Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.
Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.
Namun babi tidak setuju sama sekali."Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang", ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk."Tolong bawak perkara ini pada menteri", usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara."Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa",bisiknya keluh kesah.
"Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada".
Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya."Di luar sana masih ada lagi manusia?". Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.
"Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya"bisik satu suara."Sampaikan juga salam kami pada Jibam dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan".
Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.
Farewell The Greatest of All Time
1 year ago
2 comments:
malam tadi, masa tgk berita tv3, ada tapir sesat kat kuala selangor. maybe dari spesis kampung belulang..
setelah siasatan dan bedah siasat dijalankan,sepakat mempersetujui bahawa tapir tersebut adalah berasal dari funfair yang terdapat di belakang carefour wangsa maju.
Post a Comment