28 October 2008

Disamping Memancing

Dalam sesuatu ekspedisi memancing..idak ler 24 jam memancing yer tak.Pemancing yang paling hardcore tahap gila kentang sekali pun ada jugak masa terluangnya untuk melakukan beberapa aktiviti sampingan.Memacam ler karenah kalo kita perhatikan dan mungkin ada jugak yang terkandid oleh kita dalam pada time leka-leka tuh.Sebab tu bila balik dari memancing..Apabila kita membelek semula gambar-gambar dari kamera digital kita..kadang-kadang terselit la beberapa keping gambar yang bila tengok lelama kita akan terpikir..Apa saja lerrrr kejer bebudak nih.Arrrrr...gambor-gambor macam tu lah yang aku tepek kat sini dan berkongsi pengalaman sambil sama-sama kita pikir....Apa sajaaa lerrrr Kejer bebudak nih .

Antara kejer tak berpekdah yang sempat di rakamkan...Racing sapa dulu sampai ke Lubuk.


Ini bukan pertunjukkan silap mata,ini silap sendiri..tension tak dapat ikan kot..


Bila tak dapat ikan,cara yang paling mustajab untuk menenangkan perasaan dan kekecewaan adalah tido.Aku pasti ramai yang bersetuju dengan pendapatan aku ni..kat sini ditepekkan beberapa teknik tido yang paling astagavanza yang sempat dirakamkan sepanjang perguruan lubuk..bak kata pemancing,sebelum migrain datang menyerang,lebih baik tido....

Tido ulat gonggok..


Tido Pendatang Tanpa Izin..


Tido mimpi ngeri


Tido mimpi indah


Tido mentadak mentadu


Tido cacing(kanan),tido Mumia Firaun (kiri)


Tido mengkarung hutan

Tido anak dara pingitan..

Ni semua kes malas nak berjalan balik setelah trekking berjam-jam.Time balik berhanyut sambil tido lam air.

Membentuk formasi seolah-olah kejap lagi ada pertunjukkan payung terjun sempena hari kemerdekaan .
Teringin jadi tarzan..


Cuba mengalami sendiri bagaimana puak primitif menjalani kehidupan pada zaman batu kapur dulu..
panas...panas......aksi terlarang seorang artis di ranjang!!!!!!!!!!!!!!!gambar ini sempat dicandid oleh wartawan harian metro beberape bulan lepas ketika artis ini tak sempat melarikan diri dari pihak berkuasa.....


akibat tekanan perasaan, seorang angler sempat untuk semayang ghaib di belakang bot.....

Buat sarang...

GAMBAR PALING LAWAK TAHUN NI SETAKAT NI... PANGGILAN @ TARIAN UTK MEMIKAT BETINA ... MUSIM MENGAWAN...



Acara jemur kemapan...
kumpulan Ekamatra sempat bergambar di atas bot selepas rambut mereka digunting pendek oleh menteri penerangan Dato' Mohd Rahmat sekitar tahun 1980an..............


Penggambaran iklan Gillete..

Acara mandi-manda..sihat2 belaka,toman kat bawah besar tong drum tu jeling2 je...
Acara wajib.kunyah kuaci sambil kutuk mengutuk sesama sendiri disamping bercerita tentang pengalaman masing2...yang kebanyakannya tipu belaka.


"Hek elleeee...dua hari dua malam mancing ada tiga eko je dalam raga ni.."


Macam2 hal budak2 ni.Kadang-kadang bila terkenang balik peristiwa2 masa mancing dulu nak tergelak ada,rasa sebak pun ada.Rindu aku pengalaman macam ni...

3 comments:

eLLe said...

ahahah i suka i suka.. specially bab tido tu. lagi lagi lagi...

nanarizqman said...

eh..ko ni gila ikan ek

Unknown said...

abg,t abg upload gmbo y kite mancing pki umpan daun ubi tuh!!hahahaha...muah2!!t kite g mancing lg eh yang..miss yer!