09 October 2008

Asyikkkkk...

Jiman tabur lagi serdak biskut lemak atas tanah.Sipah yang mencangkung di sebelahnya leka merenung kroni-kroni semut hitam mengerumuni makanan yang jatuh dari langit.Pelbagai aksi sarkis di lakukan dalam usaha makhluk ini membawa pulang rezeki masing-masing.Ada yang melilau kehulu kehilir mencari arah,ada yang sudah tersasar jauh dari kumpulan hingga sesat di pangkal pokok nenas dan tidak kurang juga yang masih tidak bergerak-gerak kerana kepingan yang cuba di pikulnya melebihi had muatan yang di benarkan oleh kudrat.Namun apa yang Jiman dan Sipah perati semenjak tadi…tidak ada sekor pun yang cuba berehat-rehat menghisap rokok..atau lepak berbual-bual di tepi batu..atau juga yang cuba curi-curi tidur di sebalik daun pandan.`takde…takde, dan takde…!`Pendek kata segala-galanya berjalan dengan okey.Tersangat okey dan melampau-lampau okeynya.Perasaan ingin tahu Sipah semakin meluap-luap.`Takkan takde gaji kot?` tanya sipah sekali lagi.Jiman diam.`takkan singgit pun takde`.Sipah tanya jugak lagi walau pun telinga Jiman sudah mulai panas kerana bosan menjawap soalan-soalan Sipah yang kadangkala di rasakannya tidak releven.`Sipah…semut ni buat kejer tak perlu bayar gaji…pasal kalau ada gaji pun dia bukan reti kira duit `.Jawab Jiman panjang lebar.Sipah mengerutkan kening semakin tidak faham.`Tapi kenapa dia rajin?`Sipah tanya balik soalan yang sudah lapan belas kali di jawab oleh Jiman dari pelbagai sudut yang tercapai akalnya.`Sipah…dulu Tuk Suman pernah cakap…sesatnya orang yahudi kerana banyak bertanya..Sipah nak jadi orang yahudi?`gertak Jiman setelah tidak larat lagi melayan pertanyaan-pertanyaan tahap karipap sardin tersebut.Sipah geleng kepala lelaju walau pun dia tidak faham lansung makna perkataan yahudi itu sendiri.Cuma apa yang dia tahu..kalau Tuk Suman yang cakap…orang kampung semua akan ikut.Dari jauh usop kuding hanya memerhatikan Sipah menggeleng-geleng kepala tidak berhenti-henti.

Cerita kat atas ni sengaja aku postkan dalam mood yang separa serius.Sebenarnya ada perkara tersirat yang aku nak korang tafsirkan sendiri disebalik kerajinan semut2 tu semua..selamat mentafsir..

1 comment:

jingger said...

semut rajin pasal apa yg die angkut tuh makanan dia..so, buat bende ada sebab jugak..
kalau kita rajin tak tentu pasal..pastu tak dapat gaji plak..nak makan apa? hehehe