Masih ingat lagi bengkel `CAR WASH` Lam Shook yang di dirikan di sebelah surau? Dulu cuma bangsal kecil beratapkan asbestos..kini panjangnya dah melebihi pagar surau. Kalau tengok dari jauh sudah nampak macam gudang tempat sorok rokok keretek.Ruang belakang bangunan di pasang jeriji besi dan mangga kunci sebesar kepala kucing,tempat menyimpan rotan manau pelbagai saiz yang sudah bertan-tan jumlahnya. Seminggu sekali Lori Lam Shook keluar masuk memunggah hasil hutan untuk dihantar ke kilang membuat perabot di pinggir bandar. `Untungnya bukan lagi ratus ….Ribu encik` Cerita batin Sagai sewaktu singgah di warung Pak Itam membeli karipap. Dia tersengih menayangkan gigi karatnya sambil membayar harga 2 keping karipap dengan not lima puluh ringgit.
TAPI ORANG KAMPUNG TAK KISAH. LAM SHOOK TAK MAKAN SORANG. PENAT JERIH BATIN SAGAI DAN ANAK-ANAK BUAH PIKUL ROTAN DARI LERENG BUKIT TEMPURUNG DIBAYAR SORANG LIMAPLOH. SURAU KAMPUNG BELULANG PUN DAH ADA MIKROFON DAN SET KARAOKE. SIAP DENGAN SET GENERATOR UNTUK MENGHIDUPKAN LAMPU PANJANG DAN AMPLIFIER. SEMUANYA LAM SHOOK SEDEKAH .ORANG KAMPUNG PUN SEMAKIN RAMAI KE SURAU DAN BEREBUT-REBUT NAK AZAN BILA MASUK WAKTU. TERASA MACAM SATU KESERONOKKAN APABILA MENDENGAR SUARA SENDIRI BERGEMA KESELURUH PELUSUK KAMPUNG MELALUI CORONG PEMBESAR SUARA. SABAN HARI MEREKA BERHIMPUN DI WARUNG KOPI PAK HITAM RIUH RENDAH MEMBINCANGKAN SUARA SIAPA YANG PALING TINGGI PITCHINGNYA. SEHINGGA MENENGGELAMKAN BUNYI BISING LORI LAM SHOOK YANG SIBUK KELUAR MASUK KAMPUNG MEMUNGGAH ROTAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment