Memang trip ni trip terkejut.Setelah beberapa komplot yang diatur menemui kegagalan atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka aku merancang sesuatu yang tak di rancang.Bermula dengan meeting tergempar di bilik rekreasi JPM, Jpon tak dapat ikut pasal nak membalikkan dirinya kat kampung.Bob plak nak hantar anak gadis dia kat Matrik Pilahdelphia.Maka hanya aku sorang je yang melaksanakan operasi gila kentang ini. Bermula dengan hari2 yang biasa kat teratak indah opis aku,setelah kusut segala urat saraf dan neuron-neuron kepala hotak aku mengerjakan kerja2 aku,aku berhasrat untuk memburu apa yang disebutkan sebagai medium untuk menghasilkan tindakbalas kepada enzim perut aku yang berupa kekenyangan.Perasan aku kat luar tadi langit mendung semacam.Kilat sabung menyabung tanpa segan silu.Angin bertiup kencang berkapasiti 12knot sehingga menyejukkan ketiak.Namun hujan hanya turun sekejap dan cuaca kembali cemerlang,gemilang dan terbilang. Cuaca sedang elok dan amat sesuai untuk aktiviti memburu dijalankan.
Tanpa berlengah aku teruskan perjalanan menuju ke tempat pemburuan,memandu sambil menyanyi lagu The Moffats,I'll Be there for you versi Polifonik Nokia 3310 dalam bahasa urdu. Sampai je destinasi aku dengan perasaa bongkak dan takburnya parking kete kat tempat yang disediakan.Nampaknya hari ni tak ramai pemburu sebab banyak lagi tempat kosong kat tapak parking tu.Mungkin cuaca yang tak berapa mesra pengguna tadi menjadi penyebab utama kenapa hari ni berbeza sambutannya dari hari2 biasa.Tapi nasib baik tempat memburu aku kali ni atas darat je dan tak perlu naik bot fiber,naik kete kuda pun boleh sampai.Kalau ke laut, masing-masing mabuk naik bot mengalahkan orang pregnant tiga bulan mengidam Chicken Mozarella.
Lengang gila.Dengan sekali kilas aku dapat parking.Orang tak ramai.Aku rasa memang mudah la aku dapat apa yang aku nak sangat sejak dua tiga hari ni.Puh kanan,Puh kiri..mintak2 la ada lagi bendanya.
(Time ni aku tengah berbulu sangat ni sebab ntah kenapa tetiba tak bleh nak upload pic!)
Apa benda yang aku nak cerita kalau tak ditempekkan sekali dengan gambarnya..mcmn plak korang nak tau apa ke hamjadahnya yang aku nak cari sangat..&*%# betul la..hilang dah mood aku!
Dipendekkan cerita,aku mengidam kerabu perut.Aku tewas haritu dengan dekorasi yang dipamerkan makcik penjual lauk pauk tu.dah la aku tengah bad mood ni...babi!
Farewell The Greatest of All Time
1 year ago
1 comment:
ko posa ke ponnnn..ngidam ngidam segala
Post a Comment