-lampau bestnya bagi kita peminat-peminat aliran serabut kerana memaparkan tahap-tahap lahir dan awal yang mempunyai daya tarik untuk memahami kumpulan atau karya tulisan golongan yang berserabut kepala otaknya itu.Ia juga mempunyai muatan pemikiran dan amalan dasar dari para mistikus sekali gus menangkis tanggapan masyarakat yang memandang pengamal jalan serabut ini sebagai orang gila dan sebahagian lagi di sudan di anggap sebagai orang-orang biadap.




Pada suatu kesempatan yang lain seorang yang melampau-lampau serabut otaknya mengarang teks-teks kutipan dari sir william jones,Malcom,The Secret Garden karya Syabistari,Darvishes,brown dll bagi menjelaskan bahawa ahli serabut agung telah `di salah ertikan dan di salah fahami` oleh penyair Emerson dan lain-lainnya.Dia juga menegaskan bahawa Islam melarang kerahiban`(monastisisme) lalu sebagai jalan keluar orang-orang pada masa berikutnya di kenali sebagai orang yang tidak di kenali oleh yang bukan ahlinya.


Benihnya di taburkan pada masa ADAM,Disesuaikan pada masa NUH,Bersemi pada masa IBRAHIM,Berkembang pada masa MUSA,Mencapai kematangan pada masa ISA dan menghasilkan sari anggur pada masa MUHAMMAD.

14 December 2008

Serabut Ini Membiolkan Aku

Masa adalah sebuah kapalterbang jet.setahun bagaikan sebulan...sebulan bagaikan seminggu...seminggu bagaikan sehari...sehari bagaikan satu jam...satu jam bagai kan sedetik...sedetik bagaikan percikkan api.Hanya sedetik rasanya aku duduk di dalam kebekuan dan kebisuan kata di alam strebentuen ini.Hanya memerhati dan merenung sedalam-dalamnya hinggakan aku lemas di dalam diri sendiri.Kepetahan aku berkata-kata semakin pudar.Kebodohan dan kebebalan aku semakin menebal.aku sudah tidak pandai lagi mentafsir dan mengambil ikhtibar.Hanya ketakutan semata-mata apabila kebuasan dan nafsu kebinatangan semakin menguasai kebanyakkan pemimpin manusia.aku bagaikan menunggu sahaja kebinasaan yang bakal datang melanda.Tiada daya dan upaya aku untuk turut serta dalam pertempuran akhir zaman ini.Para auliya tersembunyi di liang-liang zikir menunggu pertempuran terakhir.Si Jahil dan bebal di beri amanah.Si fasiq petah berkata ayat-ayat Allah bagaikan mereka tidak terlibat di dalam hukum yang di wahyukan.Si Zindik begitu ghairah menjenamakan semula agama seolah-olah Sang Nabi terlupa menyempurnakan amanat terakhir di dalam khutbah Wida` nya.

Maka apa lagi yang tinggal kepada si Fakir yang haus dan dahaga selain menunggu setitis rahmat yang mampu menyiram jiwa yang telah kian lama terbakar.Aku sudah banyak lupa.sebahagian sel-sel otak aku sudah mula mati kerana radiasi dan gelombang selular anugerah kemajuan.Kini perlahan-lahan aku menapak kebelakang ketika saudara-saudara yang lain berkejar mengejar entah apa di hadapan.Berebut dan berantakkan malah sering keji mengeji mengira kuasa dan harta.Sedang hakikat masa hanya tinggal sedetik cuma untuk kita melangkaui barzakh.

Maafkan aku Membebel tidak keruan kerana aku tidak berhajat mencari jawapan lagi.akusudah bodoh dan bebal.aku sudah tidak pandai mengira dan mengeja.aku hanya bertanya kalau-kalau ada pendeta di luar sana yang mampu memujuk aku dengan berkata:

"Sedetik itu terlalu lama ...kerana engkau sepatutnya mati sekarang....Tapi jika engkau meminta bermakna engkau mengajar Tuhan...Maka diamlah".

Izinkan aku untuk diam beberapa ketika lagi...

11 December 2008

PERSATUAN KENASEPAK MALAYSIA


24 tahun sudah berlalu, mayat FAM belum dikapankan !!!


Assalamualaikum,, hari ini aku takda semangat nak buat kerja....bukan malas atau sengaja mengabaikan tanggungjawab tetapi entah tetiba tergerak pulak untuk menulis sepatah dua kata.Tambah pulak,dah sekian lama tak menulis dalam blog serabut ni. Hari ni, 12 Disember 2008 dah 24 tahun FAM di bawah presidennya, merangkap peminat nombor satu bolasepak malaysia tersohor mencatatkan kemusnahan bolasepak malaysia lagi mengaibkan, SEJARAH kegagalan Harimau Malaya, Projek Barcelona '92 dan Olimpik 2000 ternyata sudah cukup mematangkan Fan-fan bolasepak Malaysia. Sebelum itu projek Olimpik 2000 yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan dibimbing oleh Hatem Souissi dari Tunisia turut mencatat sentuhan kecundang ketika pusingan kelayakan di Hong Kong dan Jepun lapan tahun lalu(kalau tak silap aku). Si Alan Haris tak payah nak ceritalah satu tanah malaya dan dah sampai tembok besaq cina pun dah tahu.


Kesudahan yang menghampakan turut dicatatkan oleh Projek Barcelona '92 bimbingan Chow Kwai Lam dan Harimau Malaysia 1988 asuhan Abdullah Mohamad yang masing-masing dibentuk dengan misi layak ke dua temasya Sukan Olimpik, hanya tinggal janji-janji kosong dan mangkak sahaja. FAM mengapa anda-anda semua di lahirkan di bumi Malaysia yang bertuah ini? Untuk menampung kos-kos pembohongan FAM yang lepas-lepas nie aku rasa eloklah jika FAM terbitkan sebuah mega movie ‚’Satu Yang Jahanam“ bukan lagi ‚Enam Jahanam’ movie popular Allahyarham P.Ramlee. Dua puluh empat tahun bukannya 20 hari wahai FAM, kalau latih kuda, gajah, rusa, buaya, kambing, kaldai, gergasi, harimau, badak, seladang, lembu, unta, orang utan, pun silap-silap dah pandai main bolasepak.


Sekurang-kurangnya negara Malaysia boleh jugak di jadikan ‚benchmark’ yang berjaya melahirkan bintang-bintang binatang yang boleh di jual ke syarikat-syarikat Sarkis Antarabangsa. Dengan ini juga boleh menampung kos-kos infrastruktur padang-padang sekolah, Stadium Bukit Jalil serta projek kompleks sukan di Janda Baik, pahang yang menelan belanja jutaan ringgit. Maka FAM bolehlah membina empayar yang lebih kukuh bukan lagi untuk sepenggal, mungkin 7 keturunan pun tak pa. FAM tak marah, MSN tak kecil hati, kerajaan tak susah hati dan duit rakyat terselamat. Fikir-fikirlah FAM yang mana ‚bolasepak yang mana ‚sepakbola.


Kehebatan ekonomi sesebuah kota di Eropah dikaitkan dengan prestasi pasukan bolasepaknya. Wajarlah terdapat pemain-pemain terbaik dalam sesebuah pasukan di kota Perancis, umpamanya, dibeli oleh pasukan lain di kota Sepanyol, dengan harga antara RM100 juta atau RM200 juta. Dengan pelaburan begitu, pasukan yang membeli boleh menarik lebih ramai penonton ke stadium. Harga tiket juga boleh dinaikkan. Siapa yang untung?? Dari situ, pasukan itu berada dalam kedudukan menaikkan harga hak liputan penyiaran kepada stesen-stesen TV. Ini tidak, hujan tidak, ribut pun tidak laporan mingguan bolasepak Malaysia hanya ada pada slot tengah malam tepat pukul 12.30 malam, waktu itu sesuai sangat untuk buat aksi mimpi aje, silap-silap haribulan dapat gak main dalam mimpi dengan ronaldo, beckham, alan shearer, owen, ataupun dengan zainal abidin. Siapa tahu?? Ini dia kalau nak tahu, pada tahun 1998, FAM telah menandatangani perjanjian lima tahun bernilai RM35 juta setahun dengan penaja utamanya, Dunhill, pada kala itu. Ingat ke tak ingat? 35 juta setahun!!!...Apa yang Fan boleh di banggakan. Persoalan ini mungkin tentera penceroboh di IRAQ pun huru hara nak menjawabnya.


Demikianlah secara ringkas rentak permainan bola, dari segi politiknya dan juga sebagai pencetus ekonomi. Mengapa perkara ini terlalu sukar buat bolasepak Malaysia, mungkin untuk sepenggal lagi. Itupun kalau tuan presiden berpegang pada janjinya, kalau dia letak bersyarat lagi macam tahun-tahun lepas...kui..kui..kui...malas aku nak ulas laa..kena ISA plak kang. Malaysia BOLEH!!...ahaks... Kalaulah seladang di Zoo Taiping boleh ketawa, gerenti dah lama mati pecah perut dengan lakonan mega movie dari FAM ini.


FAM, ibarat stadium yang sudah tidak bernyawa tetapi belum dapat dikebumikan kerana doktor pakar tidak memberikan pengesahan sama ada FAM telah mati ataupun masih nazak, sedangkan jantung sudah tidak berdetak, nadi sudah tidak berdenyut. Kalaupun FAM sudah mati di bumi Malaysia, Fan-fan pula tidak diberikan permit untuk mengkebumikan mereka di mana-mana tanah perkuburan. Jadilah FAM bagai polong tidak bertuan, bolasepak terus menderita, batin Fan tersiksa, stadium penuh dengan hantu jembalang, komplek sukan terus jadi tanah perkuburan.Dari menanggis, meraung, merajuk FAM bakal buat apa sahaja untuk menagih simpati Fan mahupun kerajaan Malaysia. Kalau kerusi kerajaan yang memerintah yang tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan boleh jugak kita terimanya kerana rakyat tak sagguh melihat perbalahan di dalam pemerihtahan negara Malaysia. Tetapi seandainya bolasepak Malaysia di bawah naunggan FAM pun nak buat perkara yang sama, nampak sangat akan keganjilannya. Di ulang dengan suara yang lunaknya bak suara Siti Nurhaliza ataupun Anuar Zain, 24 tahun dahhhh wahaiii FAM oooiii....bukan nya sehari sayangggggg...cak pong, cak pong...



Ini jelas terbukti pada ketika suasana tenang berlaku dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada mesyuarat agungnya yang ke-41 di Kuala Lumpur beberapa tahun lalu, Ketika pencalonan untuk kerusi empat naib presiden dibuka, Datuk Mokhtar Ahmad atau lebih mesra di panggil dengan nick name ‚Tok Mok’ telah dicalonkan oleh wakil Kedah, lantas Tengku Ahmad mengumumkan beliau tidak mahu dicalonkan untuk jawatan tersebut, ibarat rajuk la sebab tak dengaq kata memanda, lihatlah dalam pemilihan yang kudus itu pun ada nilai-nilai antara dua darjat.Malangnya, pencalonan Mokhtar telah ditolak apabila pencalonan beliau tidak mendapat sokongan, sesuatu yang pertama kali berlaku dalam sejarah mesyuarat agung FAM. Ini bukan cerita misteri nusantara, ini kisah benar di dalam pemilihan ahli majlis Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Apakah kita boleh terkelip-kelip bijik mata sahaja melihatkan perkara seperti ini berlaku. Kalau Ramlee MS nenggok Khai terkelip-kelip pun dia pasti MANGKAK!!...


Bukan rahsia lagi bahawa Tok Mok mahu merebut jawatan Naib Presiden FAM tetapi Tengku Ahmad telah memberi amaran kepada timbalannya itu agar tidak bertanding sekali pun dicalonkan kerana beliau sendiri berhasrat untuk berkhidmat sepenggal lagi sebagai ahli majlis FAM. Apabila Tok Mok dicalonkan, Tengku Ahmad yang mungkin merajuk bangun dan menyatakan beliau enggan dicalonkan. Lihat sahabat, lihatlah dunia, betapa Kompleks Janda baik menjadi projek cukup baik buat FAM. Sepenggal lagi bermakna fan-fan bolasepak di Malaysia terpaksa membooking pakar-pakar plastik surgeri untuk sepenggal lagi kerana sudah kompem muka-muka fan malaysia yang handsome-handsome ini bakal terus di malukan dan di aibkan buat sepenggal lagi.Hhhmmm...sedar tak sedar coretan aku kali nie dah boleh di NOVELkan. Sekian untuk kali ini jumpa pada coretan di lain waktu.


Buat yang termakan cili kering aku tu di harap terang biji mata dan sedarkan minda kerana aku dilahirkan bukannya sebagai pakar motivasi yang handal seperti Datuk Fazilah Kamsah mahupun secun Datuk Dr. Masitah. Aku hanyalah salah seorang peminat Bolasepak yang pernah dok menyanyi lagu negaraku di stadium nasional yang kini dah semakin sepi. Bak kata Kapten Rimau, pemain malaysia kini tersentuh tali kasut pun boleh cedera setahun. Bukan apa semuanya kerana FAM. Kerana siapa??.. Anak buah aku kat sekolah kampung melayu subang pun dah pandai kondem FAM, inikan pula aku


Sempena 24 tahun telah berlalu FAM masih boleh menghirup oksigen di stadium-stadium bola, Fan di Malaysia sekali lagi mengharapkan agar kewarasan dan kerasionalan FAM dapat mengatasi sentimen sempit menangani isu bolasepak negara pada hari ini. Sukacita Fan Malaysia mengingatkan pihak Menteri Belia dan Sukan Negara, kalau FAM mahu di kebumikan terus, lakukanlah, Datuk Ismail Sabri punya kuasa mutlak untuk berbuat demikian. Jangan dera Fan Bolasepak di Malaysia seperti kami lebih lama lagi.sekian ...trima kaseeyyyyyy...

08 December 2008

"PERABIS BERAS AJE"

sebelah tajuk terpampang muka helmi eliza..pastu kat bwh tajuk ade huraian sikit lbh kurang mcm ni la.. " Sathia melabelkan Helmi Eliza adalah penjaga gol terbaik di Malaysia tetapi kesilapan yang dilakukannya semasa menentang Vietnam semalam menjadikannya penjaga gol paling bodoh di Malaysia" keras sungguh tajuk berita di harian metro tu..hhmmm.

Sampai bila nak tunggu bolasepak Malaysia ni mencapai standard antarabangsa?

03 December 2008

Serabut Yang Tak Sudah



Adapun keserabutan ini dizahirkan sebagai dugaan dan cabaran neskepe untuk kita sebagai hambanya sama ada dpt melaksanakan amanat sebagaimana yang disyariatkan.Adakah kita bertindak seperti manusia bertamadun atau hanya seperti orang utan yang tidak menghiraukan segala darjat,pangkat dan harta benda dalam kehidupannya?sama2lah kita renungkan akan apa mahunya kehidupan ini..

"apa bernda yang aku merepek ni????"

Neverending Serabutii

Salam sejahtera wahai sekalian penghuni alam tak kira alam mana korang sedang berada sama ada alam nyata,alam strebentuen,alam barzakh,alam dan manusia atau zainal alam kadir.Marilah sesama memanjat tangga kesyukuran kerana dengan izinnya masih lagi dapat menyedut udara duniawi yang penuh dengan keserabutan hakiki.Adapun diberitakan kehilangan aku buat beberapa ketika adalah disebabkan amanat yang perlu dilaksanakan seperti menyertai tunjuk perasaan untuk menggulingkan kerajaan di Thailand, permintaan saintis Amerika untuk turut sama memerangi pengganas Mumbai,isu perletakkan jawatan perdana menteri Perancis dan sebagainya lagi HAL2 yang menyerabutkan.Di kesempatan ini ingin jualah mengajak korang semua kembali ke alam serabut dan ingin juga menyeru korang untuk turut sama menjadi ahlil serabutii maknawi.

Ada pun ahli serabut itu suatu komuniti rahsia spiritual(free masonary) kuno yang belumlah pernah di telusuri akan dia atau dicatat akan asal usulnya secara terperinci sebagaimana orang membelak jerawat yang baru tumbuh semalam.Malah ahli-ahli serabut terlalu sibuk dengan keserabutannya menyusun file-file yang berterabur di dalam kepala masing-masing atau sekali-sekala bersidang dengan ahli-ahli serabut yang lain mencari maklumat-maklumat baru untuk di masukkan kedalam file-file yang baru di dalam kepala sebagai rujukkan apabila terlibat dengan keserabutan dunia.Oleh kerana itulah aku berpendapat kebanyakkan dari mereka ini tidaklah tertarik hatinya untuk membukukan fakta tentang dirinya kerana sudah puaslah menjelaskan fakta dengan perspektif mereka itu sendiri di berbagai kawasan dan masa yang berbeda-beda.
Meski pun secara umum fakta mereka itu di salah fahami sebagai `rosak akal` atau `menyalahi adat` namun para ahli serabut telah di kenali dalam semua keadaan.Tiadalah ahli-ahli serabut ini terikat pada dogma keagamaan yang setipis apa pun.Mereka tidak mempergunakan tempat peribadatan khusus,tidak memiliki tempat suci,organisasi kependetaan atau pun instrumen keagamaan yang lain.Bah kan mereka tiadalah di sebut sebagai keolompok yang memaksa manusia lain dengan doktrin mereka.

Ahli serabut tidak lebihlah ia dari suatu nama panggilan yang mereka terima dengan selera humor yang tinggi.Kepada ahli-ahli serabut ini sukalah aku memanggil mereka dengan panggilan `sahabat`atau lebih feel lagi apabila kita menyebutnya sebagai `saudara seserabut`.Kita mengenal antara satu sama lain melalui sikap pendirian tertentu serta banyak `HAL` berkaitan yang seumpama WEBlah sifatnya jika di alam internet ini.Setelah aku membuka sedikit ruang kepada paham sahabat untuk meneroka selangkah ke alam biol ini sukalah aku berpesan kepada diri sendiri, jiran-jiran, ketua kampung, bidan esah, tuk ngah sudin serta kawan-kawan beserta seluruh makhluk di dalam maya pada yang fana ini agar kita sama-sama berpegang teguh kepada prinsip utama kita.Kalian harus bebas dari cita-cita, keserakahan, kebangangan intelek, taklid buta,takut pada adat serta buang jauh-jauh ketakutan terhadap peribadi-peribadi yang mempunyai kedudukkan lebih tinggi.Namun di alam serabut ini kita tetap menghormati ritual-ritual agama selama ia tidak terlibat dengan perkara yang bidaah dan khurafat.Pengetahuan itu ada dua jlan pahamnya-

PERTAMA: pengetahuan melalui perbahasan dan yang terkemudian dari itu melalui pengalaman sendiri mau pun orang lain.Akan tetapi perbahasan itu mengandungi berbagai `conclusion` dan satu pihak yang lain memaksa kita untuk mengakuinya.aku percontohkan di sini-Seseorang yang baru terserempak dengan harimau bercerita kepada kita perihal ketakutannya itu tadi.Walau pun sampai tergolek-golek atau berguling-gulinglah dia menceritakannya, tidak lah sama ketakutan orang yang mendengar dengan orang yang bercerita.Terkadang-kadang sambil memakan kacang tanah atau kuaci sahajalah kita mendengarkannya sambil mengangkat-angkat kening antara percaya dengan tidak.Maka pengetahuan itu tahap karipap sahajalah darjatnya.Akan tetapi apabila kita sendiri telah `kantoi` dan terserempak dengan harimau tersebut secara berdepan atau `one by one`-maka itu lah pengetahuan yang sebenar-benarnya dan yang paling real.Sehinggakan apabila di sebut sahaja harimau maka akan meremang-remanglah akan bulu ketingnya dan berguguran lahbulu hidungnya kerana saspen di tahap melampau.

Ada pun ilmu yang pertama tidaklah menghasilkan ia kepastian atau pun menghilangkan keraguan malah bertambah lah persoalan-persoalan dan bertimbun-timbunlah file didalam kepala otak kita-Sehinggalah jawapan di temukan melalui pengalaman sendiri atau himpunan-himpunan pengalaman daripada sahabat-sahabat yang boleh di percayai.Pada tahun 1268,Bacon telah merintis ilmu pengetahuan moden sekaligus mengemukakan suatu kebijaksanaan sebagai dasar ilmu pengetahuan.Ini bermaksud sejak awal lagi pemikiran `ilmiah` sebenarnya telah bekerja secara berkesinambungan dengan tradisi keserabutan.Menyebut tentang serabut tiba-tiba teringatlah aku akan betapa serabutnya file-file yang aku bentangkan dalam sidang para monyet ini dan betapa serabutnya otak korang cuba memahamkan serta menyusunnya.Tidak kurang juga yang yang mengeluarkan pula keserabutan dalam otaknya tanpa di sedari oleh mereka itu secara otomatiknya terdaftar lah mereka itu sebagai ahli.

Maka jangan lah saudara-saudara dan sahabat-sahabat sekalian bimbang kerana apabila kalian berfikir,otak-otak kalian bekerja,apabila otak bekerja maka ia memerlukan oksigen,dengan itu jantung pun mengepam darah untuk membekalkan oksigen kepada otak..apabila otak mendapat bekalan oksigen yang cukup ia menjadi sihat dan bertenaga.Apa bila otak sudah kuat dan bertenaga maka boleh lah anda memikirkan jawapan `Warna apakah baldi di atas motosikal tempohari`?????(aku sendiri sedang memikirkan warna baldi tersebut kerana teka-teki itu di beri kepada aku oleh seorang serabut yang lain)

26 November 2008

The Return Of The Serabut

Salam kasih sayang aku buat segala makhluk yang di bumi dan yang di langit,yang dapat di lihat dengan mata kasar atau yang tidak dapat di tangkap dengan pancaindera,yang sudah paham atau yang masih teraba-raba mahu pun yang sudah stabil atau yang masih huru-hara.Aku berdoa agar kita sama-sama dapat melakonkan sekerip kita dengan baik pada hari ini.Mudah-mudahan juga kita semua tidak terkelepet dengan kebodohan dan kekejian jiwa kita yang tidak terbatas atau juga tidak tertipu dengan kebijaksanaan kita sendiri didalam meneka warna baldi di atas motor yang terletak di atas lori yang disebut dalam persidangan kita yang pertama dahulu.Ada pun pada pagi ini yang entah berapa celcius suhunya sungguh nyaman dimana suasana seperti ini hanya terdapat dalam filem2 romantik hindustan.

Aku singgah di sebuah warung untuk melaksanakan kewajipan sebagai warga kota setiap hari iaitu pekena teh tarik.Walau pun penah ada tajuk besar dalam akhbar utama beberapa ketika yang lampau memaparkan tajuk`TEH TARIK PUNCA STROKE`..ia lansung tidak melemahkan semangat pe`ngeteh`han yang bersarang dalam jiwa sejak selesai SPM.Bukanlah kerana tidak yakin dengan fatwa manusia yang pandai dalam ilmu perubatan tersebut..akan tetapi serabutlah (serabut lagi) kepala aku yang memang sedia serabut ini dengan kenyataan warta perdana dalam tiwi pada malam berikutnya.`Teh tarik bukan punca stroke melainkan bagi pengidap-pengidap sindrom kencing manis dan lemah jantung`.Tidak cukup dengan itu di tambah lah pula dengan beberapa pendapat lainnya yang menyatakan boleh minum teh tarik tetapi kadar kandungan gulanya dikurangkan sementara satu pendapat lainnya pula menuduh susulah yang bersalah dalam hal ini.

Lalu terfikirlah oleh aku dengan hensemnya bahawa betapa penat dan letihnya jiwa kita apabila manusia yang bukan ahlinya meletak hukum dan betapa penatnya kita jika berfikir menggunakan otak orang lain sehingga tidaklah mampu dan tiadalah upaya kita untuk melaksanakan kehendak-kehendak nafsu mereka itu.Boleh jadi hanya aku saja yang berfikir begitu kerana kurangnya pengetahuan didalam hal ehwal habitat manusia.Sedangkan diri sendiri pun tiadalah sangat aku kenal sehinggakan seringkali bergaduh dengan diri sendiri apabila ingin melaksanakan sesuatu HAL.Tidak usah di dalam soal yang terlampau besar seperti mentadbir duit tabung haji,menguruskan proton,membahagi-bahagikan wang ihsan,menyampaikan dana untuk mangsa tsunami,menguruskan hal ehwal AP atau menjaga amanah rakyat jelata...di dalam membuat keputusan untuk terus minum teh tarik atau tidak sahaja pun sudah lebih lapan buah file di bentang atas meja panjang dalam kepala.

Satunya bertajuk`jangan meletakkan diri ke lembah kebinasaan`,

file kedua tentang `Gulakah atau susukah yang mengakibatkan stroke`

file ketiga berkenaan`kenapa bertentangan pendapat media eletronik dengan tajuk yang di utarakan oleh media cetak sebelumnya`

file keempat`mengulas usul-`apabila datang perkhabaran dari orang fasiq,maka hendaklah kamu siasat`..

dan file-file selebihnya adalah tentang usul siasat yang tidak berkesudahan sejak semalam.

Aku sangat beruntung kerana sebaik sahaja tersedar dari kesibukkan menyusun file dalam kepala otak tau-tau sudah sampai ke sebuah persinggahan bernama DARUSSALAM`. Disini jugalah pernah terjadinya sidang agung antara pengganas2 penyokong bolasepak tempatan dan pemancing haloba yang berhasrat keji mengurangkan populasi ikan di tanah air. Supaya tidaklah perkara ringan ini menjadi teka-teki besar kepada korang biarlah dijelaskan ada pun `DARUSSALAM` itu ialah nama kepada sebuah restoren mamak di mana tak kira pagi petang siang malam..waima bulan puasa sekalipun sangat ramailah pengunjungnya yang terdiri dari manusia-manusia yang bakal terkena STROKE.Kenyataan tersebut tidaklah aku suarakan kepada khalayak yang sedang enak menikmati teh tarik tersebut kerana bimbang akan diketuklah kepala aku dengan piring2 dan gelas2 atau dihempuk dengan kerusi pelastik oleh mereka itu.Apa yang aku lakukan hanyalah duduk bersama-sama mereka dan meng`order` segelas teh tarik agar kelihatan serupa seperti sebuah masyarakat yang harmoni.

Sambil menunggu-nunggu kedatangan teh tarik..ingatan aku tiba-tiba tertarik akan suatu kisah negeri ORANG BODO-BODO.Ada pun pekerjaan mereka itu ialah menanam gandum.Oleh memang semula jadi bodonyer orang di NEGERI BODO-BODO tersebut maka tiada lah mereka kenal akan pokok-pokok yang lain selain gandum dan tiada lah mereka itu reti membuat pekerjaan lain selain menananam gandum,menuai gandum dan menjual gandum.Maka berlaku HAL dalam kehidupan mereka itu apabila tumbuhlah sehelai pokok nangka di hujung ladang gandum mereka.Maka ketakutanlah seluruh penduduk NEGERI BODO-BODO kerana menyangka terdapat sebuah makhluk yg berbahaya menunggu di ladang itu.Lalu tidak lah mereka itu bekerja lagi diladang kerana bimbang akan dimudaratkan nyawa mereka oleh makhluk asing tersebut.Sehingga pada suatu ketika datang seorang pemuda yang bijak cuba menyelesaikan masalah tersebut.Dia menyeru seluruh penduduk mengikutnya dan sebagai ketua dia mendahului penduduk NEGERI BODO-BODO menghampiri pohon nangka tersebut.

`HAAA..TENGOK NIH..INI BUKANNYA MUSUH KAMU..IA HANYALAH SEBUAH BUAH` tegasnya sambil membelah buah nangka tersebut dengan parang lalu memakannya.

Bertempiaranlah penduduk NEGERI BODO-BODO tersebut sambil berteriak,"jika makhluk sebahaya itu boleh di makannya..pasti suatu hari dia akan memakan kita"

Tidak lama kemudian datang pula seorang pemuda lain yang bertanyakan masalah penduduk tersebut."Ada makhluk anEh yang tidak dikenali di ladang kami dan kami tidak berani mendekatinya.kerana itu kami tidak lagi keladang",terang ketua NEGERI BODO-BODO tersebut.Pemuda ITU mengajak mereka melihat dan menyiasat akan hakikat makhluk aneh tersebut.Sebaik sahaja melihat pokok nangka itu,pemuda tersebut lari sekuat hatinya di ikuti oleh penduduk NEGERI BODO-BODO.

"Kenapa tuan lari?", tanya ketua NEGERI BODO-BODO kehairanan.

Pemuda tersebut menjawab,"Makhluk itu terlalu merbahaya jika kita biarkan"

Penduduk NEGERI BODO-BODO sebulat suara bersetuju."Lalu apakah yang akan kita lakukan?", Soal mereka kembali.

"Kamu sekalian harus meninggalkan negeri ini demi keselamatan masing-masing",tegas pemuda itu lagi.Lalu berpindah lah mereka beramai-ramai meninggalkan negeri itu dan pemuda tersebut kemudiannya menjadi terlalu kaya dan mati keseorangan kerana kebodohannya.

25 November 2008

Tagged Yang Maha Serabut

Si dia merajuk kerana aku tak membalas tag dia.Apakah aku tidak berlaku adil dalam melaksanakan kehidupan duniawi atau aku terlepas pandang.Korang tak perlu jawab persoalan tersebut kerana aku sendiri akan jawab memandangkan persoalan itu adalah untuk diri aku sendiri.Sebab adalah merupakan satu sebab kenapa kita memerlukan sebab untuk memberikan alasan dimana sebab itu merupakan sebab yang bersebab.Untuk menerangkan dengan lebih mudah kenapa sebab itu diperlukan untuk memberikan alasan aku listkan 8 sebab kenapa kita berbebab supaya dapat jadi panduan korang apabila ditanya SEBAB APA???:

1. sebab kita ditanya sebabnya
2. sebab setiap apa yang berlaku ada sebabnya
3. sebab alasan yang tak bersebab adalah alasan yang tak munasabah
4. alasan yang bersebab adalah alasan yang nampak cam ceredik walaupun bohong semata-mata
5. sebab orang naktahu,kalautak dia tak puas hati
6. sebab manusia ni kepoh…..suma hal dia nak tahu sebabnya
7. sebab, sebab itu mampu membuat kita mencari seribu satu penemuan baru ynag kita belum tahu.
8.sebab apa kau nak tahu….?????suka akulah nak bagi sebab ke tak!!!!

Sebelum aku dihamun atau diumpat dengan lebih keras adalah lebih baik aku menerangkan dengan lebih mudah sebab kenapa aku tak dapat reply tag di bawah adalah kerana persoalan yang diutarakan masih belum tercapai akal aku untuk memikirkannya.Punya lah payah kerana hal ni berkaitan dengan perkahwinan sedangkan mak aku belum pun mengahwinkan diri aku, seperti kata2 manis untuk menutup hanyir yang terhidu…aku akan cuba sehabis daya untuk lakukan seperti yang diminta.

Per:
1* Before marriage- Hye sayang, hari ni I balik lambat kot.u paham2 je la,kat opis tu banyak keje,jalan jem lagi,penatla…bestnya kalau u urutkan..
* After marriage-Abg dah balik.penat ni..cuba buat the sechewen
* Lagi lama married-abg dh lik!

Per: 2
* Before marriage- eh,tak pe la..u mandi la dulu,lepas tu baru I mandi.tapi kalau kita mandi sama2 dapat pahala..sunat laki bini mandi sama.
* After marriage-Cepat la sikit.tak tahan dah ni..
* Lagi lama married-oii!!!bertapa ke kat dalam tuuu????!!!!!

Per : 3
* Before wedding – yang,jom g tengok wayang..boring plak hujung2 minggu kat rumah
* After wedding – dok rumah je lah,lagipun panas kat luar tu

Per : 4
* Before wedding –pandainya sayang masak telur dengan ikan masin ni.seumur hidup nil ah lauk paling best penah I rasa"
* After wedding – asik2 telur ,ikan masin…telur ,ikan masin…kalau gini gayanya jangan kata orang..lalat pun muntah!
* Lagi lama married-jom makan luar!

Per : 5
* Before wedding – haa..jam Bvlgari ni I hadiahkan sempena besday u yang ke 8 bulan tahun ni..sian u tak penah pakai jam berjenama cam nih
* After wedding – I rasa frame gambar ni sesuai untuk letak kat ruang tamu tu..nampak kosong la.
* Lagi lama married-eh..besday u arini ke?

Per : 6
* Before wedding – Yang meh pegang tangan I ni..nanti jatuh I juga yang susah hati
* After wedding –ni apahal lambat sangat ni?jatuh kang bangun sendiri
* Lagi lama married- oi..jalan cepat sikit boleh tak?mcm siput..

Per:7
* Before wedding -takde anak
* After wedding-sepasang anak..laki dan perempuan
* Lagi lama married-satu pasukan bolasepak pantai beserta pasukan pom pom girl

Ada lagi beberapa ratus soklan yang aku tak mampu jawab.Aku yang sedia serabut ni,kalau berkeras juga untuk cuba menjawab soklan2 tersebut maka itu adalah petanda untuk aku dapat tiket percuma pakej percutian di wad gila berdekatan.Jadi setakat ini sahajalah yang mampu dipertontonkan dan aku juga menyeru agar korang semua turut sama memeriahkan acara serabut kali ini.

24 November 2008

Picture Never Change...Only The People In Them Do

Sekian lama otak dipaksa menserabutkan fungsi pemikirannya melalui kadar penyampaian tahap jeruk kelubi,sekali sekala ingin juga berkongsi kenangan melalui pertepekkan gambar dimana pada hemat aku mempunyai nilai dan doktrin2 yang jauh dari kemungkaran sejagat.Memetik sepotong ayat penjual papan lapis dari timur Nevada "Picture never change...only the people in them do" yang dipesan semasa aku mengikuti kuliah perguruan ilmu batin ninja lampin sewaktu berumur 2 tahun,sama2 kita fikirkan apakah nilai sekeping gambar jika dibandingkan dengan sebuah kehidupan seekor raksaksa lampu.

Nilai sebuah kesenian..lebih mulia jika dibandingkan dengan Nilai,Negeri Sembilan..



Nilai satu lagenda,lebih afdal jika dinilai dari sudut sensitif tentang pemanansan global zaman ini..

Nilai kreatif antara sudut visual dan pendengaran hakiki..


Nilai sebuah kemungkaran yang bernilai RM21,000


Sebuah kehenseman di arus kemodenan yang tidak ternilai..hehehe



Di atas ini ketidakwarasan..di bawah sana ketamadunan


Janganlah kamu nilai kebesaran Tuhan itu dengan mata,jika kamu nilainya nescaya kamu akan gila kerana tiada nilai yang setanding dengannya..


Nilai sebuah persahabatan..

Nilai sebuah pengkelepetan..

Selamat menilai..

Tau,Tak Tau,Malas Ambik Tau

Dalam menjalani kehidupan yang serabut ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Menganggap orang lain jahat adalah satu kejahatan yang sejati menunjukkan kejahatan yang sekelian lama bersarang dalam jiwa yang sebenarnya lebih berbahaya daripada kejahatan yang nyata. Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Orang yang kelihatan jahat tidak harus dipandang melalui satu sisi kerana yang kelihatan baik itu mungkin lebih zalim dari apa yang dizahirkannya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

23 November 2008

KALAM AL SERABUTII

Maka terkurung lah lagi aku di dalam baldi keserabutan ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah aku seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara aku yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh. Bagi aku tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah aku suka.Lagilah aku bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui aku tiadalah upaya aku memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri aku yang wajiblah pula aku penuhi agar tidak berhutang pula di hari oditing kemudian nanti.

Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan aku ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut. Cuma aku memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada korang agar sesekali mengizinkan aku kembali kedalam baldi kehidupan serabut ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini aku pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan korang ajukan kepada aku.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin aku tanya kepada korang. `MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.

Tidak payah aku mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala aku sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Aku sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang aku sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini. Cuma apa yang aku yakini buat masa ini (paham aku berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikanlah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat aku akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Aku setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.

21 November 2008

World Tag Team Championship 2008

I've been tagged by missmelancholy. Apa sebenarnya tag ni?serabut aku mentafsir makna tag ini kerana tiadalah aku mengerti dengan sepenuh jiwa raga makna tag yang serupa ini melainkan name tag,tag team wwe championship dan jam jenama tag hoyer(tiadalah aku peduli andai diketawakan akibat kebodohan aku mengeja perkataan tersebut-kerana apa yang aku dengar begitulah bentuk halwa bunyinya).Untuk tidak mencalar keindahan perasaan MissM dan menjaga kepentingan diplomasi antara pengamal blog serantau maka secara jujur dan penuh tawadhuk aku tunaikan permintaan beliau..


7 Fakta Tentang Saya:

  1. Hensem dan perkasa
  2. shopaholic
  3. read a lot
  4. music freak
  5. humor
  6. telah ditakdirkan menjadi seorang yang berjiwa memancing
  7. romantic seram

7 Perkara Menakutkan di Dunia:

  1. GOD
  2. taugeh
  3. lipas
  4. ketidakadilan sejagat
  5. korupsi
  6. serabut yang tak pernah lerai
  7. yang kaya makin kaya,yang miskin tambah miskin

7 Lagu Buat Masa Sekarang:

  1. Lagu Tiga Kupang-lagu rakyat
  2. My Way-Frank Sinatra
  3. Persembahan Dari Syurga-Ahmad Dhani
  4. Heartbreaker-Will.I.Am
  5. Element of Life-DJ Tiesto
  6. Kasidah Cinta-Dewa19
  7. Corazon Espinado-Santana & Mana

7 Perkara Selalu Sebut:

  1. whuttup..
  2. entahla belalangggg….
  3. kimak!
  4. mengerti dak??
  5. eh eh!
  6. innit
  7. cor!

7 Perkara Amat Bernilai:

  1. Family
  2. Buku
  3. knowledge yang dikurniakan Tuhan
  4. bakat yang dikurniakan Tuhan
  5. Friendsssssssss
  6. ADH 777,WMF 6953
  7. Ujian Penilaian Sekolah Rendah

7 Pertama Kali Dalam Hidup:

  1. 1984 – hadir ke dalam duniawi serabutii
  2. 1997 – naik kapal terbang
  3. 1998 – having a leg over
  4. 2001 – menduduki SPM
  5. 2003 – meraih cinta sejati..kononnya
  6. 2006 – konvo
  7. 2008 – mengenal erti kehidupan

7 Orang Bertuah Jawab Tag ni:

  1. Sniper-V
  2. Elle
  3. Osama bin Laden
  4. sesiapa yang mendapati dirinya rajin
  5. mahatma gandhi
  6. whoever read my blog
  7. semua di atas

sekian.

Serabut The Return

Assalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh.Salam sejahtera buat semua makhluk yang berada di alam virtual ini...semoga korang berada dalam keadaan bahagia selalu dan tersengih 24 jam dengan permainan-permainan duniawi.Kesibukan dengan HAL-HAL yang tak pernah jemu menghantui diri aku sejak kebelakangan ni menambahkan kusut dan serabut dalam kepala hotak pikiran,buah pinggang dan vertebrata aku.Puas cari jalan dan kaedah sama ada secara automatik,bersahaja,dan santai untuk meleraikan segala macam kekusutan dan serabut dalam kepala.Banyak teknik sudah dipraktikkan..jigging,senaman otot,yoga,casting,fly the dragon,summersault,poco-poco,dog under the tree,doggy dan sebagainya tidak mendatangkan apa2 hasil melainkan penat.Setelah bermenung-menungan untuk sekian kalinya aku akhirnya di beri kekuatan untuk memulakan sesuatu yang aku sendiri tidak faham.Sekadar menyampaikan hajat hati yang meronta untuk menulis sedangkan aku sampai saat dan ketika ini masih tidak tau menulis dengan baik.

Setiap tulisan aku adalah kejahatan,kekejian dan kebodohan jiwa semata-mata.Maka berfikirlah aku tulisan apa yang akan aku persembahkan kepada khalayak dan dalam bentuk apakah yang ingin aku susun perkataan-perkataan itu sehingga menjadi ayat lazim atau ayat perintah atau ayat bangun kena buat atau ayat yang memimpin korang semua melangkah ke alam biol.Terlalu banyak perkataan-perkataan yang aku himpun dalam kepala sehingga sendat dengan maklumat yang entah hapa-hapa...fail dalam kepala aku bersepah-sepah tidak tersusun cantik seperti mana fail-fail di dalam kepala cerdik pandai yang lain.

Lebih banyak soalan di dalam kepala aku daripada jawapan kepada setiap HAL di alam syahadah ini.Kalau persoalan tentang akhirat aku boleh cari jawapanya dalam kitab tafsir Al-quran.Kalau jawapan kepada HAL tatatertib dan perundangan Negara boleh aku cari jawapannya dalam buku undang-undang Malaysia...tapi apabila persoalan yang bermain dalam kepala aku ni tentang macamana nak hidup tenang di zaman serabut ini,aku mati kutu.Apa yang aku tengok dan lalui tidak sama dengan ilmu yang aku pelajari di sekolah rendah atau menengah atau universiti.Sehingga ke hari ini aku masih lagi berfikir dan setiap kali aku menemui jawapan kepada persoalan itu aku temui juga persoalan-persoalan yang baru.Dalam kepala aku bagai ada satu sidang meja panjang,perdebatan yang tidak pernah mahu berhenti dengan hujah-hujah yang sering mengorbankan masa tidur aku.Jangan sebut ansomnia..kerana istilah-istilah sedemikian tidak sesuai untuk aku kerana aku sudah ada istilah sendiri bagi setiap HAL yang maujud .Jangan marah kalau aku tersilap memberikan nama-nama pada setiap topik yang akan dibicarakan.

Untuk memahamkan BAB ini izinkan aku menceritakan tentang satu teka-teki.
-Soalannya; ATAS SEBUAH LORI,ADA SEBUAH MOTOR,ATAS MOTOR ADA BALDI..APAKAH WARNA BALDI ITU?

`(ambillah tempoh seberapa lama yang korang suka untuk memikirkan jawapan kepada teka-teki itu-samada satu minit,lima minit,satu hari,tujuh bulan atau lapan tahun atau juga seumur hidup kalian.ikut suka hatilah)..namun setiap jawapan korang adalah SALAH dan BETUL MENGIKUT masa,keadaan dan tempat.Bagi aku teka-teki seharusnya menjadi teka-teki selamanya....hanya soalan-soalan objektif sekolah rendah yang mempunyai jawapan (a) atau (b) atau (c) atau (d) atau (e) atau kesemua yang di atas.....Hakikatnya setiap manusia akan mendakwa jawpan merekalah yang paling betul sehingga lupa sebenarnya jawapan orang yang menjual teka-teki lah yang paling tepat.Masalah yang timbul ialah kerana rasa tidak puas hati manusia kepad jawapan-jawapan manusia lain untuk menjawap persoalan-persoalan yang hakikatnya dia sendiri tidak tahu.Cukup sampai di sini dulu kerana aku tahu otak korang sudah mula bersimpul dan persoalan-persoalan sudah mula bermain di kepala otak sendiri.Tidak kurang yang sudah mula meletak hukum dan mula mencari-cari hukum yang sesuai untuk memuaskan nafsu-nafsu diri yang mula menjadi huru hara dengan hujjah-hujah dan kenyataan-kenyataan strebentuen-seperti:

(1) apa benda yang dia tulis ni...ntah hapa-hapa
(2) merepek jer la budak ni
(3) chiesttt..buang masa jer aku baca..mengarut jer
(4) Rasa macam nak paham..tapi tak bulih tangkap lagi...ish serabut betul
(5) wei...kau nak cakap apa sebenarnya ni.....

dan ada lah beberapa ratus lagi soalan yang hanya korang sendiri yang tau.Tapi jangan bimbang....untuk mendapat jawapannya memerlukan proses yang panjang dan mengambil masa yang amat lama namun akan aku terangkan secara berperingkat-peringkat kerana buat masa ini aku sendiri masih mencari-cari jawapannya.cuma apa yang aku harapkan, persoalan aku akan menjadi jawapan kepada korang dan persoalan korang akan menjadi jawapan kepada persoalan aku.hah..nampakkkk?? itu pun sudah satu jawapan yang memadai buat masa ini dan menyelesaikan sedikit kekusutan dalam kepala aku yang semak.Sekarang aku sudah memindahkan sedikit keserabutan kepala aku dalam kepala korang..jadi cuba pindahkan pula keserabutan kepala korang ke kepala aku melalui pendapat-pendapat dan hujjah atau persoalan-persoalan yang nanti akan aku jawab dengan soalan-soalan yang lain...jadi sebelum aku mengakhiri topic ini aku sudahi dengan pesanan orang yang lebih serabut dari aku-

`SEBAGAIMANA BINATANG CICAK MATI APABILA JATUH KEDALAM CUKA,DEMIKIANLAH JUGA BINATANG CUKA AKAN MATI APABILA JATUH KEDALAM CICAK`-Wallahualam bissawabbbbb.

18 November 2008

Hadapi Dengan Senyuman

Those yang tengah frust,lost,disappointed,give up..here's something for you.Sekeping persembahan dari idola aku Ahmad Dhani (DEWA19).Sebuah lagu inspirasi dari junjungan Muhammad SAW tentang mulianya sedekah dengan senyuman serta diilhami firman Allah tentang dosa putus asa..sama2 kita hayati..

video

"Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi Biar terjadi

Hadapi dengan tenang jiwa

Semua Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah

Tak ada yang bisa merubah

Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini

Bahawa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua

Menyerahlah untuk menang"

Dalam beragama kita dituntut untuk bersikap tawakal (mewakilkan segala urusan hanya kepad Allah) dan qana'ah (menerima apa adanya).Hal ini sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu berserah diri.Dalam menjalani hidup yang strebentuen ni,kebanyakan manusia dipenuhi oleh hasrat dan keinginan yang melimpah,kadang2 tak masuk akal.Padahal sebenarnya keinginan tu la sumber dari segala nafsu.Dan nafsu jugaklah yang akan membuat seseorg tu melakukan sifat2 tercela seperti serakah,tamak,agkuh,bodoh,bahlol,tak tau malu,tak sedar di untung,busuk,tua kutuk tak sedar diri dan sebagainya.

Dude,kalau wat keje kita hanya diwajibkan bekerja keras,buat denagn sepenuh hati,dan merealisasikan idea2 yang best tanpa mengharapkan hasil yang best sangat.Kalau kita dibebani dengan harapan menggunung Ledang nak dapat hasil yang best,maka tenaga kita je dah banyak berkurang sekadar untuk memikirkannya.Tu belum kira lagi dengan hasil yang tak sepadan dengan harapan meLedang tadi..dah tentu frust dan kecewa yang kesudahannya sendiri dapat susah.

Payahnya kalau dibayangi dengan keluhan.."hek elleee..penat je aku buat,Tuhan bagi rezeki yang sikit!",ishh...jangan la macam ni.n kalau dapat hasil yang best "yehhoooo...hasil keje aku best..ini sebab aku yang best!"..lupa ke?

Sikap tawakal dan qana'ah jalan beriringan.Dalam mengerjakan sesuatu,kita tak sepatutnya terbeban dengan harapan akan hasilnya.Biarkan Tuhan yang menetukan hasilnya.Kita bekerja sebab memang kita tercipta untuk berkarya,bekerja sebagai khalifah bumi.Bukan jadi singa laut baring2 kemalasan atas batu karang.Ni la dia konsep tawakal.Bila dapat hasil,kita kena terima dengan lapang dada tanpa ada sokseksoksek tak puas hati.Terima la dengan ikhlas n senang hati.Better from the none..kan?

Rupanya Dhani ni inspired by peribadi Muhammad SAW yang memanjang menabur senyum time menghadapi situasi apa pun.Saat ada org yang menganiaya beliau pun,masih sempat dibalasnya dengan senyum ikhlas tanpa pura-pura.Ini sebab beliau benar2 tawakal dan qana'ah mewakilkan semua hasil kerjanya kpd Allah dan ready terima apa saja menurut kehendakNya.

Dengan berpandukan rasa cinta terhadap Tuhan,sikap pasrah ini kaan membawa seseorg pada sikap berlapang dada.Segala sesuatu akan dihadapinya dengan senyum penuh kelegaan.Bukan sekadar senyjman di bibir,namun senyuman abadi yang terpatri dalam hati...

...bukan mcm sesetengah orang kat sini.

17 November 2008

Melampau La Pulak Sibuk Nyerrrr

Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat opis sambil sedut udara yang dah tak berapa nak segar kerana partikel2 debu turut sama berterbangan masuk dalam lubang idung masa menyedut nafas.Rilek kejap, ambik masa baca blog kawan2 (yang mana gaya penulisan rata2nya dah berubah dan lebih prolifik) sambil meregangkan urat dahi yang berkerut memandang habuan yang aku dapat selaku penjawat awam yang hensem.Pagi tadi sampai opis terus menjalankan modus operandi mewakili perut yang kosong untuk diisi dengan sekeping mihun abg sam.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.

Setelah beberapa hari melepak ngan monyet dan lotong dalam hutan,kini kembali dengan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Melampau la banyak HAL-HAL yang mahu tak mahu kena selesaikan jugak sebelum masuk tahun 2009.Punyalah tensen,sebab sbelum ni banyak sangat bela lemak di Bahagian **** sebelum 'dipinjamkan' ke Unit *#@^% (sila maklum bahawa ketidakadilan dan diskriminasi berlaku disini) yang skop tugasnya adalah pelbagai (aku nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN dalam bahasa Melayu jika tekanan melanda dengan tahap dewata raya).

Mcm penduduk kampung Belulang la..nak taknak kena setuju jugak carwash Lam Shook dibina bersebelahan surau kampung tu.Ironinya,lori2 Lam Shook mencabul kehormatan jalan masuk ke kampung Belulang yang dulunya cantik tapi sekarang saling tak tumpah macam tempat babi berkubang.Tensen betul..tak penah2nya aku dapat mcmni punya banyak keje..hadehhhh,mengeluh pun tak guna.

Keje tetap keje,amanah tetap amanah.Macam bagus2 je pulak aku ni kan,padahal datang keje pukul 9,jam belum pukul 5 aku dah berambuss. InsyaAllah akan aku bereskan jugak amanah yang diberi ni dengan sopan santun dan sikap toleransi yang terpuji.Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi aku sudah tekad memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)

Penah aku kata dulu,keje aku ni sampai hari2 terakhir dunia pun belum tentu selesai..bila yang ni dah siap,Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…aku tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang seperti kata seorang penjual apam balik di selatan pilahdelphia,"setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau".

Kalau curahkan petrol lepastu buat2 puntung rokok terjatuh atas ni..selesai tak?
Rasa macam nak tongsampahkan je benda2 ni...

12 November 2008

KESINAMBUNGAN-SIRI AKHIR

Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.

Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.

Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.

10 November 2008

BERITA DARI BELANTARA

Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.

Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.

Namun babi tidak setuju sama sekali."Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang", ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk."Tolong bawak perkara ini pada menteri", usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara."Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa",bisiknya keluh kesah.

"Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada".

Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya."Di luar sana masih ada lagi manusia?". Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.

"Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya"bisik satu suara."Sampaikan juga salam kami pada Jibam dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan".

Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.

07 November 2008

KHIDMAT PESANAN RINGKAS

Wahai sekelian umat selata alam amnya,khususnya Penduduk Kampung Belulang.Kehidupan extreme zaman ni mahu tak mahu kita sebagai khalifah amanahNya menjalankan tanggungjawab dengan sebijak akal yang dibekal.Kadangkala dalam usaha menyelesaikan hidup yang tak pernah luak dengan segala mak nenek ujian,kita terabai akan hal2 yang kita sendiri tidak pasti kesan sampingannya terhadap ekosistem pernafasan dan emosi kita.Sekelian lama neuron dan sel otak diserabutkan dengan hal yang menyerabutkan hingga tak punya emas waktu untuk dihargai bagi memformat balik keserabutan yang berserabut.Jadi dikesempatan ini,mohon sedikit waktu untuk lari dari kesibukan yang menyibukkan,menserabutkan dan membebankan.kadangkala jiwa ini merusuh mintak dibelaskasihani.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi,bingitan suara hiburan dari kotak tiwi,pekikan mesin photostat..faksimili dan bermacam lagi kesan ketamadunan yang sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.Hari ini berkemungkinan kaki akan dijejakkan ke dalam alam yang sarat dengan ketenangan hakiki.Kesempatan kembali ke arena perlubukan akan dimanfaatkan sebaik2nya demi mencari kedamaian dan mencari rahsia alam yang tersirat makna dan pelajaran daripadanya.Berada dekat dengan semulajadi alam,sedikit sebanyak meleraikan kekusutan yang membelit ketenangan jiwa.InsyaAllah,andai izinNya akan kembali menulis Isnin ini setelah apa yang diimpikan berada dalam genggaman hati..adios komflontongos...

06 November 2008

Tensen


"Diaaaaaaaaa....Isaaaabellaaaaaaaa....Lambang Cintaaaaaa...Yang Laraaaaaaaa......."

OPERASI KERBAU 1

Mak Itam pegang penyapu lidi.Ghani Komando berdiri dengan mata merah bernyala-nyala sambil memegang parang tapik.Di belakang nya beberapa orang balaci yang rata-rata bermuka bengis macam tasmanian devil itu juga memegang sabit dan cangkul ala-ala samseng dalam cerita tamil.

"Banyak kerja lain aku boleh buat ghani selain dari mencuri kerbau kau tu",pekik Mak Itam dari dalam kedai. Beberapa orang penduduk belulang yang sedang bersarapan pagi tadi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja ternampak rombongan Ghani Komando yang datang dengan kapcai buruk.Mereka sudah menyangka sesuatu yang kurang best akan berlaku apabila salam yang di beri di jawab oleh Ghani dalam bahasa inggeris.

"Ala..kau jangan nak buat `stand-up comedy` la Mak Itam..kau jangan ingat aku tak tau mission impossible laki kau,dengan ucu,dengan Lebai Dolah dan karim nak mengorbankan kerbau aku tuh", Jerkah Ghani sambil mengunyah karipap sejuk yang di ambil bawah tudung saji .

"Aku tak tau laaaa…cuma dia cakap kat aku nak ke hutan dalam 4-5 hari memburu seladang…itu jer information yang aku dapat..lain dari itu aku tak tahu menahu".

"Kalau betul memburu seladang..mana seladangnya..manaaaa..manaaaa???" Soal Ghani bertalu-talu.

"Seladang apa nya Ghani….lebih seminggu dah ni tak balik-balik".

Ghani komando terkesima.Balaci-balaci harapan kampung sebelah pun turut ternganga. Rasa menyesal dalam hati masing-masing kerana menyerbu dan membuat tindakkan melulu yang seperti akan berakhir dengan rasa malu.

"Jadi maksud kau….sejak minggu lepas dier orang masuk ke hutan..sampai hari ni tak balik-balik?" Soal Ghani Komando lagi seakan tidak percaya.

Mak Itam menggeleng kepala dan menahan sebak."Sampai ke hari ni satu perkhabaran pun aku tak terima Ghani..baik dari media cetak mau pun media elektronik ".

"Memang la macam tu Mak Itam…dia buat ekspedisi tak buat perancangan rapi…Lain kali cari penaja dulu..kontek media dan buat pelancaran…pastu kena buat slogan malaysia boleh ke apa ke..mintak menteri lancarkan..baru la dapat liputan meluas. Silap-silap boleh dapat lintas lansung kat tiwi.Dia demam ke…sakit gigi ke..kaki tergeliat ke semasa ekspedisi tu boleh di siarkan lam akhbar aliran perdana"Panjang lebar Ghani Komando memberi penerangan.

"Jadi berbalik kepada missi asal kedatangan aku ni…pertama aku nak ambik balik senapang aku yang Ucu pinjam tu..kedua aku nak cari kerbau aku yang masuk ke kampung belulang ni minggu lepas". Kesaspenan Mak Itam agak reda sedikit apabila intonasi suara Ghani Komando menurun. Balaci -balacinya juga sudah menyandarkan cangkul dan sabit yang di bawa tadi ke dinding kedai.

"Kalau kau nak senapang kau balik..kena la tunggu dia orang tu balik…tapi kalau kau nak kerbau kau tu balik…kau cari la dalam kampung ni..tapi sepanjang aku duduk kat kedai ni tak ada pulak aku nampak kelibat beliau melintas kat area-area sini".

"Macamana bang… nak tunggu ke nak cari?",Samat Terrano mengangkat kening.Ghani termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia mengerling jam tangan LOLEX yang di belinya di petaling street tahun lepas."Awal lagi ni..apa kata kalau kita ngeteh dulu?" Soalnya kemudian.

"Cantik jugak tu…kena kopi `o` keras ngan karipap sejuk ni layan jugak", sambut che mat yang sentiasa menunggu peluang orang sponsor sarapan pagi. Sedang mereka leka berbincang di meja depan kedai….Mak Itam menyelinap ikut pintu belakang sambil menyinsing kain batiknya sehingga ke paras lutut dan berlari seperti watson nyambek menuju kerumah Piah.

AMARAH

"Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit,pembuli jalanraya, kaki pukul atau bekas bouncer dangdut.Kita huru-harakan Kampung Belulang kali ni",perintah Ghani Komando dengan bengis.Ketua Kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu." Tapi apa motif sebenarnya", tanya Tok Siak kampung yang sejak awal-awal lagi memang dah kompius. "Kita mesti ajar penduduk Kampung Belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku", ujar Ghani Komando yang terkenal dengan sifat panas barannya.

"Tapi ini dah kira agenda peribadi..tak sepatutnya melibatkan semua orang", Raop ketua pasukan kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani Komando mengkarate meja seperti seorang pemegang talipinggang kaler biru jurulatih taekwando."Bodoh,Bahlul..Bangang!",bersusun-susun maki hamun dan pelbagai rupa bentuk kata-kata lucah dihamburkan sehingga penulis tak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada rasa malu pada saudara seagama.

Ketua Kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan AJK mesyuarat tergempar."Korang kena ingat,hari ni kerbau aku diorang kelepet, esok2 kerbau korang pulak..kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini.Dayus namanya", ceramah Ghani KOmando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah marah apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah,Pak Bijan, dan Karim tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang dibedil dengan senapang dua laras miliknya.

05 November 2008

KULIAH DARI BUKIT

Entah berapa kali tersepak kaki sendiri dan kemudian mereka tersungkur beramai-ramai macam badut sarkis . Kelangkang seluar Pak Bijan sudah koyak setengah depa.Kalau putus hujung nya sedikit masa lagi seluar itu akan kelihatan macam skirt panjang yang melampau-lampau seksinya.Nasib baik di bahagian dalam ,Pak Bijan pakai seluar pasukkan manchester united. Maka kurang lah sedikit aibnya jika di bandingkan dengan pasukkan gimrama negara yang hanya berbaju mandi dan terkangkang kiap di hadapan khalayak ramai.`Wei..kambing , jalan la elok-elok sikit..`Jerkah Lebai Dolah yang sudah tidak berketayap lagi . Untuk kali yang ke entah berapa kali Ucu mengangkat tangan dan berkata `ops sori bebeh`. Betis Karim sudah lebam-lebam tercucuk hujung senapang dua laras yang di pikul Ucu setiap kali mereka melakukan aksi tergolek beramai-ramai itu. `Saya dah tak larat lagi Lebai..kita rehat lah dulu `Usul Ucu sambil menyandarkan belakangnya ke perdu balak tiga pemeluk.

Perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tersebut sudah menjadi terlalu kronik. Sungguh pun lorong gajah di atas rabung bukit nampak begitu mudah di susuri namun terlalu banyak simpangnya.Ada yang ke kanan kemudian kembali semula ke belakang , Ada pula yang ke kiri kemudian terus mengecil dan terus hilang jejak serta tidak kurang yang bertambah dari satu lorong menjadi dua, tiga, empat dan banyak . Bekalan makanan pula sudah tidak ketahuan .Jangankan beras dalam buntil kain, periuk serta peralatan lain juga entah kemana .Setiap kali tersungkur ada sahaja barang yang cicir .Hanya yang tinggal senapang dua laras , sebilah parang sembelih dan lampu picit yang sudah pucat cahayanya kerana kekurangan bateri .

`Aku rasa kita akan mati dalam hutan ni Lebai..macam arwah Suman dulu` Karim mengeluh. `weiiiii…mulut tu jangan celupar sangat laaa` Ucu menunjah hujung kakinya ke lutut karim. `Takkan kau tak leh buat sembahyang hajat mintak Tuhan tunjukkan jalan keluar Lebai..dulu masa kat kampung kalau ada apa-apa masalah kan kita selalu buat sembahyang hajat kat surau` Pak Bijan bersuara. Lebai Dolah teragak-agak mahu menjawab soalan Bijan kerana sejak akhir-akhir ini semakin kalut dan kritikal .Saspen terlalu lama berada dalam hutan dan dunia yang agak asing dari kebiasaannya..di tambah pula dengan kelaparan dan kesejukkan yang mencengkam , kebimbangan di terjah binatang buas dan kekeliruan mencari arah membuatkan Lebai Dolah beberapa kali tertinggal waktu solat. Ketayap putihnya sudah lama hilang.

SESAT

Kampung belulang sudah mula gempar.Hari ini masuk hari ke lima Lebai Dolah ,Pak Bijan,Ucu dan karim hilang tanpa pesan. Tiada siapa dapat memberi maklumat tepat melainkan andaian-andaian dan khabar-khabar angin serta cerita-cerita misteri yang tidak masuk akal menjadi buah mulut orang ramai. Ada yang kata mereka berempat senyap-senyap ke kuala Lumpur pergi audition masuk AKADEMI FANTASIA.Ada juga yang kata mereka di panggil untuk jadi calun rancangan MALAYSIAN DOL.Tidak kurang juga yang membuat spekulasi liar mengatakan Lebai Dolah terpilih menyertai belia berwawasan terjun di kutub utara.Malah tidak kurang juga yang pandai-pandai meramal Lebai Dolah and the gang di larikan jenglot.Tetapi Limat yang sudah beberapa kali berkesempatan menonton siaran ulangan diari Akademi Fantasia di kedai Lam shook di bandar menyangkal habis-habisan.

Tidak mungkin siri realiti yang sudah masuk musim ke lima tersebut menerima lagi peserta-peserta baru .Melainkan Undian ke atas Lebai Dolah mengatasi undian sms Mawi. Bagi Limat perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana suara Lebai Dolah bukan sedap sangat kalau nak di bandingkan dengan peserta-peserta yang tersingkir..apa tah lagi kalau nak di pertandingkan di peringkat separuh akhir. Sudah pasti Lebai Dolah akan di tempeleng oleh Hattan atau 0gy Ahmad Daud.Apa tah lagi untuk pogram seperti MALAYSIAN DOL . Mereka berempat lansung tidak layak sama sekali kerana sudah ada ramai DOL-DOL yang sedang menguasai pelbagai jawatan dan pelbagai kuasa di tangan mereka.Tidak mungkin Lebai Dolah mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan mereka mengkelepat duit rakyat dengan pelbagai projek gajah putih yang melayakkan mereka kekal di tangga teratas kejuaraan MALAYSIAN DOL . Jumlah markah terkumpul mereka sepanjang pertandingan ini sudah mencapai angka juta dan billion…sedangkan Lebai Dolah sifir lapan pun tak berapa nak hafal.

Limat juga yakin untuk mengandaikan Lebai Dolah membuat terjunan di kutub utara bersama Pak Bijan ,Ucu dan Karim sudah tentu tidak munasabah sama sekali kerana mereka tidak ada kepentingan politik. Menjana keperluan kewangan untuk missi-missi hebat seperti itu memerlukan perancangan yang rapi dan cukup teratur yang hanya boleh di lakukan oleh orang-orang berfikiran jauh dan tajam. Tidak cukup sekadar menghafal hukum hakam dari kitab kuning atau kitab perukun. Limat geleng-geleng kepala lagi.

Mendaki everest? Ah juga tidak mungkin…orang kampung bukan reti cari sponsor dan membuat propaganda.Apatah lagi berurusan dengan pihak media yang akan menggembar gemburkan kerja ini sebagai hebat dan patut di buat ketika krisis ekonomi semakin meruncing.Memang misteri sungguh kehilangan Lebai Dolah dan rakan-rakannya.

Namun Ghani komando di kampung sebelah sudah tidak boleh duduk diam. Senapang dua laras yang di pinjam Ucu sudah lebih dari waktu yang di janjikan. Tambah membakar lagi hatinya kerana kerbau kesayangannya juga sudah hilang lebih seminggu. Hanya tali penambang kurang sedepa yang masih terikat di pangkal pokok langsat belakang rumah. Ra`uf dan Sahak dua orang sahabat baik yang juga bekas graduan pusat serenti mendakwa ada ternampak kerbau ghani komando berjalan santai minggu lepas di jalan tanah merah menuju ke kampung Belulang.