14 December 2008

Serabut Ini Membiolkan Aku

Masa adalah sebuah kapalterbang jet.setahun bagaikan sebulan...sebulan bagaikan seminggu...seminggu bagaikan sehari...sehari bagaikan satu jam...satu jam bagai kan sedetik...sedetik bagaikan percikkan api.Hanya sedetik rasanya aku duduk di dalam kebekuan dan kebisuan kata di alam strebentuen ini.Hanya memerhati dan merenung sedalam-dalamnya hinggakan aku lemas di dalam diri sendiri.Kepetahan aku berkata-kata semakin pudar.Kebodohan dan kebebalan aku semakin menebal.aku sudah tidak pandai lagi mentafsir dan mengambil ikhtibar.Hanya ketakutan semata-mata apabila kebuasan dan nafsu kebinatangan semakin menguasai kebanyakkan pemimpin manusia.aku bagaikan menunggu sahaja kebinasaan yang bakal datang melanda.Tiada daya dan upaya aku untuk turut serta dalam pertempuran akhir zaman ini.Para auliya tersembunyi di liang-liang zikir menunggu pertempuran terakhir.Si Jahil dan bebal di beri amanah.Si fasiq petah berkata ayat-ayat Allah bagaikan mereka tidak terlibat di dalam hukum yang di wahyukan.Si Zindik begitu ghairah menjenamakan semula agama seolah-olah Sang Nabi terlupa menyempurnakan amanat terakhir di dalam khutbah Wida` nya.

Maka apa lagi yang tinggal kepada si Fakir yang haus dan dahaga selain menunggu setitis rahmat yang mampu menyiram jiwa yang telah kian lama terbakar.Aku sudah banyak lupa.sebahagian sel-sel otak aku sudah mula mati kerana radiasi dan gelombang selular anugerah kemajuan.Kini perlahan-lahan aku menapak kebelakang ketika saudara-saudara yang lain berkejar mengejar entah apa di hadapan.Berebut dan berantakkan malah sering keji mengeji mengira kuasa dan harta.Sedang hakikat masa hanya tinggal sedetik cuma untuk kita melangkaui barzakh.

Maafkan aku Membebel tidak keruan kerana aku tidak berhajat mencari jawapan lagi.akusudah bodoh dan bebal.aku sudah tidak pandai mengira dan mengeja.aku hanya bertanya kalau-kalau ada pendeta di luar sana yang mampu memujuk aku dengan berkata:

"Sedetik itu terlalu lama ...kerana engkau sepatutnya mati sekarang....Tapi jika engkau meminta bermakna engkau mengajar Tuhan...Maka diamlah".

Izinkan aku untuk diam beberapa ketika lagi...

1 comment:

eLLe said...

i pun jadi biol lately..