05 November 2008

SESAT

Kampung belulang sudah mula gempar.Hari ini masuk hari ke lima Lebai Dolah ,Pak Bijan,Ucu dan karim hilang tanpa pesan. Tiada siapa dapat memberi maklumat tepat melainkan andaian-andaian dan khabar-khabar angin serta cerita-cerita misteri yang tidak masuk akal menjadi buah mulut orang ramai. Ada yang kata mereka berempat senyap-senyap ke kuala Lumpur pergi audition masuk AKADEMI FANTASIA.Ada juga yang kata mereka di panggil untuk jadi calun rancangan MALAYSIAN DOL.Tidak kurang juga yang membuat spekulasi liar mengatakan Lebai Dolah terpilih menyertai belia berwawasan terjun di kutub utara.Malah tidak kurang juga yang pandai-pandai meramal Lebai Dolah and the gang di larikan jenglot.Tetapi Limat yang sudah beberapa kali berkesempatan menonton siaran ulangan diari Akademi Fantasia di kedai Lam shook di bandar menyangkal habis-habisan.

Tidak mungkin siri realiti yang sudah masuk musim ke lima tersebut menerima lagi peserta-peserta baru .Melainkan Undian ke atas Lebai Dolah mengatasi undian sms Mawi. Bagi Limat perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana suara Lebai Dolah bukan sedap sangat kalau nak di bandingkan dengan peserta-peserta yang tersingkir..apa tah lagi kalau nak di pertandingkan di peringkat separuh akhir. Sudah pasti Lebai Dolah akan di tempeleng oleh Hattan atau 0gy Ahmad Daud.Apa tah lagi untuk pogram seperti MALAYSIAN DOL . Mereka berempat lansung tidak layak sama sekali kerana sudah ada ramai DOL-DOL yang sedang menguasai pelbagai jawatan dan pelbagai kuasa di tangan mereka.Tidak mungkin Lebai Dolah mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan mereka mengkelepat duit rakyat dengan pelbagai projek gajah putih yang melayakkan mereka kekal di tangga teratas kejuaraan MALAYSIAN DOL . Jumlah markah terkumpul mereka sepanjang pertandingan ini sudah mencapai angka juta dan billion…sedangkan Lebai Dolah sifir lapan pun tak berapa nak hafal.

Limat juga yakin untuk mengandaikan Lebai Dolah membuat terjunan di kutub utara bersama Pak Bijan ,Ucu dan Karim sudah tentu tidak munasabah sama sekali kerana mereka tidak ada kepentingan politik. Menjana keperluan kewangan untuk missi-missi hebat seperti itu memerlukan perancangan yang rapi dan cukup teratur yang hanya boleh di lakukan oleh orang-orang berfikiran jauh dan tajam. Tidak cukup sekadar menghafal hukum hakam dari kitab kuning atau kitab perukun. Limat geleng-geleng kepala lagi.

Mendaki everest? Ah juga tidak mungkin…orang kampung bukan reti cari sponsor dan membuat propaganda.Apatah lagi berurusan dengan pihak media yang akan menggembar gemburkan kerja ini sebagai hebat dan patut di buat ketika krisis ekonomi semakin meruncing.Memang misteri sungguh kehilangan Lebai Dolah dan rakan-rakannya.

Namun Ghani komando di kampung sebelah sudah tidak boleh duduk diam. Senapang dua laras yang di pinjam Ucu sudah lebih dari waktu yang di janjikan. Tambah membakar lagi hatinya kerana kerbau kesayangannya juga sudah hilang lebih seminggu. Hanya tali penambang kurang sedepa yang masih terikat di pangkal pokok langsat belakang rumah. Ra`uf dan Sahak dua orang sahabat baik yang juga bekas graduan pusat serenti mendakwa ada ternampak kerbau ghani komando berjalan santai minggu lepas di jalan tanah merah menuju ke kampung Belulang.

No comments: