20 December 2009

Tangisan Marhaen


Seperti yang kita ketahui, prestasi pasukan negara kita tak sebaik yang kita harapkan.. tapi aku selalu bangga dengan mereka kerana mereka mempunyai supporter fanatik yang akan membuat penonton lain meremang dengan sorakan-sorakannya..

Supporter.. mendengar perkataan ini sahaja pasti fikiran kita langsung tertuju pada bolasepak.Ya, supporter dan bolasepak ibarat aur dengan tebing.bagai isi dengan kuku.Dimana ada bolasepak, di situ ada supporternya..

Betapa bangganya aku kalau sebuah media massa atau apapun membahas tentang fanatisme para supporter. Berlaku jujur,pertama kali aku merasa bagai suatu semangat yang merasuk dalam jiwa aku adalah pada tahun 2003,ketika menonton perlawanan bolasepak antara pasukan Besiktas menentang Karsiyaka. Ketika itu aku duduk dikelompok CARSI (penyokong Besiktas).Yang aku tonton bukan permainannya tapi gelagat dan sorak-sorai sang penyemangat menyanyikan chant-chant yang membuat mata aku berkaca-kaca. Mungkin sebahagian akan mengatakan aku melebih-lebih, namun bagi orang yang pernah merasainya dan memang cinta akan bolasepak, kata ‘melebih-lebih’ itu tak akan keluar dari mulutnya..


Namun berkacanya mata aku itu ada dua sebabnya.Yang pertama kerana semangat menyokong yang ditunjukkan oleh CARSI terhadap Besiktas dan yang kemudian pula adalah perasaan sedih kerana aku tak dapat merasai suasana dan atmosfera seperti ini di tanah air sendiri.Sungguh jauh jurang perbezaan antara supporter kita dan mereka dimana mereka sentiasa mendukung pasukan kesayangan mereka tak kira kalah atau menang malah sanggup mati untuknya sedangkan di sini,menang dikritik..kalah dicaci hina.Dan apa yang ketara diantara kebanyakan peminat bolasepak disini terlalu mengagung-agungkan bolasepak moden.

Bukan sahaja pasukan dikutuk dikeji, malah ada juga individu yang mempersoalkan mengapa aku dan rakan-rakan terlalu taksub mendukung pasukan Negara sedangkan jelas, apa yang kami lakukan adalah untuk menyemai rasa cinta dan nasionalis terhadap negara kami dan Negara ‘mereka’. Sepatutnya persoalan itu yang layak diutarakan kepada mereka.kenapa?

Kalian yang mencaci di sana, kalian tak pernah lalui bagaimana susah payah kami supporter mengharungi cacian dan hinaan dari orang seperti kalian demi memartabatkan maruah Negara.Jangankan untuk berjalan bersama, menampakan muka dengan lambang kebesaran pun kami sudah dicaci dari jauh.Mungkin itu hal biasa menurut kalian, tapi menurut kami itu hal yang menyakiti batin kami. Kalian mungkin tidak merasakannya dan membuat kalian terus dan terus melakukannya. Mungkin kalian takkan merasakannya kerana nasionalisme dalam diri kalian semakin pudar..

Siapa lagi yang akan menyokong Malaysia selain daripada rakyatnya sendiri? Tak usah kita berharap peminat bolasepak Eropah akan menyokong Malaysia kerana sesungguhnya mereka tak akan! Tak salah untuk mengagumi kelab-kelab besar seluruh Eropah tetapi adalah sesuatu yang sangat tidak patut jika sanggup memperlekehkan Negara sendiri dan membanding-bandingkan prestasi kita dengan yang lain kerana apa yang kita ada,itulah yang kita akan perjuangkan. Malaysia tetap Malaysia.Tak akan jadi seperti yang lain.
Tahniah utk King Gobal dan anak buah.Penantian 20 tahun sudah berakhir.Teruskan usaha tingkatkan semangat.Kami akan tetap mendukung siapa pun yang membawa nama Malaysia.Kepada FAM,kiss ur royal ass!

11 December 2009

Perjuangan


Pertandingan diperingkat antarabangsa yang telah lalu, sedang dan akan berlangsung dalam kancah bolasepak Negara, kita maklum bahawa skuad HarimauMalaya berada dalam posisi yang tidak menentu namun itu bukanlah posisi selayaknya dengan segala fasiliti dan kemudahan yang kita ada sekarang walaupun patut disyukuri.

Tetapi bagi peminat dan penyokong tegar HarimauMalaya baik di Lembah Kelang mahupun di belahan kota yang lain di penjuru dunia dapat sentiasa mendukung secara langsung ataupun tidak langsung adalah suatu kebanggaan walaupun tidak dapat mengikuti setiap perlawanan kerana komitmen kerja atau hal-hal yang lain. Namun berkat doa yang tulus serta harapan yang menggunung tidak pernah putus untuk dilimpahkan ke atas kejayaan skuad HarimauMalaya.

Dari semua itu yang tak dapat dinafikan pada setiap perlawanan yang melibatkan HarimauMalaya adalah kehadiran penyokong setianya yang selalu memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi sebagai sebahagian daripada menunjukkan kesetiaan mereka kepada Negara tak terkecuali bagi peminat yang dilabel sebagai lalang.

Kehadiran mereka disamping memberi semangat juga memberi ‘warna’ disetiap perlawanan. Mereka adalah generasi-generasi Ultras yang terinspirasi dari semangat juang para penyokong dari Eropah tetapi tidak lupa akan budaya dan undang-undang yang didaulatkan di Malaysia. Mereka adalah generasi-generasi penerus kejayaan HarimauMalaya dan kebanggaan sebagai Ultras Malaya.


Di mata mereka yang belum mengenal ertinya budaya menyokong akan terlihat dan akan terakam satu nilai kejujuran,kesetiaan dan suatu nilai perjuangan untuk meraihnya.
Semakin kerap mereka hadir memberi sokongan, semakin banyak nilai positif dan semakin menebal semangat nasionalisme mereka berbanding mereka yang berkiblatkan bolasepak Inggeris, yang mengagungkan arena modern football sungguhpun nyata tiada apa yang baik dengan tindakan mereka yang seakan lupa bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Mereka membalas, walaupun kami berbaju merah atau biru tetapi kami tetap menyokong HarimauMalaya. Persoalannya bila mereka tunjukkan warna mereka hitam kuning kerana tidak pernah penuh stadium bila perlawanan melibatkan HarimauMalaya sebaliknya kedai mamak penuh sesak bila terdapat perlawanan dari Liga Inggeris?


Mungkin ini bukan sekadar mimpi sebahagian besar pejuang-pejuang ini. Atmosfera bolasepak tidak hanya dirasakan oleh orang-orang lama, namun dapat juga dirasakan oleh penyokong lalang dan lebih tinggi nilainya untuk Ultras Malaya. Tidak ada yang mustahil jika kita mendidik mereka dan merintis semangat mereka dan mula menempatkan mereka dikelompok kita di stadium (curva) sebagai sebahagian nilai kebudayaan bolasepak dan nilai nasionalisme yang tinggi seperti yang dapat kita saksikan betapa ‘berjuang’nya penyokong-penyokong di liga-liga Negara Balkan.

Ultras Malaya. Cinta mereka suci murni tak mengenal populariti tak kenal publisisti,cinta mereka sejati tak mengenal situasi tak mengenal prestasi. Cinta mereka mulia tak mengenal kuasa,cinta mereka putih tak mengenal perih. Cinta mereka ghairah tak mengenal lelah, tak mengenal menyerah. Dan banyaknya perasaan cinta mereka ini diungkapkan pada wajah-wajah mereka yang penuh makna dan dizahirkan pada kain rentang mereka yang tergantung di pagar-pagar sekitar stadium.

Sayang jika benih cinta mereka yang tumbuh berkembang tanpa bunga dan menghasilkan buah. Keringat dan rasa sayang mereka jangan sampai menjadi hampa dan sia-sia kerana sisi hitam bolasepak itu sendiri. Cukup bagi tragedi Red Warrior dan Laskar Kuning, setidaknya untuk mereka memahami disamping sukan bolasepak itu adalah hiburan dan mimpi-mimpi kecil yang indah untuk diraih.

Bagi mereka yang terus berjuang dan ingin berjuang bersama kami, semoga dapat menghafal setiap baris bait-bait pencetus semangat untuk wira kita dan menjadi penyokong tegar yang militan. Jadikan lapangan sorakan kita bukan sesuatu untuk ditertawakan bangsa lain, sesuatu yang jadi bahan jenaka dan cemuhan mereka. Jangan kita dikenali sebagai pencetus kekecohan, janganlah kita dilabel dengan gelaran perusuh, tetapi biarlah barisan hadapan pejuang ini diketahui dengan sifat kerasnya menyokong, tak akan pernah berhenti mempertahankan daulat Negara dan sanggup mati deminya.

Kelak kita tidak hanya bangga menjadi bangsa Malaysia tapi akan lebih bangga jika spirit dan kesetiaan tanpa batas akan diwarisi oleh generasi seterusnya secara hakiki dan penuh erti. Tuhan tidak mengirim kemenangan,kejayaan dan keberuntungan dalam kehidupan bila tiada perjuangan,pahlawan dan ianya tidak diwarisi.

“Hingga ke titisan darah terakhir..”

ULTRAS MALAYA

09 December 2009

Selagi Hidup

Selagi hidup,hiduplah sepertimana yang kamu suka dan yang paling penting jalan terus beb!Pastikan value kebahagiaan itu diatas sekali melangkaui batas waktu mahupun wang ringgit.Duit tak boleh bawak ke mati beb,tapi bahagia itu inti rasa..rasa adalah nikmat,suka atau tak suka..Kalau kamu banyak duit,hati tak senang,pun tak guna juga..Tak ada duit pun susah juga..hahaha..Tapi kalau kamu pilih untuk jadi kaya,teruskan niat kamu..Jangan jadi macam aku..Aku memang gini,suka yang gitu-gitu saja..Kadang menyusahkan juga...

Sepatutnya tidak ada apa yang perlu dikhuatirkan tentang hidup dan mati,semuanya telah direncanakan sejak benih pertama kita dari dalam perut ibu lagi.Bukankah itu Tuhan punya kuasa..Cuma tahap yakin kita kepada makna hidup itu sendiri,yang itu bagus kalau kita pertingkatkan..Yang penting bersederhanalah dalam menjalani.

Ok,apa yang membahagiakan kamu?Anak-anak?Isteri?Famili?Wang ringgit atau emas dan permata?Kereta mewah yang tersadai disana sini?Baju-baju Bundle yang rare yang harganya cecah ribuan ringgit sehelai?Bisnis yang mencecah billion ringgit.Apa saja yang ada dibenak kamu.Itulah acuan dan hala tuju hidup kamu.Aku ada bersembang dengan kawan baik itu hari,tentang bahagia.Aku cakap,kalau kamu ada anak nanti,kamu akan berubah menjadi seorang manusia yang lebih berguna dan menghargai hidup.Bukannya tak ada anak hidup tak berguna.Pun berguna juga..Ini hanya pendapat aku tentang apa yang aku lalui.Kita lihat kawan-kawan kita yang dulunya tak macam orang,bila dah berkeluarga berubah 100%.Itu bukannya dibuat-buat..Itu fitrah alam dan manusia.Biasanya laki bini yang dah berkahwin lama tapi tak dapat anak,pun ada solutionnya..Itu namanya hidup..ada yang kita suka,ada yang kita tak suka.Takkan pasal bab yang tak suka kita nak memaki takdir pulak.Memaki takdir samalah maknanya dengan kamu memaki Tuhan.Tapi kalau kamu nak maki jugak,makilah..ha ha ha..Gerenti kamu akan dapat jawapannya.Ahli falsafah,Osho kata..Benci pun sebahagian dari makna cinta dan kasih sayang juga,Sebab ianya masih dalam subjek kecintaan.Love and hate.Jadi kalau kamu tak puas hati juga dengan takdir kamu,kamu boleh mengadu degan Tuhan dalam konteks yang lebih matang..tak semestinya ada elemen romantik disitu.Tak semestinya kena ada sedu sedan..Kamu boleh mengadapnya dengan dada yang lapang,jiwa yang tenang..Neutral.Itu yang terbaik.Itu keyakinan yang mutlak.Walhal sebelum ada ingat dalam otak kamu,Dia telahpun tahu segalanya tentang semalam,hari ini dan esok kamu.

Dulu,suatu masa dulu..aku agak extreme dalam mendalami ilmu agama.Jadi aku ada banyak kawan-kawan yang sealiran,yang senior dan junior..Perjalanan yang extreme biasanya banyak part yang tersasul..Jadi aku suka provoke..sangat sarkastik..Yang member aku sorang ni dok bercerita tentang rasulullah dan cerita-cerita para aulia,dan aku just provoke saja..Bukannya apa..nak menguji saja.Tapi kawan aku ni dia senyum saja,dia relaks....So sepuluh tahun lepas tu..Aku berguru pulak denagn sorang lagi Guru agama..Yang mana guru agama aku ni member baik,maknanya seguru dengan kawan yang aku selalu kondem tu...Its a small world..Jadi aku tanya dia..kenapa dulu aku selalu provoke,kau senyum je?Dia cakap...Aku suka kau melalui proses demi proses...Oh,begitu rupanya..ha ha ha...Kalaulah kita tahu yang hidup ini hanyalah sekadar permainan..Kita akan lebih relaks menghadapinya..tak percaya?Trust me..