03 September 2008

Report: Memancing Di Lubuk Bunian (Part 2)

Selang beberapa hari aku repeat balik Lubuk tu setelah mendapat tips dari member-member yang lebih mahir.Menurut kata mereka ada satu lubuk lagi power dari lubuk yang aku jumpa sebelum ni.Tetapi perjalanan untuk sampai ke lokasi tersebut lebih mencabar.Kami terpaksa menaiki bot.Kena pulak time cuaca tak berapa baik dan ribut sekali sekala melanda di sebelah pantai timur...perjalanan tersebut hampir-hampir mematahkan semangat kami.

Nasib baik tekong yang berpengalaman dapat mengendalikan bot dengan baik walau pun ombak tiga beranak beberapa kali menjulang bot hingga hampir terbalik.

Sampai di suatu teluk tekong perlahan-lahan menghimpit dan menurunkan sauh.Dia menyuruh kami menurunkan umpan tapi aku tak nak kerana ternampak beberapa ekor ikan lumba-lumba bermain di situ.Menurut sebuah artikel yang aku baca dalam majalah fishing mengatakan selalunya kalau ada ikan lumba-lumba , kawasan tu payah nak dapat ikan..pasal ikan sumer lari.

Atas desakkan ahli-ahli komplot yang lain maka kami mencadangkan agar tekong menghantar kami ke darat untuk trekking ke Lubuk sungai pergunungan yang di katakan masih banyak ikan.Seperti biasa kalau dah trekking tu mesti lah jumpa binatang-binatang hutan seperti gajah.

...tupai
katak dan yang seangkatan dengannya.cuma kami tidak berkesempatan merakamkan gambar binatang lain kerana time tu masing-masing dah nampak ikan.

cerita banyak pun tak guna.Tengok lah sendiri betapa banyak nya ikan di lubuk ini.




...jangan kata casting,sauk pakai tangan pun sangkut 7-8 ekor.








2 comments:

nanarizqman said...

yg aku takleh tahan, setelah diarah ke darat korang msuk hutan dan bertemu gajah, tupai dll

Freddie said...

itulah ranjau sebagai seorang lelaki yang hensem..