21 November 2008

Serabut The Return

Assalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh.Salam sejahtera buat semua makhluk yang berada di alam virtual ini...semoga korang berada dalam keadaan bahagia selalu dan tersengih 24 jam dengan permainan-permainan duniawi.Kesibukan dengan HAL-HAL yang tak pernah jemu menghantui diri aku sejak kebelakangan ni menambahkan kusut dan serabut dalam kepala hotak pikiran,buah pinggang dan vertebrata aku.Puas cari jalan dan kaedah sama ada secara automatik,bersahaja,dan santai untuk meleraikan segala macam kekusutan dan serabut dalam kepala.Banyak teknik sudah dipraktikkan..jigging,senaman otot,yoga,casting,fly the dragon,summersault,poco-poco,dog under the tree,doggy dan sebagainya tidak mendatangkan apa2 hasil melainkan penat.Setelah bermenung-menungan untuk sekian kalinya aku akhirnya di beri kekuatan untuk memulakan sesuatu yang aku sendiri tidak faham.Sekadar menyampaikan hajat hati yang meronta untuk menulis sedangkan aku sampai saat dan ketika ini masih tidak tau menulis dengan baik.

Setiap tulisan aku adalah kejahatan,kekejian dan kebodohan jiwa semata-mata.Maka berfikirlah aku tulisan apa yang akan aku persembahkan kepada khalayak dan dalam bentuk apakah yang ingin aku susun perkataan-perkataan itu sehingga menjadi ayat lazim atau ayat perintah atau ayat bangun kena buat atau ayat yang memimpin korang semua melangkah ke alam biol.Terlalu banyak perkataan-perkataan yang aku himpun dalam kepala sehingga sendat dengan maklumat yang entah hapa-hapa...fail dalam kepala aku bersepah-sepah tidak tersusun cantik seperti mana fail-fail di dalam kepala cerdik pandai yang lain.

Lebih banyak soalan di dalam kepala aku daripada jawapan kepada setiap HAL di alam syahadah ini.Kalau persoalan tentang akhirat aku boleh cari jawapanya dalam kitab tafsir Al-quran.Kalau jawapan kepada HAL tatatertib dan perundangan Negara boleh aku cari jawapannya dalam buku undang-undang Malaysia...tapi apabila persoalan yang bermain dalam kepala aku ni tentang macamana nak hidup tenang di zaman serabut ini,aku mati kutu.Apa yang aku tengok dan lalui tidak sama dengan ilmu yang aku pelajari di sekolah rendah atau menengah atau universiti.Sehingga ke hari ini aku masih lagi berfikir dan setiap kali aku menemui jawapan kepada persoalan itu aku temui juga persoalan-persoalan yang baru.Dalam kepala aku bagai ada satu sidang meja panjang,perdebatan yang tidak pernah mahu berhenti dengan hujah-hujah yang sering mengorbankan masa tidur aku.Jangan sebut ansomnia..kerana istilah-istilah sedemikian tidak sesuai untuk aku kerana aku sudah ada istilah sendiri bagi setiap HAL yang maujud .Jangan marah kalau aku tersilap memberikan nama-nama pada setiap topik yang akan dibicarakan.

Untuk memahamkan BAB ini izinkan aku menceritakan tentang satu teka-teki.
-Soalannya; ATAS SEBUAH LORI,ADA SEBUAH MOTOR,ATAS MOTOR ADA BALDI..APAKAH WARNA BALDI ITU?

`(ambillah tempoh seberapa lama yang korang suka untuk memikirkan jawapan kepada teka-teki itu-samada satu minit,lima minit,satu hari,tujuh bulan atau lapan tahun atau juga seumur hidup kalian.ikut suka hatilah)..namun setiap jawapan korang adalah SALAH dan BETUL MENGIKUT masa,keadaan dan tempat.Bagi aku teka-teki seharusnya menjadi teka-teki selamanya....hanya soalan-soalan objektif sekolah rendah yang mempunyai jawapan (a) atau (b) atau (c) atau (d) atau (e) atau kesemua yang di atas.....Hakikatnya setiap manusia akan mendakwa jawpan merekalah yang paling betul sehingga lupa sebenarnya jawapan orang yang menjual teka-teki lah yang paling tepat.Masalah yang timbul ialah kerana rasa tidak puas hati manusia kepad jawapan-jawapan manusia lain untuk menjawap persoalan-persoalan yang hakikatnya dia sendiri tidak tahu.Cukup sampai di sini dulu kerana aku tahu otak korang sudah mula bersimpul dan persoalan-persoalan sudah mula bermain di kepala otak sendiri.Tidak kurang yang sudah mula meletak hukum dan mula mencari-cari hukum yang sesuai untuk memuaskan nafsu-nafsu diri yang mula menjadi huru hara dengan hujjah-hujah dan kenyataan-kenyataan strebentuen-seperti:

(1) apa benda yang dia tulis ni...ntah hapa-hapa
(2) merepek jer la budak ni
(3) chiesttt..buang masa jer aku baca..mengarut jer
(4) Rasa macam nak paham..tapi tak bulih tangkap lagi...ish serabut betul
(5) wei...kau nak cakap apa sebenarnya ni.....

dan ada lah beberapa ratus lagi soalan yang hanya korang sendiri yang tau.Tapi jangan bimbang....untuk mendapat jawapannya memerlukan proses yang panjang dan mengambil masa yang amat lama namun akan aku terangkan secara berperingkat-peringkat kerana buat masa ini aku sendiri masih mencari-cari jawapannya.cuma apa yang aku harapkan, persoalan aku akan menjadi jawapan kepada korang dan persoalan korang akan menjadi jawapan kepada persoalan aku.hah..nampakkkk?? itu pun sudah satu jawapan yang memadai buat masa ini dan menyelesaikan sedikit kekusutan dalam kepala aku yang semak.Sekarang aku sudah memindahkan sedikit keserabutan kepala aku dalam kepala korang..jadi cuba pindahkan pula keserabutan kepala korang ke kepala aku melalui pendapat-pendapat dan hujjah atau persoalan-persoalan yang nanti akan aku jawab dengan soalan-soalan yang lain...jadi sebelum aku mengakhiri topic ini aku sudahi dengan pesanan orang yang lebih serabut dari aku-

`SEBAGAIMANA BINATANG CICAK MATI APABILA JATUH KEDALAM CUKA,DEMIKIANLAH JUGA BINATANG CUKA AKAN MATI APABILA JATUH KEDALAM CICAK`-Wallahualam bissawabbbbb.

2 comments:

Sniper-V said...

Kehidupan kite ni seumpama peribahasa moden:" sudah lar dapat selsema, demam n batuk pulak berkunjung tiba"...hmmm,ntahla belalang[abg y ajar ni semua]..Miss U!!

missmelancholy said...

hurmmm...
bengong!