Jumaat,Putrajaya-Satu kejadian menyayat hati telah berlaku di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya apabila beberapa kejadian kebakaran telah berlaku.Kejadian ini dikatakan berlaku sekali dalam setahun dan kejadian ini seakan sudah menjadi upacara tahunan dimana kejadian ini adalah yang ke-10 berlaku sejak perasmian Putrajaya pada 1998.Berikut adalah sedikit sebanyak laporan tentang kejadian tersebut.
Kelihatan pasukan paramedik dan pasukan penyelamat telah berada di tempat kejadian untuk operasi menyelamat dan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Bagaimanapun,hasil tindakan cepat dan cekap abang bomba dan pasukan JPA3, kebakaran dapat dikawal dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Kejadian berlaku pada seawal jam 2 petang.Penduduk Putrajaya berbondong-bondong ke tempat kejadian untuk melihat sendiri kejadian dengan lebih dekat.Dilaporkan keadaan lalulintas begitu sesak sehingga menyebabkan kesesakan sejauh 62 batu nautika.
Kehadiran orang ramai menambahkan kesesakan tetapi dalam masa yang sama memudahkan kerja-kerja penyelamatan dilakukan.
Kelihatan pasukan paramedik dan pasukan penyelamat telah berada di tempat kejadian untuk operasi menyelamat dan sebagai persediaan untuk sebarang kemungkinan.
Berikut adalah beberapa gambar mangsa kejadian.Amaran: Gambar ini mengandungi imej yang mungkin akan menggangu emosi sesetengah golongan.Pertimbangan anda adalah disarankan.
Mangsa ditemui terbakar sambil berpelukan sesama sendiri;
Beberapa mangsa juga dikatakan lemaskan di darat sebelum dibakar;
Mangsa ini dilaporkan dibunuh ditempat lain sebelum dicincang, disula seterusnya dibakar di tempat kejadian;
Bagaimanapun,hasil tindakan cepat dan cekap abang bomba dan pasukan JPA3, kebakaran dapat dikawal dan keadaan menjadi seperti sediakala.
Jumlah keuntungan masih lagi dikira oleh bini tokey-tokey premis dan jumlah kerugian dikira oleh suami-suami penyelamat.Punca kejadian masih lagi disiasat oleh pihak Perbadanan Putrajaya dan ada laporan mengatakan kejadian seperti ini akan berulang lagi pada tahun hadapan.Sekian dulu untuk kali ini.Akhir kata bijaklah berbelanja bak kata pepatah ikut hati mati,ikut rasa merasa.
6 comments:
hehehhe..
suka.. bila nak bukak pose sama2?
i bukak pose ikut time jepon
sahur ikut time arab..
muahaha
ayat ko cam farid ismeth emir la...ala2 pembaca berita. hehehe..besh ke bukak posa kt putjaya?nanti aku plak jd mangsa kebakaran
best nana bukak pose kat Putrajaya..lagi best kalau kau yang belanja
hahahha..putrajaya putrajaya...
tp kan yang nora tau roti john kat citu beratur smpai azan pun belum tentu dpt beli..huhuhu..sedap sgt ke?
itu rasanya dia letak bijik kas kas dalam ramuan roti john dia tu..memang tiap2 tahun camtu.
bijik kas kas tu pe?
Post a Comment