Tujuannya selain bajet hensem bergambar dengan alam sekitar yang tak ada kat Malaysia ni,aku kesana untuk bolasepak.Bukan nak main,gila apa main bola sampai ke Eropah sana sedangkan main petang2 lepas balik keje pun gagal.Pegi untuk mengalami sendiri suasana dalam stadium kat sana.Bosan dengan senario dalam stadium yang penuh dengan caci maki ,letupan mercun,botol2 kosong dan hinaan tak berperikemanusiaan terhadap pemain bolasepak negara,aku mengambil keputusan yang aku sendiri tak pernah pikir sebelum ni untuk turut sama beraksi seperti pengganas sejati negara balkan.
Satu benda yang menarik,bolasepak bagi diorang adalah budaya.sebab tu tahap permainan dan pencapaian bolasepak diorang lebih mantooppp daripada kita.bagi kita pulak bolasepak ni hanyalah sukan dan cerita panas di suratkabar dan slot sukan dalam berita perdana kerana time tulah masing2 bercakap lebih pandai daripada jurulatih,pemain mahupun sultan bola.masing2 tau macmna nak bagi Malaysia ni jadi juara Piala Dunia hanya kerana diinterbiu wartawan sukan dan dapat masuk TV3.
Berbalik ke balkan tadi,suasana sungguh amazing.diorg ni ada satu tabiat yang pada pendapat otak waras aku cukup patriotik.sepanjang 90 minit game berlangsung,mereka akan bernyanyi,melompat dan buatlah apa saja asalkan hiruk pikuk stadium tu.Berbanding dgn senario di stadium kita dimana suara2 pekikan ni hanya kedengaran apabila player makes mistake,referee error,n player miss chances which is aku katakan patriotaik.dan mereka akan salahkan player apabila national team kalah dan mendakwa player tak main bersungguh2 sebab tak patriotik.Patriotik atau tidak sekurang2nya bg aku player ada buat sesuatu untuk negara tapi rakyat Malaysia hanya sokong time menang.yang mana patriotik,yang mana patriotaik?
Bagi diorg,walaupun dah nampak chances nak menang itu takda tapi diorg keep chanting n singing for the team kerana bg diorg dgn tu sikit sebanyak bg semangat untuk yang bermain.paling tidak semangat tu naik 10%.Kat sini,dah la tak menyokong (cuma menonton) lepas tu disumpah seranah pulak..siapa yang nak bg semangat kat player2 kalau tidak yang ada kat stadium?
Kadang2 aku rasa sedih sebabnya aku rasa lebih seronok berada di stadium negara org berbanding dengan negara kelahiran aku.hujan api di stadium orang,hujan botol di stadium sendiri...
DELIJE SEVER (RED STAR BELGRADE)
Kualiti hampeh sebab masa tu aku study lagi,takda duit nak beli video cam,pakai henpon cokia jer.
Walaupun aku tak paham apa diorg cakap aku ikut je jerit setelah mamat sebelah aku cakap 'shout,UROS MISIC!'..layankaaaannn..(ini cuma liga daerah,bukan Liga Perdana diorg,bayangkan kalau Gombak vs Kuala Ketil mcmni punya sambutan)
Kat Malaysia ada jugak..cuma baru ada sekeping jer..heheheehehe