Seorang pemuda gila yang lari dari rumah sakit jiwa merayau-rayau di dalam sebuah pekan dengan memakai pakaian yang tertulis `HOSPITAL BAHAGIA ` di bahagian belakang bajunya dan `HAK MILIK KERAJAAN` di bahagian poket kanan bahagian hadapannya.Petugas-petugas hospital yang diarahkan mencari dengan mudah menjumpainya lantas mengenali pemuda tersebut.Mereka mengepung lalu menangkapnya.
Si pemuda lantas bertanya,"bagaimana kamu semua mengenali aku?"
"Dari pakaian mu",pantas jawap petugas-petugas hospital dengan penuh bijaksana.
Dengan lemah lembut Pemuda tersebut bertanya lagi ,"LALU BAGAIMANA ENGKAU PASTI BAHAWA AKU ADALAH AKU?"
Di kahabarkan dalam riwayat yang mahsyur beberapa tahun kemudiannya si pemuda lari untuk kali yang kedua dan tiada sesiapa mencarinya kerana petugas-petugas yang diarahkan mengawalnya turut lari bersama.
Farewell The Greatest of All Time
1 year ago
No comments:
Post a Comment