09 September 2008

Jangan Tengok!

SAPA-SAPA YANG TAK KUAT SEMANGAT DILARANG KERAS MELIHAT GAMBAR INI!!!!) AKU KATA JANGAN TENGOK....!


Murtabak Yang Harum dan sedap.... kuahnya yang kuning tu fuhhh... kalau bau gerenti tutup mata punya....

Anda bayangkan, anda ada sepinggan pulut tanpa lauk.... pulut kuning pulak tu... so apa yang anda akan lakukan??? melihat sahaja tekstur yang ada pada rendang daging ni????





Korang lihat sahajalah dekorasi nasi beriyani ayam ni... warna kuning keemasan yang menyala disulami kuah-kuah yang enak dan pedas, disertakan ayam madu yang manis
dan rangup... fuuuhhhh... inilah saat paling indah untuk menikmatinya. ..
Cuba anda saksikan kilatan di atas daging ayam percik ni... fuuhhh.. kalau tersentuh lidah kita... gerenti nikmat tak terhingga sehingga menitiskan air mata... ditambah hirisan timun tu... masya Allah... hanya Tuhan je yang tahu nikmatnya...

Anda pulang ke rumah, pastu anda terbau rakan serumah anda goreng sesuatu, alih2 bila dah siap anda terlihat rakan anda tu goreng benda ni.... disamping sos cili yang memukau!!!


Bagi peminat makanan siam, tidak syak lagi bila dihidangkan tom yam dihadapan anda, anda akan jadi gila... sebab perlu disertakan dengan nasik ... dan sambal belacan... mak datuk... nikmatnyaaa! !!!



Tak payah nak cakap apa, ikan pari bakar kalau dicicah dengan air asam, memang satu tarikan yang pasti kita akan sukainya setiap masa... fuh.. kalau perah asam limau atas dia... lagilah kecur air liur wa akap luuu...


Bagi yang nak simple-simple, jangan pandang rendah pada keputihan telur mata kerbau yang terbaring diatas keempukan aroma maggie goreng kerana aroma inilah yang akan buat kita kembang hidung...


ini adalah menu utama, semua orang pasti menyukainya. .. lihatlah kemerahan ikan sambal tu kawan-kawan. ... gerenti nangis kalau kita rasa... fuh.... nasi campur sekeliling ada laukkk...

Hirisan popia basah ni memang dipandang sepi, tapi cuba anda letakkan di atas lidah, dan telan... anda pasti akan kata dunia ini ana yang punya!!!


MasyaAllah, cantiknya susunan cincau dalam bandung ni... warna pink bandung tu kalau menerjah ke tengkuk kita pada masa ni... pasti kita akan buat sembahyang syukur... tanda terima kasih ya amat....


SELAMAT MENAHAN DUGAAN....

3 comments:

eLLe said...

tak sangguppp...!!!!

nanarizqman said...

yeah yeah... aku nak pi makan ar sekarang..yippiiii

Freddie said...

korang ni memang la..