09 October 2008

Jika Mempunyai Akal,Maka Fikirlah Sendiri

Tadi aku naik sebuah teksi yang di pandu oleh seorang lelaki separuh umur yang berasal dari keningau sabah.
`Tak balik raya tahun ni bang?`Tanya aku memulakan perbualan.
`Saya sudah empat tahun tak balik`Jawabnya dan kelihatan amat rusuh raut wajahnya.
`Lama tu….tak rindu ke keluarga di sana?`
`Rindu tu rindu bah….tapi mana saya mampu tiket pulang kesana aja sudah lebih rm400..sedang saya cuma bawa teksi`
Aku mencongak-congak sendiri.Sewa teksi rm40 sehari,gas rm7 dan petrol untuk stand-by kalo gas abis rm20(maklumat yang diperolehi semasa sesi sembang-sembang tadi),belum teksi rosak atau kena saman.Perbelanjaan dapur dan sekolah anak-anak…ah paling kurang nak kena cari rm 100 satu hari.Tu pun baru dapat dalam anggaran rm30 sebagai gaji bersih.(bersih ke…cukup bulan nak bayar sewa rumah pulak,bil air,bil letrik)
`Anak berapa bang?`saja gatal mulut bertanya.
`Enam`
Aku mencongak lagi.Kalau tiket kapalterbang balik ke keningau saja sudah lebih rm400 sorang…darab saja dengan lapan…rm 3000 dalam tangan.Makan minum itu ini…kurang-kurang RM4000 mesti ada dalam tangan.
Memang betul lah kata PM kita ekonomi negara kita sekarang dalam keadaan baik.
Sebab itu kita kena ubah cara hidup kita dari manusia merdeka kepada hamba tebusan.

Yang hidupnya mewah macam firaun pun kena ubah cara hidup ke?apa kesannya terhadap mereka?terkesankah oleh mereka?adakah mereka akan sedar atau insaf tak semuanya manusia dalam bumi Tuhan ni kaya-kaya belaka?

1 comment:

SangKunang said...

memang betol kata paklah yg ekonomi kita baik dan rakyat senang lenang.
sebab dia tengok yg ada keliling dia aje...

hehehe