29 December 2008

Return Of The Serabut III

Astaghfirullahalazim.......

Tiba-tiba sahaja subuh tadi aku terbangun serentak di dalam tujuh alam.Semestinya akan jadi teramat sibuklah untuk aku mengendalikannya pada hari ini.Akal dan nafsu sudah berperang semenjak awal.Masing-masing berebut untuk menentukan corridor of power siapa yang akan memerintah alam Saghir pada hari itu.Sedang ilmu masih terkulat-kulat menyemak pelajaran yang lepas dan masih was-was untuk memberi hujah yang terang.Hanya halal,haram,,makruh,harus dan mubah saja berlegar-legar di atas paksi syariatnya.Syirik aku di tujuh tempat pagi ini sedang tubuh belum pun bangun menjalankan perintahnya.

Keserabutan sebegini kadang-kadang membuat aku ngeri kerana pengalaman yang lalu mengajar aku bahawa akal harus di jaga.Hijacking Emotion tidak sepatutnya berlaku kepada siapa juga yang ingin menjadi khalifah dan memimpin alamnya sendiri.Lainlah bagi hamba yang terpilih.Di angkat kalamnya dan bebas merdeka mereka itu berjalan di alam syhadah ini bagaikan syurga sudah sampai terlalu awal kerana rindunya.Puas mereka itu mengembara di alam wahdah,ahdah,misal dan tujuh puluh ribu alam lagi.Afalnya menjadi makrifat...lisannya menjadi hakikat .Biar pun lafadznya bukan tafsir harfiah namun bahasanya adalah bahasa Tuhan.AH..Beruntungnya..Beruntungnya...Beruntungnya`!!!

Menyesali nasib,menolak untung baik,berputus asa ,kecewa dan bersangka buruk...haram,syirik,berdosa` Ilmu aku yang separas dada itik memberi hukum.

Nafsu bingkas bangun`Lalu apa yang kau katakan andai hakikatnya hanya bermain di dalam otak dan belum pun terlaksana ayat perintah bangun kena buatnya`

Ilmu terkulat-kulat lagi menyemak pelajaran yang lepas-lepas.Kerana tidak serius maka banyak juga yang sudah terlepas dan tidak sempat dihambat.

aku sudah mula rasa ingin ketawa.Padan muka.Persoalan semudah itu pun Ilmu aku tidak mampu menghuraikannya.Memang aku sorok ingatan itu di dalam buah pinggang.Bukan kerana apa.Banyak sangat connectionnya apabila aku simpan dalam otak.Selalu sangat apabila ilmu dapat memberi hujah yang hebat dan tajam nafsu yang sering mengintai peluang akan cepat saja menyelinap ke dalam hati memberitahu kehebatan itu.Takbur,bongkak dan sombong mudah sahaja di tepis ilmu dengan senjata ampuh bernama akhlak.Tapi ujub dan riak terlalu halus hinggakan tiadalah ilmu aku mampu mengawalnya.Pelbagai disiplin telah aku kenakan untuk mengasuhnya dengan pekerti dan adab.Namun aku masih juga tidak dapat mengajarnya dengan betul menyebabkan dia tersangat kurang ajar.

Terlalu susah untuk aku katakan walau pun ayatnya terlalu mudah.`Aku adalah sifat....alimun itu sifatnya..sifat dan zatnya tiadalah bercerai tanggal.Dialah ilmu dialah sifat dia lah zat`...DIALAH AKU.

Ilmu tersentak dan nafsu pun menyala-nyala kemarahan.`Engkau syirik,engkau kafir,engkau melampaui batas`Serentak dan muafakat mereka berkata sehingga memenuhi ruang alam saghir ini. aku buat tidak tahu saja. aku biarkan mereka berperang sehingga letih kerana hari ini aku sudah ada perancangan sendiri.Tidak mungkin aku terlibat dalam peperangan mereka tentang hakikat dan makrifat sebagai pemimpin negeri aku sekarang.Urusan aku lebih besar dari mereka yang hidup dengan gelaran-gelaran. aku tidak perlu semua itu. aku hanya perlu gayung dan towel kerana aku mahu pergi mandi.

No comments: