Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.
Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.
Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment