16 September 2008

Cinta Dan Bas


Kali ni aku nak cuba serius sikit..ni semua berkenaan dengan apa yang ada dalam setiap dari kita sebagai manusia .Aku tak tau la betul atau tak,tapi selama hidup aku ni,ini la yang aku boleh simpulkan.Melalui beberapa pengalaman dan teladan yang dikongsi daripada kawan2 aku.It's all about love..


Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas.Korang nak pegi sesuatu tempat,korang tunggu bas.Bila bas tu datang, korang nengok bas tu dan cakap,"Eee...penuhnya. ..tak de tempat duduk." Jadik,korang katakan pada diri sendiri, "Aku akan tunggu bas yg lain." Korang pun biarkan bas tu berlalu dan tunggu pulak bas yg lain.


Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Korang nengok bas tu dan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, korang pun biarkan bas buruk tu berlalu dan bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.


Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni korang kata,"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik tunggu bas yg lain."


Dan sekali lagi korang biarkan bas tu berlalu dan bercadang utk menanti bas yg seterusnya.


Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru perasan yg korang dah terlambat rupanya.Korang mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.


Dan kemudian barulah korang sedar bahawa...korang dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni korang dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg korang nak....


Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,pasti ke bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk korang?


Jadik, mengingini apa yg korang idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?


Sekiranya korang rasa "bas" itu tak sesuai dengan korang, apa yg perlu dilakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.


Tapi...confirm korang semua tentu ada pengalaman yg macam ni.kan?


Korang nampak ada bas datang (tentulah bas yg nanti-nantikan) , korang tahan bas tu tapi drebar bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak dan terus jalan tinggalkan korang!


....Bila ada bas yang lalu melintasi aku macamtu, apa yang aku buat ialah BERJALAN!Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali kejar,korang akan terjatuh dan menyakiti diri sendiri.


Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri korang.


Dan bila korang berjalan, korang sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!Ngerti?
C-Contradicton
I-Is
N-Not
T-The
A-Answer

6 comments:

hotcocoa said...

brilliant one! :)

nanarizqman said...

huaaaa...sadis sungguh aku membaca artikel ni. memang betol. tapi kadang2, bas yg kita taknak tu, kita terpaksa naik. dan bila kita nak turun sebab tak suka, kita ada rasa cam errmmm takpala. bas ni dah berjasa pada aku. huaaaaaaaaa....itu kes amacam daaa

Nora_Yahya said...

haha.. but ade betol juge..
ala naik je la bus ape pun..jgn memilih sgt..kang lambat ke destination nye kan kan?? tp klu bus xde aircond tu ibarat org yg xberduet..erm..sush la pompuan klu laki x berduet..(bkn mata duitan..but hakikat-dunia skrg nk duet je)..tp klu bus penuh tu ibarat laki tu byk sgt pompuan nk..so jgn naek la..karang berebut pulak..huhu

eLLe said...

agree jugak..
memilih, jadi lambat..
tak memilih, buatnya bas berhenti tengah jalan mcm mana?

Tayar tercabut, accident plak kan. takpun pemandu dia mabuk.. kalau accident cane???

heeee

Freddie said...

Sometimes,the person you really need is the one you didnt think you wanted!

hotcocoa said...

yang penting musim2 raya ni jangan naik bas tambahan oke.

*peace*