03 September 2008

Lambat Lagi...

huarrrghhh!!!lambat bangun lak hari nih...ni sumer pasal malam tadi lepak kat rumah Fitri dgn si Masly,Jpon, Pakcik Bob n Brut la ni.Memula lepak mamak kat P9,pastu si Masly lak bleh tetiba petik idea nak g jamming.Secara officialnya aku dah berhenti jamming ada la dekat setahun lebih.bukannya apa,masa dan kerajinan tak berapa nak cemerlang tambah plak member2 yang selalu jamming ngan aku dah ada komitmen masing-masing.yang kerja jauh la..yang dah kawin la,yang bertambah hebat pun ada sampai malas aku nak catch up.Haa!Citer pasal malam tadi...nak jamming kan? masing-masing berusaha la kalau-kalau masih ada lagi tersisa no tepon tokey-tokey studio,nak bertanya la kot kot ada lagi studio yang boleh dibooking.alkisahnya masa tu dah pukul 10 lebih.si Jpon ada contact satu studio ni kat mana ntah, katanya kol 1 baru boleh check in..secara automatiknya perkataan gampang pun terpacul la dari mulut ke6 orang jantan kaberet nih.



Setelah beberapa pindaan dibuat terhadap usul untuk berjamming pada malam tadi, maka usul untuk jamming secara unplugged telah diluluskan oleh Parlimen mamak P9 dan telah dipersetujui bahawa sesi jamming tersebut akan dilaksanakan dengan jayanya di rumah Fitri.Jaya tak jaya la..gitar ada 2 bijik.Nak dijadikan cerita masing-masing nak tunjuk hebat...macam monyet sarkis pun ada berebut nak main gitar.Ye la..masing-masing gatal tangan,dah lama tak menggesek fret katanya.Si Masly dengan dark speed metalnya,Jpon dengan lagu2 rock kapaknya aku plak dengan blues n folks (konon2nya). Fitri,Brut n Pakcik Bob buat perbincangan apa ntah aku tak tau,mungkin pasal kesan globalisasi terhadap kehidupan seharian ataupun masalah rumahtangga masing-masing.



Aku rasa ada baiknya jugak lepak rumah Fitri je malam tadi kalau tidak...bayangkan la satu jam kat studio nak main lagu apa?masing2 bawak dakyah pahaman sendiri..kalau ke studio jugak dah lebih kurang 30 renggol nak kena kuar for nothing.Yang tak baiknya pulak balik dah dekat pukul 4,sahur ke mana..apa kemana.bangkit lambat,masuk opis pun lewat.Hampeh!

2 comments:

nanarizqman said...

alaaaa... hangpa nak jamming sampai selepas subuh pun apa masalahnya??siang boleh makan ayam masak kicap..muahahhahah

Freddie said...

kau masak la nana...hehehe