03 September 2008

Report: Memancing Di Lubuk Bunian (Part 1)

Memang tajuk report kali ini agak luarbiasa dan tidak pernah keluar di mana-mana buku atau majalah pancing di seluruh dunia,planet-planet serata alam dan bimasakti juga cakerawala ,kerana menganjurkan pakej memancing ke alam ini memerlukan kesabaran yang lebih tinggi dari memancing di lubuk-lubuk biasa. Perjalanan kami bermula seawal jam 7 am.Ketika itu kabus amat tebal seperti di banjaran pergunungan Alps. Selaku pemancing tegar,aku ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman yang dilalui semasa mengharungi pahit maung berada di alam bunian tempoh hari.


Komplot ini hanya di sertai oleh tiga orang peserta.Ia itu aku,brader Adin dan brader Zai.Kami ke lokasi hanya dengan menaiki kereta sapu yang mengenakan tambang dua ringgit saja untuk satu kepala.Boleh di katakan antara kos termurah untuk ke satu-satu lokasi pancing yang mencabar.

Perjalanan tidak sampai lapan minit dari apartment penginapan membuatkan kami sampai awal dan sempat mengisi masa lapang untuk bergambar sebagai kenangan-kenangan apabila sudah tua nanti.

Trekking ke Lubuk ini agak mudah pada peringkat awalnya kerana kawasan sekitarnya di penuhi lampu walau pun hari siang.Ramai pengunjung sudah sampai lebih awal malah ada yang sudah lebih seminggu berada di situ namun kami tidak risau kerana yakin bukan semua orang tau Lubuk tersebut.


Sepanjang perjalanan menuju ke Lubuk banyak perkara pelik yang kami tempuhi.Maklum sajalah tempat banyak jin dan syaitan bermaharajalela.Terdapat juga kemalangan ngeri berlaku dan ini salah satu darinya yang sempat kami rakamkan.


Gangguan dari makhluk halus juga pelbagai rupa.Di suatu selekoh kami telah di sergah oleh seekor ulat bulu resaksa.Nasib baik Brader Adin ada mempelajari sedikit jampi serapah dari arwah datuk jirannya maka kami pun terselamat dari dijadikan snek sarapan pagi oleh ulat bulu resaksa tersebut.fuhhh!!!





Di satu kawasan yang agak menyeramkan sekali lagi kami di uji.Brader Zai tiba-tiba terlihat mesen penimbang di pangkal sebatang pokok kayu balak.Namun Brader Adin menasihatkan kami jangan menghiraukan mesen timbang itu supaya kami tidak hilang pertimbangan.Menurut ilmu yang di pelajari oleh Brader Adin dari seorang penjual air tebu..mesen penimbang itu boleh membuatkan sesiapa saja yang terpesona dengannya akan kehilangan dua puluh sen.



Ketika kami menghampiri kawasan Lubuk sekali lagi kami di kejutkan oleh burung kakak tua yang sangat besar.Aku sudah terbayang sekiranya kami dipatuk di situ oleh burung tersebut sudah pasti otak kami akan bersepai dan kami tidak boleh berfikir dengan baik lagi.Brader Zai mengajak kami membatalkan sahaja ekspedisi ini tetapi Brader Adin membantah dan tetap mahu meneruskan perjalanan walau apa pun yang terjadi.



Beberapa laluan berbahaya terpaksa di tempuhi untuk sampai ke lokasi ini.Hanya pemancing-pemancing tegar sahaja yang mampu melalui kesukaran ini.Kepada otai-otai trekking seperti Tapahman,Tor_Kelah,Cenonetboy,Nasz,Casio dan ramai lagi ahlul Lubuks laluan seperti ini sudah biasa mereka tempuhi.



Pokok-pokok balak yang tumbuh di kawasan ini juga agak besar walau pun berusia tidak sampai seratus tahun.Apa yang menarik perhatian boleh di katakan setiap pokok balak di sini mempunyai sportlight berkuasa tinggi.Ada kemungkinan di pasang oleh suku kaum asli yang mendiami bukit ini.







Selain dari itu spesis katak yang mendiami kawasan 5000 kaki dari aras laut ini juga mempunyai size yang berbeza dari katak-katak lain.Malah warnanya juga agak terang sekaligus menunjukkan ia agak merbahaya dan memakan apa saja sebagai dietnya hariannya.





Kami sampai di jeti penambang sekitar jam 9 am namun sudah terlambat kerana bot yang sepatutnya kami sewa untuk ke Lubuk sudah pun di ambil oleh sekumpulan pemancing dari Arab Saudi.




Setelah berbincang kata sepakat pun di capai dan kami membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki melalui kawasan air terjun.





Di persekitaran air terjun yang dingin serta sejuk ini terdapat banyak spesis rama-rama yang cantik dan jinak.Kalau tidak silap,ramai juga peminat-peminat serangga yang membela rama-rama ini dengan melekapkannya di peti ais rumah masing-masing.



Akhirnya setelah bermacam halangan dan dugaan sampai juga kami ke Lubuk yang biru dan jernih airnya.Walau pun lubuk tersebut tidak lah sedalam mana namun banyak kuda laut hidup di dalamnya.Dengan tidak berlengah lagi kami pun memasang peralatan memancing dan memulakan aktiviti.



Sememangnya Lubuk ini amat berpotensi.Tidak sampai lapan minit tiba-tiba...Sreeeeettttttt....Brader Adin menaikkan tangkapan pertamanya.Seekor ketam sebesar reban kambing yang merupakan rekod peribadinya sepanjang berkecimpung di arena ini.


Selang beberapa ketika Pancing Brader Zai pula menerima sentapan dan seekor ikan kaler biru berjaya di naikkan.Walau pun agak kecil namun kira sudah dapat lesen.


Aku tidak mahu mengaku kalah.Dengan bermodalkan sesudu ofmer 28 gm aku melontar tepat ke tengah lubuk dan mengarau perlahan-lahan.Sebaik saja sesudu menghampiri water-pocket satu sambaran kasar dan aku terus membalas dengan pantas.Pertarungan yang tidak sampai sepelaung itu menghasilkan penyu visit malaysia yang juga berwarna biru.

Ternyata Lubuk ini juga sangat berpotensi seperti Kuala Koh,Tasik Kenyir,ulu lemakoh,Tasik Raban dan banyak lagi.Kami tidak berhenti-henti melayan ikan yang berbagai spesis.Sub spesis flawer hon ini adalah antara tangkapan lain yang berjaya kami naikkan pada hari itu.

Penyu pelbagai kaler juga terdapat di sini dan memancing nya juga sangat mudah dengan hanya bermodalkan umpan duit.



Nantikan sambungannya..

2 comments:

nanarizqman said...

huaaaaaaaaaaaaa...pi genting tak ajak akuuuuuuuuuuuuuuu

Freddie said...

aku g memancing la nana..hehehehe