Dalam menjalani kehidupan yang serabut ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Menganggap orang lain jahat adalah satu kejahatan yang sejati menunjukkan kejahatan yang sekelian lama bersarang dalam jiwa yang sebenarnya lebih berbahaya daripada kejahatan yang nyata. Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Orang yang kelihatan jahat tidak harus dipandang melalui satu sisi kerana yang kelihatan baik itu mungkin lebih zalim dari apa yang dizahirkannya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.
1 comment:
good writing
Post a Comment