26 January 2009

Sampai Bila????

Dimulakan dengan Bismillahirrahmaanirrahim.Tidak dapat dinafikan lagi, kebobrokan FAM mula mencetuskan kemarahan semua penyokong bolasepak Malaysia. Dilihat dari semua sudut, FAM mula di cemuh oleh penyokong, media, jurulatih-jurulatih serta pengurus pasukan, cuma peringkat kerajaan belum mengambil langkah untuk bertindak keatas FAM yang membutakan telinga, membuat keputusan membuta tuli dan tidak dapat dinasihati lagi oleh mana-mana pihak. Umum mula sedar, kerosakan FAM bermula dari tampuk Presiden FAM sendiri yang beriya-iya menggubal Majlis Tertinggi FAM kononnya mampu merubah senario dan mentality bolasepak Malaysia. Sudah jelas sejak sekian lama, Malaysia antara negara Asia yang mempunyai peminat bolasepak yang taksub dengan sukan nombor satu dunia itu. Oleh itu, atas wadah hanya penyokong sahaja sekarang boleh merubah jika tidak pun sedikit membaiki mutu dan perjalanan bolasepak Malaysia di semua peringkat.



Memandang kan Tuanku Presiden FAM tidak mahu berganjak dan atas dasar itu, kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak mahu mengacau dan menderhaka setiap bidang luar politik yang dicampuri oleh tampuk kesultanan melayu. Kita lihat, banyak aspek terabai bila bidang tugas pengurusan diketuai oleh orang dari istana. Kita juga sedar, rata-rata peminat bolasepak Malaysia majoritinya berbangsa melayu amat menghormati dan mengelak dari tulah, tidak akan bersuara untuk menentang kesultanan. Namun, suatu yang menjadi keunikan sukan bolasepak yang berpaksikan kuasa penyokong mampu merubahnya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memberi sedikit tekanan berhemah. Untuk menyedarkan semua, portfolio jawatan presiden setiap badan sukan di Malaysia tidak akan ditentang oleh sesiapa jika dipengerusikan oleh Sultan. Namun, dalam bolasepak, kuasa dan hak kita sebagai penyokong sebenarnya adalah paksi terkuat dalam membangunkan bolasepak.



Jika dilihat, di peringkat professional FIFA mahu pun EURO sendiri mengambil pendekatan terbuka mendengar suara penyokong, dan kita sedia tahu kuasa penyokong professional di setiap pelusuk dunia menguasai sukan tersebut. Kita dengar dan baca melalui akhbar, kekuatan kuasa kelab penyokong mampu bersatu menyerahkan dana kewangan untuk memiliki kelab kesayangan mereka. Kita selalu dengar kebebasan kelab, pengurus dan wakil kelab penyokong menghantar amaran dan tekanan kepada pihak tertinggi yang mengelola bidang sukan ini agar perjalanan sukan kesayangan ramai ini berjalan dengan tunjang persembahan untuk segenap orang ramai yakni penyokong. Oleh itu, dengan keprofessionalan dan kuasa mampan dari luar, kita boleh cuba cedok pakai untuk ditafsirkan dengan cara dan perjalanan kita bersesuaian dengan adat resam dan budaya setempat.



Untuk melaksanakan resolusi paling besar ini, tidak dapat tidak suara penyokong harus bersatu dibawah satu payung kelab penyokong yang rata-rata sudah berdaftar dan mempunyai asas kukuh untuk bersuara. Satu cara paling efisyen yang boleh kita persembahkan adalah seperti berikut:



1. Gabungkan semua kelab penyokong alam maya dahulu, kerana perjalanan penyokong alam maya yang luas komunitinya bebas dan terbuka, kemudian organisasikan pergerakan ini di peringkat pergerakan luaran. Bina satu wadah yang kukuh agar diterima pakai semua peringkat kelab penyokong dari semua negeri dan kelab yang bermain dibawah Liga M.



2. Rundingkan dan tubuhkan Majlis Tertinggi yang mengelola, mengemaskini serta menjalankan gerak kerja utuh di peringkat tertinggi dengan niat nan satu, untuk memberi amaran dan tekanan kepada FAM secara total dan ‘totok’.



3. Wujudkan rangkaian webportal dan poll khusus untuk membincangkan dan memberi pandangan secara terbuka untuk dilaksanakan dasarnya diluar sana ketika kita mempersembahkan secara berdepan dengan FAM.



4. Adakan piket, serah memorandum dan angkat banner di setiap venue perlawanan, berkumpul sebelum perlawanan dan selepas perlawanan, angkat banner ketika perlawanan berlangsung. Pilih satu atau dua hari wajib untuk membuat satu reformasi besar-besaran didepan wisma FAM.



5. Bina unit tugasan tertentu dengan kepakaran setiap ahli dalam bidang tugas terpilih, bergerak dalam satu organisasi dan mengikut unit tersusun, contohnya adakan unit angkat dan membuat banner, unit perunding, unit penasihat, unit gerak kerja media, unit perusuh dan lain-lain.



6. Sertakan resolusi didalam memorandum dengan mengambil pakai setiap pandangan bernas yang dibuka thread terbuka untuk memberi cadangan dan highlight serta senaraikan setiap pandangan jitu dan didirikan atas satu gerak kerja professional. Mampankan organisasi mengikut unit, cari keahlian seramai mungkin, jika satu negeri atau kelab kita mampu kumpul 20 ribu ahli, suara 200 ribu ahli berkumpul untuk gulingkan FAM pastinya akan didengar oleh pihak berwajib.



7. Wujudkan satu hubungan diplomasi yang terbaik dengan kerajaan Malaysia, terangkan bagaimana kita berdiri atas suara hak professional ingin membantu kerajaan menaikkan nama negara yang digembar gembur mempunyai fasiliti antara terbaik didunia, namun mutu dan mentaliti bolasepaknya berada di kelas dunia ke sepuluh. Unjurkan suara kita kepada menteri-menteri dan ahli parlimen agar dibawa dasar untuk dibincangkan diparlimen.



8. Ahli mesyuarat tertinggi badan ini harus terdiri dikalangan orang elit dan genius serta cerdik pandai, ahli akademik serta gabungan badan bukan kerajaan.



9. Adakan perbentukan suara ini disemua peringkat remaja, bawakan semarak untuk melihat badan FAM yang kuku besi ke universiti, selayaknya berlaku seperti di Indonesia bagaimana kuasa belia universiti bergabung mengguling Presiden negara mereka. Namun kita tidak diperingkat bobrok, kita jalankan dengan cara professional, ingin membantu kerajaan dalam banyak segi.



10. Sedarkan kepada setiap penyokong, bahawa jikalau beribu kali FAM dibubar dan dibuat perlantikan Ahli Majlis Tertinggi pun, jika Presidennya tidak didesak berundur, pastinya kita akan merana selagi cara dan pembawakan songsang ini tidak disekat dengan suara ramai.



Diatas Cuma 10 cara dan pastinya ada beribu cadangan bernas boleh dibentuk jika kita bersatu sebagai suara orang kedua belas ingin memenangi perlawanan bolasepak diwakili oleh negara kita sendiri. Kita selalu kedengaran bagaimana kuatnya kesatuan kelab penyokong Manchester United atau Liverpool Malaysia, bagaimana mereka boleh duduk berbincang untuk menyampaikan sokongan mereka kepada pasukan luar. Kita tahu, mereka terdiri dikalangan rakyat elit dan terpelajar malahan professional serta korporat sendiri turun padang serta membina dana yang kuat.



Kita bukan mahu berpandukan mereka semata-mata, selain kita tidak mahu Presiden FAM hari ini, kita juga tidak suka atasan FAM terdiri dari orang yang mempunyai kuasa politik yang besar, ahli korporat jutawan yang memikirkan keuntungan beri dan mendapat pulangan, pemanggil kuasa penaja dan pakar membuat undang-undang serta akta sukan, penggubal draf dan ahli panel perunding yang bagus sahaja. Kita mahukan wakil suara kelab penyokong atau orang dari bawah yang melihat kekacauan FAM yang tidak disedari diperingkat atasnya.



Jika kita mampu kumpulkan sekurang-kurangnya 100 ribu ahli, memungut dana ahli RM10 setiap satu orang, kita malahan mampu membeli FAM yang tiada harga pun jika dibuat bida terbuka. Kita boleh ubah banyak sudut bila kita menukar atasan FAM sedia ada. Kita boleh buat penswastaan contohnnya, kita boleh memanggil ramai pelabur dalam negara, kita boleh membina Liga M yang lebih bermutu, malahan kita boleh memberi hak penyokong yang terpenting untuk diberi, iaitu kepuasan memiliki pasukan kesayangan kita mengikut yang kita dasarkan.



Ini cuma resolusi pendek yang saya sertakan sebagai kemungkinan bagi kita untuk membina jambatan ini agar sampai kepada FAM. Jambatan yang membawa gerombolan suara dan sorakan professional kita kepada kerajaan Malaysia khususnya. Liputan media massa luar juga akan menyedari, Malaysia memiliki penyokong bolasepak yang berkualiti dan berkuantiti bersatu. Kita mahu ubah sedikit sahaja, kita mahu mereka berubah demi hak perjuangan kita. Kita celik mengenal bolasepak bila diperkenalkan oleh orang-orang tua kita, bagaimana untuk kesekian lamanya mereka menderita tanpa pembelaan. Bagaimana kita dicerca, bagaimana nilai bolasepak Malaysia diketawakan diperingkat antarabangsa dan kita dikenali sebagai orang Asia yang berdarah sejuk, yang boleh dikeji dan di kecam sewenang-wenangnya.



Saya berharap agar resolusi yang total tapi ‘totok’ ini tidak menjurus kearah yang lebih negatif, malah mampu membuka mata kita semua untuk lebih berfikir untuk menaikkan taraf bolasepak sendiri, bukannya adik, anak dan cucu kita mentertawanya kelak. Saya akhiri resolusi pendek saya dengan jutaan kemaafan dari semua pihak, KITA MAHU SEMUA SEDAR KUASA BOLASEPAK MALAYSIA BERADA DIDALAM TANGAN PENYOKONGNYA SENDIRI. Ayuh, gemakan suara kita, gegarkan FAM yang tidak akan sedar sehingga kita londehkan aib mereka secara berdepan. Wassalam.

1 comment:

SangKunang said...

jika tajuknya sampai bila.
jawapannya sampai hujung hayat.

presiden kesayangan kita keras kepala orangnya.
25 tahun di tampuk pemerintahan.
dalam temph 25 tahun ni, perdana menteri pun sudah bertukar ganti 2 kali dan hampir masuk PM yg ketiga dlm tempoh pemerintahan baginda.
tp baginda masih utuh bertahan.

pemain2 kebangsaan pula entah berapa generasi dah.
tp baginda masih utuh bertahan

menteri belia sukan x payah ckp laa, dah berapa ramai..

entah laa ......