26 September 2008

Edisi Koyak Rabak

Arakian nak dikisahkan semalam aku mencutikan diri dek kerana baki cuti tahunan aku masih lagi berbaki lebih kurang 15 hari.Misi aku adalah untuk menservis kereta untuk mengelakkan ia disumpah oleh aku kalau2 dia buat perangai tak senonoh pada masa akan datang.Maka dengan penuh semangat aku turut menyelit di tengah kesibukan jalanraya yang sememangnya dah sibuk dengan orang yang berebut-rebut nak pergi kerja.Memandangkan masa hanya ada beberapa kerat sahaja untuk sampai ke pusat servis, pemanduan kali ini agak mendebarkan dan had kelajuan yang boleh membunuh telah di capai dengan jayanya.Beberapa buah lori dan bas telah terbalik kerana mengelak dan memberi laluan kepada misi penting ini.Beberapa buah kedai dan rumah juga telah roboh di rempuh untuk menjimatkan masa dan mencari jalan potong.
Sesampai sahaja ditempat yang dituju,maka dengan aksi separa Jackie Chan,kereta diparking dengan penuh gaya yang menggoda.
Selepas pendaftaran dilakukan tanpa was-was,beberapa ketika diperlukan untuk memberi ruang petugas2 menggodam jentera 2.0liter tanpa lejang ni.Setelah selesai segala urusan dan kereta pun siap diservis maka aku berkira-kira untuk melanjutkan perjalanan pada hari tersebut.Cuaca pun sangat cantik pada hari itu dan sangat bersesuaian sekali dengan konsep tripkoyak rabak yang di rancang.Kelihatan agak romantis dan romantika di `amor.


Destinasi pertama yang ingin dirempuh adalah One Utama.Setelah berjaya dapat port parking yang sesuai,hati dan perasaan gemuruh halilintar tak sabar nak masuk dalam shopping complex.Kot la ada barang2 yang cun tahap dewa arjuna yang boleh aku rembat.Kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan renyai2 sebelum tengahari.Boleh disimpulkan 2jam yang yang dihabiskan kat One Utama ni sia-sia belaka.Tade satu pun barang aku dapat n tade satu pun benda yang berjaya mengorat hati aku.Hampeh..

Geram punya pasal perjalanan diteruskan ke Mid Valley.Nekad dah mesti nak bawak balik barang sekilo dua hasil shopping aku haritu.Berbekalkan semangat jitu dan keazaman yang tinggi,TOPMAN kat belah hujung Mid Valley ni berjaya aku sampai dengan harapan menggunung tinggi.Hasilnya,rabak jugak aku dalam 3-4 ratus.


Hari merangkak senja-Pertarungan dengan diri sendiri menjadi semakin sengit dan mengerikan.Nafsu dan perasaan diasak dengan keinginan yang tinggi dan terpuji.Ketika ini aku masih dalam posisi bertahan. Jalan punya jalan,tewas jugak dengan ilmu pukau ZARA.Mampos aku kali ni..
Dek kerana hanyut dengan keghairahan nak bershopping,maka lupalah aku tentang duit cash yang telah dipau oleh tokey pusat servis tadi.Servis dah 4 angka,barang dah ada kat kaunter n awek kat kaunter tu dah scan semua barang2 yang aku nak bawak balik.Aku sudah nekad untukbawak balik benda2 ni.Dengan menggunakan teknik umpan lunsur kalimanjaro kabupaten jurus ke lapan,berjaya jugak aku bawak balik benda2 ni dengan cara gosok dan tandatangan..Dengan idung kembang kempis menahan riak,aku berjalan keluar dari ZARA dengan penuh kepuasan dan jalan dengan penuh segak...tujuan tidak lain untuk membuktikan bahawa aku telah menewaskannya dengan tidak sengaja. (padahal aku yang sebenarnya tertewas)


Dengan sulaman secantik hamparan istana Andalusia,rupa bentuk yang menarik dan style yang maskulin..aku terpedaya dengan sepasang kasut yang ada kat rak di satu sudut kat ZARA tu.Itulah yang buat aku terkilan..disebalik rupanya yang cantik dan mempesona tu akhirnya aku sedar dari lamunan setelah terpandang satu tanda yang menyatakan bahawa kasut tu diperbuat daripada kulit babi...berkuburlah angan-angan aku kat situ jugak.

Lebih kurang kol seploh lebih aku pun mengalah dengan keletihan.Aku pun buat keputusan nak memblahkan diri je dari kesesakan kat dalam shopping compleks ni.Buat aku sesak nafas disebabkan kehadiran manusia di situ mengalahkan ulat taik.Maklumlah baru gaji gamaknya.
Tambahan pula mungkin balasan atas niat tak baik aku,hp kehabisan bateri...sekaligus menggagalkan usaha murni aku untuk snap picture banyak2 n balik nanti boleh la aku berlagak mcm ketua kampung menang loteri kat kawan2 aku kerana tak dapat ikut sama dalam komplot aku hari ni...

No comments: