11 September 2008

Fakta Yang Hampir Benar

Punyalah mengantuk+lapar.Sedia maklum la bila simptom2 macam ni melanda,kita mesti ada usaha mengelak daripada terus menyelubungi diri kita.kalau aku,bila lapar aku makan,kalau mengantuk aku tido.senang kan?tapi memandangkan hari ni adalah termasuk dalam bulan Ramadhan,tak elok la aku buat perangai macamtu...kena la hormat sikit.kalau tidak lebih baik aku berenti jadi manusia lepas tu bertukar jadi monyet.

So apa yang aku buat hari ni untuk menghilangkan rasa lapar dan mengantuk tu,aku pun buat2 la buat kerja.Langkah ni bagus,walaupun kita sebenarnya berpura-pura tapi secara tak langsung dah mencerminkan nilai integriti kita yang tinggi.Apa yang aku buat tadi adalah,aku cuba kumpulkan fakta-fakta yang menarik yang aku rasa ingin berkongsi dengan korang.

1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.

3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungkin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.

6.Begitu juga dengan hotdog,sedap dimakan.tetapi anjing yang kepanasan haram dipegang.

7. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.

8.Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut tapi malas nak tolong buat.

9.Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

10.Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.

11.Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

12.Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.

13.Kelaparan lebih kerap berlaku ketika bulan Ramadhan berbanding dengan bulan yang lain.

14.Jika kitamembuka enjin kereta dan mendapati air radiator telah kering maka kita akan mempercayai bahawa fakta temperature akan naik jika air kering adalah benar.

15.Bendera negara denmark telah dicipta 700 tahun yang lalu,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

16.Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari ia diekori sesuatu,ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak lagi mengekorinya dengan alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

17.Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain ke arahnya.bagaimanapun orang yang diupah menarik kereta bukanlah magnet.

18.Gunung berapi yang berusia 3000 tahun disahkan masih aktif untuk meletup.tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan.

19.Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,pangkat,kedudukan dan harta adalah orang utan. (tapi karim heran plak,heran aku)

20.Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar,perut kita akan mengalami satu tindakbalas berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

21.Sekiranya otak sudah tepu,maka akan berlaku lah penyelewangan fakta seperti yang diatas.maknanya aku tengah boring dan berserabut.namun begitu sabut bukanlah medium yang sesuai untuk hilangkan serabut tersebut.

22.Terdapat beberapa gas yang merbahaya kepada kehidupan manusia.antaranya gas vx,gas fumigan.namun gas yang merbahaya dan serta merta memberi kesan terhadap manusia adalah gastrik.

23.Pusat karaoke adalah tempat untuk menyanyi dan berhibur bukan tempat untuk menyembunyikan rasa malu.bagaimanapun pusat anda bukanlah karaoke.

24.Ddalam bahasa Inggeris dan Italy,jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itudipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filemLa Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellinipada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

25.Sebuah kereta yang dipandu selaju220 km/j tidak akan dapat memotongkereta yang dipandu selaju 40km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

26.Bunyi perkataan lempeng dan tempelenga dalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. walaubagaimanapun orangyang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

3 comments:

nanarizqman said...

woiiiiiii...adehhhh....memang berhasil lawak bulan posa ni..aku sampai parkinson tergelak

eLLe said...

bongok ni.. ahahaha..

Nora_Yahya said...

huhuhu..