"Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit,pembuli jalanraya, kaki pukul atau bekas bouncer dangdut.Kita huru-harakan Kampung Belulang kali ni",perintah Ghani Komando dengan bengis.Ketua Kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu." Tapi apa motif sebenarnya", tanya Tok Siak kampung yang sejak awal-awal lagi memang dah kompius. "Kita mesti ajar penduduk Kampung Belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku", ujar Ghani Komando yang terkenal dengan sifat panas barannya.
"Tapi ini dah kira agenda peribadi..tak sepatutnya melibatkan semua orang", Raop ketua pasukan kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani Komando mengkarate meja seperti seorang pemegang talipinggang kaler biru jurulatih taekwando."Bodoh,Bahlul..Bangang!",bersusun-susun maki hamun dan pelbagai rupa bentuk kata-kata lucah dihamburkan sehingga penulis tak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada rasa malu pada saudara seagama.
Ketua Kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan AJK mesyuarat tergempar."Korang kena ingat,hari ni kerbau aku diorang kelepet, esok2 kerbau korang pulak..kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini.Dayus namanya", ceramah Ghani KOmando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah marah apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah,Pak Bijan, dan Karim tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang dibedil dengan senapang dua laras miliknya.
06 November 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment