16 February 2010

CINTA


Banyak waktu sudah kita lewati dalam hidup ini dengan berbagai cerita yang kita rasakan suka dan duka susah dan senang itu semua adalah dinamik dalam hidup. Dari perjalanan hidup ini kita dapat merasakan apakah yang sering membuat kita tersenyum dan terkadang lupa? jawapannya adalah CINTA. Kerana cinta telah mengalahkan segalanya. Kecintaan kita terhadap apapun membuat kita terbuai dan terlena dengan keindahan serta kebahagiaan yang didapati.

Kecintaan kita terhadap apapun membuatkan kita menyanjungnya. Demikian dengan kecintaan kita terhadap Malaysia. banyak yang membuat pernyataan “Hidup Mati Seorang Malaysia”, “ Tanah Tumpahnya Darahku” bahkan pernyataan yang lebih ekstrim adalah “Hingga ke titisan darah terakhir”.

Alangkah indah dan bahagianya kita sebagai pencinta Malaysia apabila Malaysia berjaya dalam setiap pertandingan. Prestasi ini akan membuat cinta kita terhadap Malaysia semakin terbuai dan terlena. Salah satu Prestasi terbaik Malaysia iaitu pada tahun Disember 2009 apabila berjaya meraih emas dalam Sukan Sea yang berlangsung di Laos. pada saat itu semua masyarakat bergembira bersorak meraikan kejayaan Malaysia apabila dapat menewaskan Vietnam,lawan yang angkuh dan ini sangat membanggakan kita semua, sungguh prestasi yang sangat luar biasa.

Prestasi yang membanggakan itu dicapai tidak dengan mudahnya, tetapi penuh dengan perjuangan semua pihak, bekerja sama dengan baik dalam menyokong Malaysia. Prestasi yang membanggakan ini pasti kita akan rasakan kembali dan bukan hal yang tidak mungkin bila perjuangan dan kerjasama semua pihak kembali untuk menyokong Malaysia.

Perjuangan dan kerjasama semua akan terjalin bila kita semua masing-masing menyedari betapa pentingnya sebuah kerjasama dan kebersamaan demi satu tujuan meraih prestasi terbaik Malaysia. Jangan sampai kecintaan dan kebanggaan kita terhadap Malaysia pudar tanpa prestasi terbaik. Prestasi tidak harus juara tetapi cukup membuat kita bangga dengan Malaysia.
Mudah-mudahan dengan kecintaan kita yang tulus terhadap Malaysia akan terjalin kerjasama yang baik dalam menyokong Malaysia serta mudah-mudahan harapan kita Prestasi terbaik Malaysia akan diraih, dan kemudian prestasi yang membanggakan itu dapat kita rasakan bersama-sama.