03 September 2008

Report: Memancing Di Lubuk Bunian (Part 3)

SETELAH MEMBUAT POSTING TENTANG PEMBURUAN SPESIS AIR TAWAR DI ATAS BUKIT BERKETINGGIAN 5000 METER DARI ARAS LAUT INI ADA PULAK PERMINTAAN AGAR ADA SEDIKIT LIPUTAN TENTANG SPESIS IKAN AIR MASIN ATAU MUARA.MENCARI SPOT YANG BAIK BUKAN LAH SUSAH..APA YANG PERLU IALAH SEDIKIT USAHA DAN KESUNGGUHAN UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TENTANG AKTIVITI CASTING YANG JUGA GIAT DI LAKUKAN DI SINI. Dengan bantuan Brader Nick yang ditemui semasa sesi ngeteh di Cafe Ria Apartment malam tadi maka akan didedahkan satu lagi Lubuk berpotensi yang sudah pasti bakal menjadi antara padang pancing terbaik musim ini.



Hasil dari maklumat itu maka dengan tidak berlengah lagi terus merancang satu trip casting yang di sertai oleh tiga orang member iaitu Brader Nick sendiri selaku guide,Brader Amy dan Lan.Kami bergerak secara konvoi memandangkan jalan ke lokasi itu agak mengelirukan dan hanya berpusing di tempat yang sama.

Kawan agak terkejut apabila sampai di jeti kerana Pengkalan di mana kami sepatutnya mengambil bot adalah sama lokasi dengan trip air tawar dalam positng sebelum ini.Tambah mengejutkan lagi Boatman di sini agak biol kerana dia akan bertolak ikut suka ati dier saja...walau pun kami belum memunggah barang-barang dan menaiki bot.
Nasib baik Brader Nick yang agak berpengalaman selok belok di situ serta mempunyai banyak kontek dapat menghubungi rakannya dan kami meneruskan perjalanan ke lokasi dengan menaiki kuda melalui jalan pintas.

Sayugia di ingatkan..walau pun sebenarnya kami boleh sampai ke lokasi tersebut dengan hanya berjalan kaki namun kerana malam tadi akuterpijak paku yang agak besar jugak..maka ini agak memperlahankan sedikit pergerakkan.Namun semangat untuk sampai ke destinasi melebihi segala kesakitan yang kawan tanggung.




Setelah tapak kaki diperbaiki secara ala kadar dengan kos paling minimum maka perjalanan dapat di teruskan dengan lebih lancar walau pun agak terdengkot-dengkot bagi mengimbangi kesakitannya yang berukuran 12 valve.

Berikut adalah halangan-halangan lain yang terpaksa kami lalui semata-mata untuk menjayakan ekspedisi casting ini.Sanggupkah anda menempuhnya demi memartabatkan dan mengangkat maruah kita sebagai pemancing yang bebas dan merdeka?





Tapi tidak kah berbaloi jika hasilnya seperti di bawah.Harap maaf...gambar-gambar pertarungan tidak dapat di rakamkan kerana sebab-sebab yang akan dijelaskan kemudian nanti.





........dan ini pula adalah keseluruhan hasil tangkapan yang boleh di katakan lumayan.


Ini lah punca sebenar pertarungan dengan siakap dan bawal tidak dapat di rakamkan ..Kerana neskepi tarik yang aku order tu dah sampai dan kakak yang menjaga cafe tu dok tengok je kawan ambik gambor ikan-ikan dier...jadi segan pulak rasa nya aku nak bertarung ngan ikan-ikan lam besen tu.Lain kali je lah...bila dia takde dan sibuk kat dapur nanti..aku akan fight ngan siakap dan bawal tu.









2 comments:

eLLe said...

haha nasib baik takda gambar naik kapatebang..muahahaha.. bengong dah ke?

ni puasa ke tak ni?

Freddie said...

setakat pukul 12.30 tengahari ni,masih lagi memegang title sebagai seorang yang berpuasa.