12 January 2009

Kecewa Bukan Mati


Manusia dijadikan Tuhan memang untuk menerima ujian,dugaan,suka,duka.sebab ianya memang lumrah cerita untuk kita yang bernama manusia.ada yang ujiannnya begitu,ada yang begini.ada pulak yang tak sudah-sudah ditimpa malang dalam hidupnya.Dan mari kita tinggalkan sejenak alam serabut bagi mengupas tentang permasalahan topik yang biasa kita semua lalui.kecewa dalam percintaan.Banyak antara kita,lelaki atau perempuan kecewa dalam bercinta.

pernah dulu kawan aku mengecewakan lelaki yang dah pun jadi tunangnya,nak dijadikan cerita si lelaki gagal menerima kenyataan yang dia telah dikecewakan.akhirnya putus wayar..gila isim.kehulur kehilir bawak tin biskut kosong dengan getah basikal ikat kat pinggang.la ni tak tau ok ke atau dok macam tu lagi.sebab benda ni dah lama dulu jadinya.ada juga member sekolah aku yang jadi gila sebab cinta.la ni ada lagi kat selayang dok merayau-rayau sana sini.dengan keadaann yang tak terurus dia menghabiskan sisa-sisa hidup dia .itulah bahananya kesan cinta ini yer saudara dan saudari..hehe

Aku pun pernah melalui juga.dikecewakan.dan ianya memang sakit.tapi aku mengkaji dan mengambil masa lama untuk mengkaji,cuba mengenal makna hidup,cuba mengenal diri sedalam-sedalamnya.cuba mengenal apa sebenarnya cerita kita ini.dan aku akan bagitau korang apa yang telah aku faham dalam bab kecewa dan cinta ni.

Korang wajib letakkan Tuhan diatas segalanya dimukabumi ni.maknanya korang mempraktikalkan makna percaya dan yakin itu melebihi segala-segalanya.kalau korang masih putus asa atau kecewa,itu maknanya nilai iman korang tak kuat.ianya tak sampai.lelaki,perempuan mahupun alam dan ciptaan ini hasil dari yang maha kuasa.Adam memerlukan Hawa begitu juga sebaliknya.jadi kalau bagi yang perempuan janganlah sampai hati dah tertutup untuk menerima yang lain,sebab berbalik pada rukun iman kita wajib percaya pada qada dan qadar kita.kita perlu positif sebenarnya,kalau kita kata hati dah tertutup,maknanya tanpa kita sedari kita menafikan kejadian Tuhan,bukankah perempuan itu pasangannya lelaki?

Kalau korang kata korang manusia yang kuat beragama,dan mendekatkan diri pada Tuhan untk menghilangkan segala permasaalahan dan kecewa,itu bagus..cumanya praktikalkan makna ibadat yang telah dan selalu korang buat itu dalam kehidupan yang dilalui.korang kena faham betul-betul yang korang beribadat bukan untuk Tuhan..sebab Tuhan itu telah sedia sempurna.korang lakukan untuk diri dan semangat korang.semangat itu Roh,kalau semangat korang lemah macamana korang nak melalui halangan dan dugaan hidup ini?Dan kalau masih ada benci dan dendam maknanya korang masih ada perasaan yang tidak baik dalam diri tu.kita bersolat atau berzikir untuk membersihkan hati kita dari sikap yang tidak baik pada diri kita.Jadi praktikalkan makna solat dan zikir itu dalam hidup(walaupun aku sendiri kadang2 kumpau,tapi sekadar menasihati satu sama lain)...sebab kita hidup dialam yang nyata..kita beribadat ujntuk alam yang tidak nyata..untuk menambahkan nilai iman..iman itu suatu yang tidak kita nampak..tapi wajib kita percaya..dan dari subjek yang tidak nyata..atau surreal..kita nyatakan ia dalam hidup yang sedang kita lalui ini.

Banyak diantara kita islam kerana keturunan maka dipraktikalkan makna islam dan agama yang telah diajar oleh ibubapa kita kepada kita sampailah kegenerasi yang seterusnya.sepatutnya kita perlu ada inisiatif untk mendalami tentang agama itu sehingga kita faham siapa kita sebenarnya,dan siapa yang ada disekeliling kita itu sebenarnya..

Jangan pernah mencuba untuk memiliki.sebab kalau korang berfikir camtu,kompem korang akan dilanda kecewa pada tahap guling sembelit.perjalanan insan ini tiada penghujungnya..Kalau korang kata dia(makhluk)itu milik korang..kepercayaan korang dan dia tidaklah sama..sebab walau pun roh kita sama..hatiiii dan perasaan itu lain-lain.walaupun korang dah berumahtangga.cuma perlunya kefahaman dan tolak ansur dalam sebuah institusi rumahtangga.walau pun dah berumahtangga dan beranak pinak,kita masih bukan memliiki sebenarnya..memilik?ianya hanya didunia ini.dunia itu sementara.sampai masa ,semuanya akan kembali pada yang satu..aku punya sebuah kehidupan..ada family,satu hari nanti ada anak-anak.bila anak2 aku dah besar nanti diorg pun akan ada hidup mereka sendiri.sebab tiap kejadian itu punya rohnya.dan kita akan belajar untuk menghargai tiap kejadian.itu penting sebab itu akan menambahkan nilai percaya korang pada yang satu...

Dunia ini hanya tempat singgah kita sebelum kealam abadi..Apa yang dibadan hanyalah nikmat yang sementara..kau cantik,lama-lama kau akan tua jugak...Jangan tanamkan sifat benci dan dendam dalam diri.bekalkan roh itu dengan nilai-nilai yang positif,untuk diri sendiri juga.bukan untuk Tuhan..

Dan tolong jangan takut dengan Tuhan,korang baru bertatih,belajar untuk mengenalnya melalui hidup yang sedang korang lalui.dari situ akan datang lebih kefahaman tentang makna kecintaan pada dia.kerana kita miliknya yang abadi.Keredhaan itu adalah subjek yang tertinggi dalam nilai insan dalam menuju Tuhannya..

Memaafkan adalah suatu sifat yang terpuji bagi kita.manusia.kegagalan hari ini bukan penamat sebuah cerita,sampai dah tak punya hidup.insyaalah akan dapat yang lebih baik dari apa yang telah dan pernah korang dapat.so janganlah menafikan orang yang pernah mengecewakan korang,sebab dia pun subjek dalam hidup ni,mcm dairi hidup untuk korang..milik korang,dan korang sedang membacanya.dalam diari tu bermacam peel bentuk cerita suka dan dukanya.mana ada cerita yang statik dari mula sampai akhir?betul?.kalau statik yang aku tau orang gila jer sebab mereka telah temui kebahagiaan yang sejati,itu sebab orang gila tak ada dosa..hehe..

Kita tidak mampu menafikan dosa dalam hidup kita,sebab ianya keperluan untuk sebuah kehidupan,ianya juga peringatan untuk kita jadi yang lebih baik bagi nilai iman itu sendiri..iman itu sesuatu yang tidak kita nampak tapi wajiblah kita percaya.Klau kata kita beriman,praktikal dan terjemahkanlah maknanya dalam hidup yang sedang kita lalui ni.....

p/s:dah tak serabut dah..

8 comments:

Anonymous said...

Mmgla bagi awk kecewa bukan mati,sbb sblm awk kecewakn org,awk da ade pengganti..X begitu??

**Njoy ur life,semoga awk bhagia dgn org y awk syg tu..**

nanarizqman said...

bayang2 laki tu aku kenal. kenal sesangat

Anonymous said...

pandai ambil pic sendiri nmpk dgn gurlbr ye
melissa c

nanarizqman said...

hah???
freddie...
awek baru kah itu?
hukhuk

Freddie said...

gambar lama daaaa....

Sniper-V said...

Hmmm...semoga gmbira dgn pasangan baru awk.
Sy kenal gmbar tu...aritu sy kn ad tanya nape bg surat y ad latar gmbar tu....
Tanx sgt2 sbb buat sy kecewa..dr mula hgga akhir hubungan kite.

Anonymous said...

ler...masih playboy ker? sejak sekolah rendah lagi sudah begini..

Freddie said...

benarlah kalau otak kau hanya mampu mencapai setakat itu je wahai suki.tahu tak sesungguhnya anjing tu lebih mulia dari kau hanya kerana anjing itu tahu menyelongkar dulu isi kandungan tong sampah itu sebelum tahu apa yang ada dalamnya daripada buat2 tahu apa yang ada di dalamnya..