Showing posts with label Air Mata Palestin. Show all posts
Showing posts with label Air Mata Palestin. Show all posts

11 January 2009

Dengarlah wahai lahanat
















Boikotkah Kamu?

Syarikat : Phillip Morris
Produk : Rokok dan Makanan
Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector's Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d'Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou,
Prince
Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola - McDonalds - Burger King - Pizza Hut ?KFC
Produk : Minuman
Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper
Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle
Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby?, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips
Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney
Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem
Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd.
Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut
Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca
Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia
Produk : Telekomunikasi, talipon bimbit dan elektronik
Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone
Produk : Makanan, minuman dan biskut
Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette
Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun1998.

Syarikat : Johnson & Johnson
Produk : Kesihatan.
Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon
Produk : Kosmetik
Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner
Produk : Media Elektronik dan Cetak
Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine
Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM
Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L'Oreal
Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson
Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian melabur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel
Produk : Perkakasan komputer
Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est. Lauder
Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila
Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins
Fakta : Murdoch's New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark
Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex
Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT
Syarikat : Procter and Gamble
Produk : Kesihatan, sabun, syampu
Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action500, Bonux, Mr CleanMARS INC - Bounty, M&M's, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben's, Whiskas, Pedigree, Balisto, BrebbiesHASBRO - Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, TigerGILETTE - Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, WatermanCOLGATE PALMOLIVE - Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

10 January 2009

Zionisme













Apakejadahnya semua ini?Takkan kita nganga saja?

06 January 2009

Doa Dan Air Mata


Segala puji bagi ALLAH yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa, Yang Maha Menguasai Segala-galanya dan Tiada Tandingannya. Segala puji bagi ALLAH yang menguasai hidup dan mati kami, keluasan dan kesempitan kehidupan kami, kesenangan dan kesusahan hayat kami. Segala puji bagi ALLAH yang pada tanganMu terikat segala-galanya, yang pada kudratMu terkawal segala-galanya.


Selawat dan salam atas kekasihMu, Muhammad Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, para sahabatnya, serta semua mereka yang mengikuti mereka dari semasa ke semasa hinggalah pada hari yang KAU janjikan akan hancur segala-galanya.

Bismillahirrahmanirrahiiimmm....

Ya RABB, Ya JABBAR, Ya QAHHAR, Ya ‘AZIZ, KAU mendengar segala bicara kami, KAU melihat segala apa yang berlaku pada kami, KAU mengetahui segala-galanya, lebih dari apa yang kami ketahui. Hanya kepada KAU sahajalah kami tunduk menghinakan diri, hanya kepada KAU sahajalah kami sujud taat merendah diri, hanya kepada KAU sahaja yang kami adukan segala masalah kami,hanya kepada KAUsahaja segala pertolongan kami pinta, hanya kepada KAU sahaja tempat kami bergantung dalam segala hal dan perkara.


Maka bantulah kami, maka bantulah kami, maka bantulah kami.

Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,


Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang menderita dihentam oleh kaum yang pernah mengkhianatiMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang teruk diserang oleh musuh-musuhMu yang hendak memadamkan deenMu. Saudara-saudara kami di Gaza dan seluruh Palestin sedang tersepit dan terhimpit atas tindakan kaum Yahudi yang ingin memusnahkan deenMu.


Sesungguhnya KAU ya ALLAH, lebih tahu apa yang berlaku terhadap saudara kami di Gaza khasnya, dan di seluruh Palestin amnya. Maka kepada KAU sahajalah yang kami mampu adukan hal kami dan hal mereka. Sesungguhnya Ya ALLAH, tangan dan kaki kami terikat dari membantu mereka. Hanya doa dan aduan kepadaMu sahaja yang mampu kami lakukan.


Ya ALLAH, KAU perkuatkanlah saf pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin.

Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang bermatian mempertahankan deenMu di Gaza dan seluruh Palestin.


Ya ALLAH, KAU bantulah hamba-hambaMu yang sedang dihimpit oleh musuh-musuh yang ingin memadamkan deenMu.


Ya ALLAH, KAUlah tuan kepada Masjidil Aqsa, KAUlah tuan kepada tanah suci Baitul Muqaddas, KAU jugalah tuan kepada nyawa-nyawa saudara kami yang sedang bermatian bertahan dan berjuang di Gaza dan seluruh Palestin.


Maka dengan penuh hina, kami HAMBA, memohon kepada KAU, TUAN kepada segala-galanya untuk membantu segala benda yang menjadi milikMU. Bantulah hamba-hambaMu ya ALLAH, bantulah mereka, bantulah mereka.


Ya ALLAH, Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Satukanlah saf pejuang-pejuangmu di Gaza dan seluruh Palestin.


Kuatkanlah kaki-kaki mereka. Bantulah mereka dengan tentera-tentera yang KAU pernah turunkan di medan Badar pada masa dahulu, hantarkanlah angin taufan membantu mereka seperti KAU hantarkan ketika perang Khandaq, bantulah mereka dengan tentera-tentera tak terlihat seperti KAU lakukan ketika perang Hunain, jagalah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga tentera-tentera muslimin ketika Perang Mu’tah. Pertahankanlah mereka ya ALLAH, sebagaimana KAU menjaga RasulMu di medan Uhud.


Ya ALLAH, Ya ALLAH, Ya ALLAH,


Tangan kami pendek tak tercapai ke sana, tanganMu jugalah yang berada di atas kekuatan kesatuan mereka. Bantulah mereka saudara-saudara kami di Gaza itu ya ALLAH. Bantulah mereka Ya ALLAH.


Ya ALLAH,
Sesungguhnya Yahudi dan segala kuncu-kuncunya, dengan segala manusia yang bersekongkol dengannya, telah melampau-lampau. Mereka telah membunuh ramai para nabi dan RasulMu, mereka juga menyakiti hati Rasulullah SAW kekasihMu. Hari ini mereka hendak memadamkan ummat Rasulullah SAW kekasihMu.


Sesungguhnya mereka adalah kaum yang menderhaka kepadaMua tanpa henti. Telah KAU hantar ratusan utusan untuk mereka, tetapi tidak mereka ikuti. Hinggalah hari ini ya ALLAH, mereka telah menyakiti saudara-saudara kami, mereka hendak memadamkan deenMu ya ALLAH....


Sesungguhnya Ya ALLAH, KAU jugalah pemilik nyawa dan hati mereka, KAU jugalah pemilik kekuatan dan keperkasaan mereka. Pada tangan KAU lah terletak segala perancangan dan kemampuan mereka.


Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, agar KAU tarik segala keperkasaan mereka dan berikan kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala keberanian mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang berjuang atas jalanMu, tariklah segala kekuatan mereka, dan berikanlah kepada mujahidin yang sedang mempertahankan deenMu.


Ya ALLAH, KAU lah pemilik ketakutan dan kelemahan, KAU lah pemilik kehancuran dan kehinaan. Maka campakkanlah ketakutan atas hati-hati pejuang yahudi dan kuncu-kuncunya. Lemahkanlah segala kekuatan mereka. Hancurkanlah segala keperkasaan mereka. Hinakanlah segala kemuliaan mereka.


Ya ALLAH, hancurkanlah mereka dengan segala kekuatanMu. Ya ALLAH, hantarkanlah api dari langit yang pernah KAU turunkan atas kaum ‘Ad, hantarkanlah teriakan yang pernah KAU hantarkan pada kaum Thamud, hantarkanlah taufan yang pernah kau hantarkan pada Kaum Nuh, tenggelamkanlah mereka seperti mana kau tenggelamkan Firaun dan Haman. Ya ALLAH, gegarkanlah bumi mereka, bunuhlah semua tentera mereka sehingga tidak tertinggal seorang pun dari mereka.


ALLAH.. ALLAH.. ALLAH..
Kami ini lemah, mungkin kerna dosa kami maka saudara kami diuji sebegini rupa. Maka kami sujud menghina diri, kami meletakkan dahi kami ke tanah memohon kepadaMu RABBI, agar KAU maafkan dan ampunkan dosa-dosa kami.


Ya ALLAH... KAMI hambaMu memohon ampun, KAMI hambaMu memohon maaf atas segala kesilapan dan kelalaian kami. Mungkin kerna kelalaian kami maka saudara kami diuji. YA ALLAH...


Ya ALLAH, KAU sahajalah yang sentiasa bersama-sama hamba-hambaMu. Kami memohon kepadaMu ya ALLAH, sentiasalah KAU berada di sisi pejuang-pejuang yang mempertahankan deenMu di Gaza dan Palestin. Ya ALLAH... kasihanilah mereka. Andai dosa kami besar sehingga KAU tidak memandang kami, maka KAU pandanglah darah-darah yang tersembur dari tubuh pejuang-pejuangMu di Gaza dan Palestin sana. YA ALLAH.. kasihanilah mereka. Ya ALLAH, kasihanilah mereka.


Ya ALLAH, bantulah mereka dan bantulah kami. Kuatkanlah saudara-saudara kami di Gaza dan Palestin itu dan kuatkanlah kami. YA ALLAH, musnahkanlah musuh-musuh mereka dan musuh-musuh kami. YA ALLAH, bantulah saudara-saudara kami dan bantulah diri kami.


YA ALLAH yang sentiasa mendengar doa, ya ALLAH yang lebih dekat dari urat nadi kami, ya ALLAH yang telah berjanji kepada kami,

“Berdoalah kepadaKu, nescaya akan AKU perkenankan”

Ya ALLAH yang telah berkata kepada kami,
“Kalau hambaKu bertanya kepadamu mengenai AKU, sesungguhnya AKU amat dekat...”
Maka kami menuntut janji-janji itu. Perkenankanlah doa-doa kami.


Bantulah kami. Bantulah saudara-saudara kami. Sesungguhnya kami yang lemah ini hanya mempunyai kekuatanMu sebagai payung dari hujan kejahatan musuh-musuh kami dan musuh-musuhMu.


Ya RABB... YA RABB... YA RABB..
KAU Sahaja tempat kami mengadu atas kesusahan kami dan kelemahan kami
KAU makbulkanlah doa ini atas doa hamba-hambaMu yang soleh, KAU makbulkan doa ini atas amalan soleh yang telah kami lakukan secara sengaja atau tak sengaja. KAU makbulkanlah doa ini atas cinta dan kasihMu kepada Rasulullah SAW...

Ya ALLAH... Ya ALLAH... Ya ALLAH...
Selamatkanlah kami hamba-hambaMu ini dari tangan-tangan yahudi dan segala kuncu-kuncunya.
Sesungguhnya KAU sahajalah penjaga kami, kepada KAU sahajalah kami berharap, kepada KAU sahajalah kami bergantung harap.


Tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM, tinggikanlah ISLAM.
Segala puji kami rafa’kan kepadaMu Yang Paling Besar, Yang Paling Kuat, Yang Paling Perkasa, Yang Paling Agung. Selawat dan salam kami utuskan kepada Rasulullah SAW, seluruh ahli keluarganya, seluruh sahabatnya, dan semua mereka yang menuruti mereka hingga masa ke semasa hingga ke hari kiamat.


Amiiin...

Saudara sekalian...
Berdoalah...


Agar nanti bayi-bayi yang mati terbunuh, remaja-remaja yang tidak sempat dewasa, ibu yang kehilangan anak, isteri yang kehilangan suami, pejuang-pejuang yang syahid, tidak menjadi saksi atas kecuaian kita kepada mereka.
Mereka saudara kita. Bukankah ALLAH telah berfirman...
“ Sesungguhnya setiap mu’min itu bersaudara...”
Rasulullah SAW juga telag bersabda,
“ Mu’min dengan mu’min itu ibarat satu jasad, kalau sakit satu bahagian jasad itu, yang lain juga akan terasa”
Berdoalah bersama-sama...
Semoga ALLAH merahmati kita.


berdoalah,Ya ALLAH Kau kelepetkanlah Yahudi jahanam itu..