23 November 2008

KALAM AL SERABUTII

Maka terkurung lah lagi aku di dalam baldi keserabutan ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah aku seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara aku yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh. Bagi aku tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah aku suka.Lagilah aku bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui aku tiadalah upaya aku memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri aku yang wajiblah pula aku penuhi agar tidak berhutang pula di hari oditing kemudian nanti.

Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan aku ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut. Cuma aku memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada korang agar sesekali mengizinkan aku kembali kedalam baldi kehidupan serabut ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini aku pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan korang ajukan kepada aku.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin aku tanya kepada korang. `MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.

Tidak payah aku mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala aku sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Aku sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang aku sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini. Cuma apa yang aku yakini buat masa ini (paham aku berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikanlah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat aku akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Aku setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.

No comments: