Assalamualaikum wahai wali-wali allah sekalian-Selamat menyambut kedatangan tahun Baru untuk semua warga MALAYSIA dan kepada saudara-saudara kita yang berada di Afghanistan,Iraq,Afrika,Palestine dan Lubnan.Mudah-mudahan juga kita beroleh kemenangan dalam setiap pertandingan yang kita sertai sepanjang tahun ini.Jika pertandingan membeli kuih dan lauk pauk di pasar malam..mudah-mudahan kitalah orang yang paling banyak membeli kuih,jika pertandingan solat ..mudah-mudahan kitalah orang yang paling kuat memekik melalui mikrofon masjid...jika pertandingan membuat persiapan baju raya mudah-mudahan kitalah orang yang paling awal dan paling banyak menempahnya...jika pertandingan menghias rumah..mudah-mudahan rumah kitalah yang paling semak dengan barang-barang perhiasan untuk dipamerkan dan dimegah-megahkan kepada pengunjung dan jiran-jiran.Demikian jugalah di dalam pertandingan ibadah mudah-mudahan mata kitalah yang paling lebam kerana berjaga malam dan paling lusuh sehingga kelihatan kitalah yang paling soleh dan zuhud di mata rakan-rakan sepejabat.
Kerana tiada lain itulah jalannya agama pada zaman ini dan di amalkan kebanyakkan orang semau-maunya sehingga barang siapa memperbuat yang selain dari itu nescaya kelihatan sesatlah dia di mata orang banyak.Sudah agak lama aku tidak menulis di dalam sidang para monyet ,kerana sesungguhnya aku sedang melalui proses pemendapan yang agak panjang pada kali ini.
Kemalasan aku bukan lagi di tahap karipap malah sudah mencapai tahap malas seperti tepung pelita yang tidak pernah menyala walau pun sekali....kebodohan aku sudah mencapai tahap insputinsi marpulendes-dimana jika dirujuk kepada seluruh kamus dalam dunia ini tidaklah akan diketemui akan definisinya.Keserabutan masih seperti peringkat awal aku menulis di mana persoalan warna baldi dahulu masih jugalah belum terungkai.
Cuma beberapa minggu yang lalu aku terbaca akan sebuah berita di dalam akhbar-akhbar aliran perdana yang menyebutkan tentang perhimpunan 8000 mat rempit yang akan di anjurkan di bukit jalil oleh sekumpulan manusia yang aku lihat sungguh bersemangat dan berwawasan.Lantas teringatlah aku akan teka-teki aku yang berbunyi`Di atas lori ada motor,atas motor ada baldi,apakah warna baldi itu?`.Maka bersungguh-sungguhlah aku melihat clue-clue yang sudah diberi oleh akhbar arus perdana malahan tiwi juga menyiarkan kisah-kisah yang sama bertemakan `perhimpunan mat rempit` di dalam siaran warta berita jam lapan.Terlalu hampir rasanya aku akan menemui jawapan kepada teka-teki yang aku ajukan seketika dulu kerana bukan sahaja motor di perkatakan malah baldi juga aku lihat di pegang oleh mat rempit-mat rempit semasa menjalankan kerja-kerja amal membasuh longkang surau dan masjid di hadapan lensa kamera tiwi tempohari.Akan tetapi masih kabur jua jawapanya kerana timbul pula persoalan di kepala otak aku..sudah ada motor,sudah ada baldi....tetapi dimana lorinya? tanpa lori bagaimana aku akan meneka warna baldi tersebut.Tanpa lori teka-teki tersebut tidak akan lengkap selama-lamanya.Atau bolehkah aku mengandaikan sahaja manusia-manusia bijak yang membawa mat rempit ini berhimpun dan mendakwa ini suatu kerja amal di hadapan lensa tiwi sebagai lori kerana lori boleh mengangkut apa saja samada barang-barang berguna mau pun sampah.Tidak sebesar zarah pun otak aku mampu memikirkannya.
Benarlah seperti kata aku tadi..kebodohan aku sudah berada di tahap karipap..malah rasanya karipap sendiri pun tidak sebodoh aku.Seperti lazimnya apabila di dalam proses mencari jawapan menimbulkan terlalu banyak pertanyaan,maka aku akan simpan ia di dalam suatu file lain agar otak aku tidak meleleh melalui telinga.Apa yang boleh aku lakukan hanyalah menunggu dan memberi sedikit masa lagi sehingga tuhan sendiri memberikan jawapannya kepada aku melalui mulhim.Sabar lagi...sabar lagi...sabar lagi...sampai turja`un.
Sambil menunggu aku serungkupkan kepala aku dengan baldi untuk mengisi masa lapang.Bunyi hingar bingar sekeliling kedengaran agak perlahan dan berdesir.seronok jugak berada dalam kelainan ini. aku tidak nampak apa yang ada di luar baldi kerana kepala aku berada di dalam baldi.apa yang ada hanyalah bunyi yang tidak jelas dan depas depus napas aku sendiri sahaja.warna baldi lagilah tidak jelas pada penglihatan kerana apabila baldi di sarungkan ke kepala..maka ia menjadi terlalu hampir,apabila terlalu hampir..maka ia kabur.Apa sahaja yang terlalu hampir akan menjadi kabur.hahahahahahahhahahahahahahahahahhaha....itu suatu jawapan yang agak bernas dapat aku pikirkan sepanjang kepala aku berada di dalam baldi ini.
kemudian seseorang dari luar mengetuk baldi dengan kuat. aku terpana namun masih belum mahu keluar dari baldi tersebut kerana aku masih mahu meneka dan berfikir.
`Siapakah yang mengetuk baldi tersebut?`
`kenapakah dia mengetuk sedemikian kuat sedangkan dia tahu kepala aku berada di dalam baldi itu?`
`kalaulah hanya sekadar ketukkan dari luar baldi terdengar sedemikian kuat apabila gegendang telinga kita berada terlalu hampir dengannya..bagaimana pula saudara-saudara aku yang berada iraq,afghanistan,palestine dan lubnan menanggung bunyi letupan bom dan senjata api yang menghujani mereka saban hari?`
Apa pun alasannya...makhluk yang melakukan perbuatan tersebut sudah pasti tidak mempunyai sifat belas kasihan,tidak ada kasih sayang,tidak ada hati nurani,tidak yakin dengan tuhan???? aku tidak berani menjawap....bukan sehaja menjawap...membuka baldi yang masih menyerkup kepala ini juga masih belum berani kerana aku bimbang tidak boleh menerima kenyataan apabila di pertontonkan jawapannya.Kerana itu kadang-kadang aku rasa memang aku memerlukan masa pemendapan yang lebih panjang untuk memproses jawapan-jawapan untuk persoalan yang belum datang.
Farewell The Greatest of All Time
1 year ago
4 comments:
aku lagi serabut bila baca entry ko nie...panjang sangat woi!!
BEB.....wa bukan pe la...tapi wa talak paham sepatah haram pun maksud entry lu nie....puas wa baca ooo...tapi talak masuk dlm otak ooo
serabutlah hang ni..
dude...
i dah bace u nyer entry ni..
i dapat faham cket lah..
u are talking about things that happends around u kan.. but next time dude, jgn banyak sangat guna ayat2 konotasi... susah nk faham.. maksut u sangat2 tersirat, takot nanti apa yg u nk samapaikan tak mampu ditafsirkan oleh mereka2/
Post a Comment