Usop kidung menggeleng-geleng kepala tidak setuju.Itam masih terpinga-pinga tidak faham sementara ucu seolah-olah tidak mahu masuk campur.Dia duduk di meja sebelah dan sesekali memasang telinga juga mencuri-curi buah butir perbincangan.`Tak munasabah langsung` Sepatah ayat keluar dari mulut usop kidung dan dia terus menggeleng-geleng kepala seperti tadi.`Persoalannya sekarang bukan pasal tidak munasabah atau tidak munaserawak atau munaberunei atau munathailand…saya cuma nak bagitau tanah sebelah surau tu saya dah jual pada Lam shook untuk di dirikan `car-wash`….ujar fakir dengan konfiden.
`Itu lah yang buat aku tak setuju tu fakir` jawab usup kidung pantas.Memang kepantangan usop kalau cadangan-cadangan yang tidak boleh di terima akal seperti ini di usulkan dalam mesyuarat kampung.`car-wash` apa kenamanya kalau takde kereta yang nak di basuh dalam kampung ni…mana ada orang pakai kereta kat sini fakir`Hujjah usop kidung lagi sambil mengunyah goreng keledek penuh semangat.
`ooo…macam tuuu…`ucu di meja sebelah mengangguk-angguk lagi kerana tidak faham.`Lam shook kata buat dulu `car-wash` tu..nanti dia akan arahkan kereta-kereta dari bandar nu masuk kesini untuk di basuh` Fakir cuba memberi penerangan dengan panjang lebar.Itam yang sedari tadi hanya memasang telinga akhirnya bangun membuat keputusan.
`Gini lah…tanah tu arwah suman yang punya…Fakir ni warisnya dan `car-wash` tu pulak Lam shook yang akan menjalankannya…jadi kita yang tidak ada kena mengena ni rasanya tak payah lah masuk campur..nanti kalau rugi…duit dia..kalau untung pun duit dia..tak gitu? Rata-rata yang hadir di kedai kopi pagi itu bersetuju dengan usul pak Itam.Usop kidung membayar harga minumannya dan terus beredar tanpa sepatah kata.
Fakir tersenyum puas.Ucu masih mengangguk-angguk kepala seperti tadi.Tidak faham buah butir cuma dia tahu mesyuarat kedai kopi pagi itu sudah tamat.Usul sudah di tutup dan surat menyurat tidak akan di layan.Selang sebulan sebuah bangunan berdinding bata dan beratap asbestos di didirikan di atas tanah arwah suman berhampiran dengan surau.beberapa bulan kemudiannya jemaah-jemaah surau hanya melihat lori Lam shook yang singgah di `car-wash` tersebut menurunkan rotan manau dan damar yang di beli dari orang-orang kampung.Terdengar pula desas-desus Lam Shook bercadang untuk membesarkan bangunan tersebut kerana katanya nak di jadikan tempat membasuh kapal terbang penyembur baja pula.
03 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment