02 October 2008

KOMPLOT DERHAKA AIDILFITRI

29 Ramadhan-Teluk Intan,Perak
KATEGORI :Trip Derhaka
PESERTA :5 Orang-Aku,Ajad,Abeng,Mankitt,Neneng
TEMPOH PERANCANGAN:15 minit
KONSEP : hantam sajalah asalkan boleh mancing
PERSEDIAAN :dedak,gewang,rapala,teh ais,nasi campur.
PENCAPAIAN : Seronot sungguh dan tidak berbahaya kepada bot-bot kecil.


Seawal pagi jam 6.30 aku dah bangun.Apa punya nasib nenek aku suruh pegi cari buluh untuk buat lemang dengan cousin2 aku.Bukannya tak nak beli tapi katanya tradisi keluarga ataupun dah memang budaya yang taknak dilenyapkan ditelan arus kemodenan.Mulanya memang la malas sangat nak pegi dengan alasan cuaca terik,panas..takut nanti gagal plak puasa aku.Setelah lebih kurang sebakul maki hamun maka aku pun akur dengan kuasa veto yang ada pada nenek aku.Berbekalkan semangat pahlawan melayu purba,maka aku dan cousin2 bertolak ke arah Tapah untuk cari buluh.Sebelum bertolak masing-masing dah terpikir,cantik jugak kalau pegi memancing ni..selidik punya selidik,cantit!semua bawak gadget masing2.Setelah semua bersetuju untuk menderhaka,langkah dimulakan dengan hensemnya.


Seperti biasa Mankitt diberi tugas memandu.Gaya pemanduan yang selamba dan meyakinkan ditunjukkan dengan kemahiran mengawal stereng sambil memegang rokok di pagi2 Ramadhan.

Untuk mengekalkan konsep derhaka,arah tujuan terpaksa diubah daripada Tapah ke arah Parit.


Kabus masih lagi menebal menunjukkan kaki pancing tegar memang sanggup keluar seawal pagi sebelum burung bersarapan.Cuaca yang baik dan pemandangan yang indah,biasanya kelihatan dalam filem komedi seram


Sepanjang perjalanan Ajad menyanyi lagu Raya,"rasalah ketupat ini,dengan tongsannya sekali",kerana terlalu gembira sekaligus menunjukkan ciri2 seorang pemancing yang tegar.

Sampai je destinasi,masing-masing jadi rajin macam lebah madu memunggah barang dan setting barang masing2.Tengok pada mesin yang dia bawak..memang berhajat besor orang tua ni.Aku rasa tentu dia target tongsan besar almari baju atau pun ketam besar reban kambing yang aku dapat di genting highland aritu.Namun setelah tengok2 keadaan sekeliling,perasaan tadi yang teruja bertukar jadi hangin satu badan bila tengok tokey ikan yang ntah dari mana dah pasang jaring setengah lombong.Lebih kurang 4 bijik lori setengah tan dah parking kat tepi lombong tu menandakan lubuk ni memang berpotensi besar.Kalau kami rasa kami dah keluar seawal burung baru nak bangun tido,nampaknya diorg ni lagi awal sebelum burung masuk tido.Kumpau la kalau mcm ni gayanya..melampau sungguh laaa..
Ajad,Mankitt dan Abeng hanya dapat menahan perasaan sedih sambil menyumpah tokey2 ikan dari tebing lombong.Namun Neneng mengambil langkah lebih drastik. Dengan alasan untuk memberi pengajaran kepada tokey2 ikan tu supaya mereka insaf beliau bercadang untuk cangkuk gewang 3 mata di tayar lori2 tersebut seterusnya membenamkannya ke dasar lombong.Dah la Neng,jom cari port lain!Setelah mengenal pasti lubuk yang lain,Mankitt dengan perasan gelodak amarah yang menebal hampir saja menukar Citra hitam ni kepada kereta Formula One.Gaya pemanduan yang tadinya selamba dan elegan kini berpotensi untuk menambah statistik kematian dalam Ops Sikap pada tahun ini.Sampai je lubuk yang dimaksudkan,masing2 pasang joran.


Namun hakikatnya tidak seindah khabar.Berjam-jam kami melabuh umpan di sekeliling lombong,abis empat penjuru alam di jelajah..jangankan kata tongsan..anak talapia pun tak sudi menjamah umpan.Kesemuanya menahan sebak dan hampir menangis kerana tak dapat ikan.Boleh jadi ikan pun berpuasa pada hari itu...maka kami menaruh harapan ikan akan mula makan setelah waktu berbuka.Satu theory yang pasti tidak boleh di terima oleh mana-mana masyarakat etnik di negara kita mau pun kaum-kaum terpencil di selatan tibet. Secara tak langsung mengingatkan sumpahan nenek pada pagi itu supaya kami kumpau kalau kami tak bawak balik buluh.Dek kerana terlalu boring kami mengambil keputusan mengadakan pertandingan menganyam ketupat menggunakan daun sawit.
Sumpahan nenek terlerai menjelang jam 11.58 minit pagi.Pancing aku meliuk lintuk di tarik mangsa dan aku pantas menyambar dari sudut penalti.Sementara Ajad seperti biasa mencari angle terbaik untuk merakam aksi-aksi impian semua pemancing di alam maya ini.Rupa-rupanya dalam diam seakan ada persaingan antara kami.Persaingan menjadi semakin sengit apabila menjelang petang.Sumpahan nenek dah tak dipedulikan.Hanya sesekali terdengar sumpahan dari mulut masing2 kerana ikan terlepas atau tali tersangkut dalam air.


Aku dah nekad menewaskan diorg semua.Dengan menggunakan sedikit ilmu yoga,aku berjaya menewaskan mak sedara tongsan berukuran 2 megahertz ini.Kedengaran dakwaan berunsur iri dan cemburu dengan mengatakan aku menggunakan ilmu sihir ketika mengail. Satu dakwaan yang memang tak masuk dek akal kerana bulan2 puasa ni mana lah ada setan jembalang nak datang menolong.Dengan idung kembang kempis menahan riak aku sengaja menyuruh Ajad men`snap` gambor ini...tujuan tidak lain untuk membuktikan bahawa aku telah menewaskannya dengan tidak sengaja.

Hujan tetiba turun dengan tanpa memberi sebarang missed call atau sms.Namun semua itu tidak memetahkan semangat cucu Pendekar Ali Misai untuk bertarung dengan makhluk air tawar ni.Pelawaan Ajad untuk membalikkan diri ditentang dengan sekeras2nya kerana dakwa Ajad sumpah nenek padanya masih lagi menghantui dirinya berikutan sekor ikan pun tak dapat n joran pusaka bapak dia yang harga lebih kurang 200 ratus dipatahkannya dengan cemerlang.
Lepas saja hujan,ikan2 start frenzy.Bukan main senang mesin menjerit.Kalau tadi pakai umpan sekarang pertandingan antara kami beralih kepada acara sembat.Di sini lah masing-masing menggunakan segala kepakaran yang ada.Segala ilmu-ilmu santet dan ilmu hitam,hijau dan purple yang di pelajari dari mana-mana perguruan atau bidan kampung di keluarkan untuk menewaskan antara satu sama lain.MAsing-masing naikkan ikan yang bolehla dikatakan veteran dalam lombong ni.

Baik-baik mankitt,tersangkut kat telinga pakcik depan tu kang..!


Lepas kau..kau lagi,lepas tu kau lagi..

Kau lagi???

Kau lagiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!
Akhirnya cubaan Neneng untuk menipu gagal apabila rupanya2 dia bawak ikan dari rumah.Kelihatan ikan yang disorokkan terjatuh dari poketnya kerana sepandai-pandai tupai melompat,tak penah jugak masuk sukan olimpik..Dah la tu Mankitt,pupus pulak ikan dalam lombong ni kang.

Macamana kelamkabutnya kami datang...demikian jugaklah kelamkabutnya kami balik.Kereta dipandu laju menuju balik meninggalkan kenangan-kenangan best dan adanya bendayang rasanya masih belum selesai.Kenapa belum selesai...? sebab hari dah petang buluh plak belum pegi cari lagi.Bagi mengelakkan sumpahan kembali melekat,cepat2 kami balik carik lemang dah siap bakar sebagai alasan mengapa kami pulang lewat.


2 comments:

nanarizqman said...

cam setan. kata nak raya umah aku. pastu pi raya dengan ikan plak. dasar mamat ikan

Freddie said...

hahahaha..tak sempat nana oiii!!!