29 October 2008

Penderhakaan Singa Laut

Seperti yang di janjikan ..kami turun ke Sea Lion dengan niat yang sungguh keji iaitu membelasah sepuluh peratus dari isi kandungan kolam air masin tersebut.Jam 8 am sifu Jpon datang menjemput aku(satu penderhakaan sudah berlaku di sini..sepatutnya murid datang menjemput guru) di rumah.Kerana hari ini hari jumaat maka kami menghadkan 3 jam sahaja memancing dan yakin akan mengekskerplentes sekurang-kurangnya 12 ekor jenahak bersaiz but kuning Phua Chu Kang.Jpon yang sekian lama menuntut ilmu pengajian sakti kalimanjaro memegang amanah selaku pemandu.Maka apa yang dilihat dari segi pemanduan bahaya Si Jpon sudah mampu mencapai peringkat maut di mana beliau lebih banyak menekan minyak dari menekan brek.
Jpon mempunyai kemahiran unik iaitu menterbalikkan lori-lori yang enggan ketepi dan cuba menghalang perjalanan kami.Ada beberapa lagi gambar ngeri yang dapat dirakamkan tetapi tidak sanggup untuk menyiarkannya di sini bimbang ramai yang akan trauma dan meninggal dunia apabila melihatnya. Cukuplah hanya sekeping gambar di bawah menceritakan segala-galanya.Ini baru terkena lampu signal sebelah kanan.Kalau kena bumper aku yakin lori ini akan bersepai macam biskut meri.Cuma dalam trip-trip akan datang aku berharap sangat lori-lori ini semua mengambil iktibar dan tidak lagi megganggu perjalanan kami.
Seperti biasa Jpon memandu dengan kelajuan yang tidak tercapai oleh akal memikirkannya.Azad pula pura2 tidor bagi mengelakkan rasa takut yang melampau dek kerana kelajuan pemanduan Jpon menyamai kelajuan cahaya.Punyalah laju sampai senget traktor ini kerana terkena angin kereta sebaik saja kami melintasinya.Kalau terlanggar sikit sudah pasti traktor dan pemandunya akan tercampak sekurang-kurangnya 200 ela dari tempat kejadian.


Pekerja-pekerja binaan ini juga bertempiaran lari termasuk managernya hingga tidak sorang pun kelihatan disitu.Melihatkan keadaan itu aku menasihatkan Jpon agar memperlahankan sedikit teknik pemanduannya kerana bimbang seluruh bandar port klang ini akan lengang kerana semua orang lari ketakutan.Sudah pasti ini akan memberi kesan yang tidak baik kepada kestabilan ekonomi dan kebudayaan kawasan itu.

Kami sampai awal pagi itu dimana hanya dua ekor anjing sahaja kelihatan berada di hadapan kawasan parking kereta(anak panah merah menunjukkan kedudukkan anjing-anjing tersebut).Ini membolehkan kami mengikat perambut dengan selesa dan tidak perlu menyorok dalam kereta.Yang dibawah ni namanya Bujang Selamber,sifu kepada sifu-sifu yang pernah wujud dalam dunia ni.
Kesempatan yang terluang juga di gunakan sebaik mungkin dimana sifu BS memperturunkan ilmu bagaimana nak casting dan menjatuhkan umpan lapan inci dari sangkar.

Selang beberapa minit kemudian hustler-hustler kolam sea lion pun sampai.Banyak ilmu-ilmu santet yang aku dapat apabila berbual dengan otai tahap dewa lipan ini.Dengar khabar malam tadi lebih seratus ekor jenahak di naikkan.Perkhabaran ini membuatkan jantung mula berdebar-debar dan hati mula tertanya-tanya...apakah masih ada belen untuk pagi ini.

Ini lah yang di katakan pemancing yang berwibawa.Orang pergi opis pun tak rajin macam ni.Pintu belum bukak abis lagi diaorang dah berpusu-pusu masuk.Rasa macam nak tergelak pun ada...tetapi mengenangkan sifu pun ikut sama maka aku menganggap ini salah satu dari teknik yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan port yang baik dan sesuai.

Kolam ini bukan sahaja menyediakan ikan yang best untuk fight.....tetapi juga ada menyediakan beraneka jeruk untuk sesiapa yang mengidam.
Ni semua muka-muka regular kat kolam tu.Masuk tak sampai lima minit dah tarik siakap besor anak kambing biri-biri.Casting pakai udang idup.

Tak larat nak angkat dia men seret jer nak gi timbang.Dari jauh dengar dia memekik...Lima kiloooooo...dan member-membernya yang lain pakat bersorak keriangan.Tertekan jugak di buatnya.
Ketika ini dan sejam kemudiannya aku masih lagi membangau.Beberapa kali aku mempraktikkan teknik mengesan angin dengan bulu hidung semasa menuntut dengan ninja lampin dulu...namun tidak menghasilkan apa-apa.


Menurut firasat BujangSelamber ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan ikan tidak galak.Jika ini berlaku maka segala jampi serapah tidak berguna walau pun di baca dalam bahasa penan.

PERTAMA
-----------
Mereka mengalihkan sangkar besar yang terletak di tengah-tengah kolam ini yang menjadi tempat ikan berlindung.Hanya tinggal tiang tempat pengikatnya sahaja.Sudah pasti ini akan membuatkan ikan bersepah-sepah mencari lokasi lain untuk berlindung.

KEDUA
--------
Ada kemungkinan ikan sudah di jaring dan di hantar ke sini untuk kaver balik kerugian akibat lebih seratus ekor di naikkan oleh pemancing semalam.
KETIGA
---------
Terlalu ramai gagak berkeliaran di sekitar kawasan membuatkan ikan-ikan leka melihat gagak hingga tak nampak umpan yang di persembahkan.

Mungkin menyedari keresahan ramai pemancing maka pihak pengurusan telah berusaha meletakkan kembali sangkar ikan ini di tempat asalnya.


Punya la boring bila ikan tak makan umpan sampaikan bangla yang menjaga umpan ni pun naik mengantuk pasal belanak dan udangnya tak laku.Beberapa kali dia menguap...kalau tak di ikhtiarkan sesuatu dalam sejam dua lagi pasti beliau akan tertidur di situ.

Ini pula gelagat sebahagian pemancing yang dalam kebosanan di tahap cipan belang.Masing-masing dah letak tangan kat kepala macam areal tiwi.


Dua jam lebih masa berlalu dan kami masih belum menaikkan sebarang ikan.Tinggal hanya beberapa minit sahaja lagi dalam waktu kecederaan maka sifu BS terpaksa menggunakan aura peringkat tertinggi ultraman Dyna yang sungguh merbahaya.

Aku tidak dapat menerangkan bagaimana aura itu berfungsi kerana ia terlalu payah hinggakan aku sendiri pun tak paham dan BujangSelamber sndiri pun tak paham jugak.Cuma secara ringkasnya boleh di ungkapkan...tiba-tiba Ujang dapat ikan.tu je.

...dan ikan tu mengembalikan keceriaan kami semua setelah hampir 3 jam termenung kat tepi kolam tu.
Sebaik sahaja masa penamat BS pulak menarik seko jenahak berhampiran kincir air.Alhamdulillah......walau pun niat keji kami untuk menyapu bersih sepuluh peratus sebagaimana yang di rancang semalam tidak kesampaian....namun sekurang-kurangnya ada la jugak buah tangan untuk di bawa balik ...dan seperti biasa...pasti nantinya akan ada Pembalasan si Pitung menentang Singa Laut.

Satu lagi sesi kumpau total terjadi dalam episod memancing kali ni.Badi kumpau masih lagi melekat di badan aku tapi takpa satu komplot rahsia perkhemahan sambil memancing di perak telah di rancang bersama group-group ini-Tunggukan laporannya yang pasti mengganggu tidur jiran anda.

No comments: