23 February 2009

Hakikat Edisi Majal

Marilah aku ceritakan suatu kisah berkaitan tentang HAL ini.Seorang ahli serabut di dalam sebuah hospital BAHAGIA melihat sang doktor meniup tangannya kerana kedinginan suhu ekon di dalam wad tersebut.

"untuk apa anda melakukan perkara seperti itu?"soalnya.

Dengan yakin sang doktor menjawab,"sudah pasti untuk memanaskan".

Ahli serabut lantas memekik,"engkau pembohong!!..Ibu ku berkata dia meniup dapur untuk menghidupkan api,nenek ku kata dia meniup pelita untuk memadamkan api,abang ku berkata dia meniup trompet untuk membunyikannya,adik ku meminta aku sendiri meniup matanya untuk mengeluarkan habuk dari dalam matanya dan bapaku berkata dia meniup teh tarik untuk menyejukkan,dan sekarang engkau mendakwa perbuatan meniup itu berfungsi untuk memanaskan".

"Siapakah yang berani memberi satu makna untuk sesuatu hakikat selain dari kebanggaan intelek atau kebodohan jiwa?"

3 comments:

Anonymous said...

hehhee...sumer entry u nie memang bahasa kalah dewan bahasa n pustaka, susah nak faham. Kena baca few times baru leh dapat msg yg cube u bagi tu hehhee...anyway, i tiup angin bagi awan gerak ahaksss

SangKunang said...

masa kat asrama skolah dulu, wardenku pernah menampar pipiku kerana aku ponteng smayang subuh di surau. aku bengang. nak ditampar smula dia orang tua.
baru2 ni awekku menampar bahuku setelah kaku buat lawak bangang kat dia.
aku bengang juga!
aku tampar dia balik kerna ku tahu tampar-menampar hanya digunakan bila kita marah.
kihkih

Freddie said...

adapun hikayat penampar itu sifatnya sangatlah subjektif.penampar sang guru bermaksud kebaikan,penampar sang jejaka bermaksud peringatan manakala penampar si gadis pula disebut tamparan wanita.