26 November 2008

The Return Of The Serabut

Salam kasih sayang aku buat segala makhluk yang di bumi dan yang di langit,yang dapat di lihat dengan mata kasar atau yang tidak dapat di tangkap dengan pancaindera,yang sudah paham atau yang masih teraba-raba mahu pun yang sudah stabil atau yang masih huru-hara.Aku berdoa agar kita sama-sama dapat melakonkan sekerip kita dengan baik pada hari ini.Mudah-mudahan juga kita semua tidak terkelepet dengan kebodohan dan kekejian jiwa kita yang tidak terbatas atau juga tidak tertipu dengan kebijaksanaan kita sendiri didalam meneka warna baldi di atas motor yang terletak di atas lori yang disebut dalam persidangan kita yang pertama dahulu.Ada pun pada pagi ini yang entah berapa celcius suhunya sungguh nyaman dimana suasana seperti ini hanya terdapat dalam filem2 romantik hindustan.

Aku singgah di sebuah warung untuk melaksanakan kewajipan sebagai warga kota setiap hari iaitu pekena teh tarik.Walau pun penah ada tajuk besar dalam akhbar utama beberapa ketika yang lampau memaparkan tajuk`TEH TARIK PUNCA STROKE`..ia lansung tidak melemahkan semangat pe`ngeteh`han yang bersarang dalam jiwa sejak selesai SPM.Bukanlah kerana tidak yakin dengan fatwa manusia yang pandai dalam ilmu perubatan tersebut..akan tetapi serabutlah (serabut lagi) kepala aku yang memang sedia serabut ini dengan kenyataan warta perdana dalam tiwi pada malam berikutnya.`Teh tarik bukan punca stroke melainkan bagi pengidap-pengidap sindrom kencing manis dan lemah jantung`.Tidak cukup dengan itu di tambah lah pula dengan beberapa pendapat lainnya yang menyatakan boleh minum teh tarik tetapi kadar kandungan gulanya dikurangkan sementara satu pendapat lainnya pula menuduh susulah yang bersalah dalam hal ini.

Lalu terfikirlah oleh aku dengan hensemnya bahawa betapa penat dan letihnya jiwa kita apabila manusia yang bukan ahlinya meletak hukum dan betapa penatnya kita jika berfikir menggunakan otak orang lain sehingga tidaklah mampu dan tiadalah upaya kita untuk melaksanakan kehendak-kehendak nafsu mereka itu.Boleh jadi hanya aku saja yang berfikir begitu kerana kurangnya pengetahuan didalam hal ehwal habitat manusia.Sedangkan diri sendiri pun tiadalah sangat aku kenal sehinggakan seringkali bergaduh dengan diri sendiri apabila ingin melaksanakan sesuatu HAL.Tidak usah di dalam soal yang terlampau besar seperti mentadbir duit tabung haji,menguruskan proton,membahagi-bahagikan wang ihsan,menyampaikan dana untuk mangsa tsunami,menguruskan hal ehwal AP atau menjaga amanah rakyat jelata...di dalam membuat keputusan untuk terus minum teh tarik atau tidak sahaja pun sudah lebih lapan buah file di bentang atas meja panjang dalam kepala.

Satunya bertajuk`jangan meletakkan diri ke lembah kebinasaan`,

file kedua tentang `Gulakah atau susukah yang mengakibatkan stroke`

file ketiga berkenaan`kenapa bertentangan pendapat media eletronik dengan tajuk yang di utarakan oleh media cetak sebelumnya`

file keempat`mengulas usul-`apabila datang perkhabaran dari orang fasiq,maka hendaklah kamu siasat`..

dan file-file selebihnya adalah tentang usul siasat yang tidak berkesudahan sejak semalam.

Aku sangat beruntung kerana sebaik sahaja tersedar dari kesibukkan menyusun file dalam kepala otak tau-tau sudah sampai ke sebuah persinggahan bernama DARUSSALAM`. Disini jugalah pernah terjadinya sidang agung antara pengganas2 penyokong bolasepak tempatan dan pemancing haloba yang berhasrat keji mengurangkan populasi ikan di tanah air. Supaya tidaklah perkara ringan ini menjadi teka-teki besar kepada korang biarlah dijelaskan ada pun `DARUSSALAM` itu ialah nama kepada sebuah restoren mamak di mana tak kira pagi petang siang malam..waima bulan puasa sekalipun sangat ramailah pengunjungnya yang terdiri dari manusia-manusia yang bakal terkena STROKE.Kenyataan tersebut tidaklah aku suarakan kepada khalayak yang sedang enak menikmati teh tarik tersebut kerana bimbang akan diketuklah kepala aku dengan piring2 dan gelas2 atau dihempuk dengan kerusi pelastik oleh mereka itu.Apa yang aku lakukan hanyalah duduk bersama-sama mereka dan meng`order` segelas teh tarik agar kelihatan serupa seperti sebuah masyarakat yang harmoni.

Sambil menunggu-nunggu kedatangan teh tarik..ingatan aku tiba-tiba tertarik akan suatu kisah negeri ORANG BODO-BODO.Ada pun pekerjaan mereka itu ialah menanam gandum.Oleh memang semula jadi bodonyer orang di NEGERI BODO-BODO tersebut maka tiada lah mereka kenal akan pokok-pokok yang lain selain gandum dan tiada lah mereka itu reti membuat pekerjaan lain selain menananam gandum,menuai gandum dan menjual gandum.Maka berlaku HAL dalam kehidupan mereka itu apabila tumbuhlah sehelai pokok nangka di hujung ladang gandum mereka.Maka ketakutanlah seluruh penduduk NEGERI BODO-BODO kerana menyangka terdapat sebuah makhluk yg berbahaya menunggu di ladang itu.Lalu tidak lah mereka itu bekerja lagi diladang kerana bimbang akan dimudaratkan nyawa mereka oleh makhluk asing tersebut.Sehingga pada suatu ketika datang seorang pemuda yang bijak cuba menyelesaikan masalah tersebut.Dia menyeru seluruh penduduk mengikutnya dan sebagai ketua dia mendahului penduduk NEGERI BODO-BODO menghampiri pohon nangka tersebut.

`HAAA..TENGOK NIH..INI BUKANNYA MUSUH KAMU..IA HANYALAH SEBUAH BUAH` tegasnya sambil membelah buah nangka tersebut dengan parang lalu memakannya.

Bertempiaranlah penduduk NEGERI BODO-BODO tersebut sambil berteriak,"jika makhluk sebahaya itu boleh di makannya..pasti suatu hari dia akan memakan kita"

Tidak lama kemudian datang pula seorang pemuda lain yang bertanyakan masalah penduduk tersebut."Ada makhluk anEh yang tidak dikenali di ladang kami dan kami tidak berani mendekatinya.kerana itu kami tidak lagi keladang",terang ketua NEGERI BODO-BODO tersebut.Pemuda ITU mengajak mereka melihat dan menyiasat akan hakikat makhluk aneh tersebut.Sebaik sahaja melihat pokok nangka itu,pemuda tersebut lari sekuat hatinya di ikuti oleh penduduk NEGERI BODO-BODO.

"Kenapa tuan lari?", tanya ketua NEGERI BODO-BODO kehairanan.

Pemuda tersebut menjawab,"Makhluk itu terlalu merbahaya jika kita biarkan"

Penduduk NEGERI BODO-BODO sebulat suara bersetuju."Lalu apakah yang akan kita lakukan?", Soal mereka kembali.

"Kamu sekalian harus meninggalkan negeri ini demi keselamatan masing-masing",tegas pemuda itu lagi.Lalu berpindah lah mereka beramai-ramai meninggalkan negeri itu dan pemuda tersebut kemudiannya menjadi terlalu kaya dan mati keseorangan kerana kebodohannya.

25 November 2008

Tagged Yang Maha Serabut

Si dia merajuk kerana aku tak membalas tag dia.Apakah aku tidak berlaku adil dalam melaksanakan kehidupan duniawi atau aku terlepas pandang.Korang tak perlu jawab persoalan tersebut kerana aku sendiri akan jawab memandangkan persoalan itu adalah untuk diri aku sendiri.Sebab adalah merupakan satu sebab kenapa kita memerlukan sebab untuk memberikan alasan dimana sebab itu merupakan sebab yang bersebab.Untuk menerangkan dengan lebih mudah kenapa sebab itu diperlukan untuk memberikan alasan aku listkan 8 sebab kenapa kita berbebab supaya dapat jadi panduan korang apabila ditanya SEBAB APA???:

1. sebab kita ditanya sebabnya
2. sebab setiap apa yang berlaku ada sebabnya
3. sebab alasan yang tak bersebab adalah alasan yang tak munasabah
4. alasan yang bersebab adalah alasan yang nampak cam ceredik walaupun bohong semata-mata
5. sebab orang naktahu,kalautak dia tak puas hati
6. sebab manusia ni kepoh…..suma hal dia nak tahu sebabnya
7. sebab, sebab itu mampu membuat kita mencari seribu satu penemuan baru ynag kita belum tahu.
8.sebab apa kau nak tahu….?????suka akulah nak bagi sebab ke tak!!!!

Sebelum aku dihamun atau diumpat dengan lebih keras adalah lebih baik aku menerangkan dengan lebih mudah sebab kenapa aku tak dapat reply tag di bawah adalah kerana persoalan yang diutarakan masih belum tercapai akal aku untuk memikirkannya.Punya lah payah kerana hal ni berkaitan dengan perkahwinan sedangkan mak aku belum pun mengahwinkan diri aku, seperti kata2 manis untuk menutup hanyir yang terhidu…aku akan cuba sehabis daya untuk lakukan seperti yang diminta.

Per:
1* Before marriage- Hye sayang, hari ni I balik lambat kot.u paham2 je la,kat opis tu banyak keje,jalan jem lagi,penatla…bestnya kalau u urutkan..
* After marriage-Abg dah balik.penat ni..cuba buat the sechewen
* Lagi lama married-abg dh lik!

Per: 2
* Before marriage- eh,tak pe la..u mandi la dulu,lepas tu baru I mandi.tapi kalau kita mandi sama2 dapat pahala..sunat laki bini mandi sama.
* After marriage-Cepat la sikit.tak tahan dah ni..
* Lagi lama married-oii!!!bertapa ke kat dalam tuuu????!!!!!

Per : 3
* Before wedding – yang,jom g tengok wayang..boring plak hujung2 minggu kat rumah
* After wedding – dok rumah je lah,lagipun panas kat luar tu

Per : 4
* Before wedding –pandainya sayang masak telur dengan ikan masin ni.seumur hidup nil ah lauk paling best penah I rasa"
* After wedding – asik2 telur ,ikan masin…telur ,ikan masin…kalau gini gayanya jangan kata orang..lalat pun muntah!
* Lagi lama married-jom makan luar!

Per : 5
* Before wedding – haa..jam Bvlgari ni I hadiahkan sempena besday u yang ke 8 bulan tahun ni..sian u tak penah pakai jam berjenama cam nih
* After wedding – I rasa frame gambar ni sesuai untuk letak kat ruang tamu tu..nampak kosong la.
* Lagi lama married-eh..besday u arini ke?

Per : 6
* Before wedding – Yang meh pegang tangan I ni..nanti jatuh I juga yang susah hati
* After wedding –ni apahal lambat sangat ni?jatuh kang bangun sendiri
* Lagi lama married- oi..jalan cepat sikit boleh tak?mcm siput..

Per:7
* Before wedding -takde anak
* After wedding-sepasang anak..laki dan perempuan
* Lagi lama married-satu pasukan bolasepak pantai beserta pasukan pom pom girl

Ada lagi beberapa ratus soklan yang aku tak mampu jawab.Aku yang sedia serabut ni,kalau berkeras juga untuk cuba menjawab soklan2 tersebut maka itu adalah petanda untuk aku dapat tiket percuma pakej percutian di wad gila berdekatan.Jadi setakat ini sahajalah yang mampu dipertontonkan dan aku juga menyeru agar korang semua turut sama memeriahkan acara serabut kali ini.

24 November 2008

Picture Never Change...Only The People In Them Do

Sekian lama otak dipaksa menserabutkan fungsi pemikirannya melalui kadar penyampaian tahap jeruk kelubi,sekali sekala ingin juga berkongsi kenangan melalui pertepekkan gambar dimana pada hemat aku mempunyai nilai dan doktrin2 yang jauh dari kemungkaran sejagat.Memetik sepotong ayat penjual papan lapis dari timur Nevada "Picture never change...only the people in them do" yang dipesan semasa aku mengikuti kuliah perguruan ilmu batin ninja lampin sewaktu berumur 2 tahun,sama2 kita fikirkan apakah nilai sekeping gambar jika dibandingkan dengan sebuah kehidupan seekor raksaksa lampu.

Nilai sebuah kesenian..lebih mulia jika dibandingkan dengan Nilai,Negeri Sembilan..



Nilai satu lagenda,lebih afdal jika dinilai dari sudut sensitif tentang pemanansan global zaman ini..

Nilai kreatif antara sudut visual dan pendengaran hakiki..


Nilai sebuah kemungkaran yang bernilai RM21,000


Sebuah kehenseman di arus kemodenan yang tidak ternilai..hehehe



Di atas ini ketidakwarasan..di bawah sana ketamadunan


Janganlah kamu nilai kebesaran Tuhan itu dengan mata,jika kamu nilainya nescaya kamu akan gila kerana tiada nilai yang setanding dengannya..


Nilai sebuah persahabatan..

Nilai sebuah pengkelepetan..

Selamat menilai..

Tau,Tak Tau,Malas Ambik Tau

Dalam menjalani kehidupan yang serabut ini ,kita sentiasa sahaja menguruskan pelbagai HAL duniawi dan ukhrawi.Celik sahaja mata, otak dan minda kita akan mula bekerja memerhati,memproses dan seterusnya bertindak.Setiap hari kita akan melakonkan pelbagai watak menurut kesesuaian masa dan keadaan atas sesuatu kepentingan.Tanyalah kepada diri apakah kita melakukannya semata-mata kerana Laba,kerana pangkat dan nama atau kerana Allah.Bagi manusia yang singkat fikiran atau yang rosak hatinya tiada memikirkan sesuatu yang lain selain memenuhi tuntutan hawa nafsu lalu Allah menutup pandangan bathinnya.Maka tiadalah dia dapat menilai hakikat manusia di sekelilingnya itu seorang yang tahu,tidak tahu atau malas ambil tahu.Menganggap orang lain bodoh adalah satu kebodohan yang nyata,menganggap orang lain tidak tahu menunjukkan bahawa kita sebenarnya tidak tahu dan malas ambil tahu bukanlah bermakna seseorang itu tidak tahu apa-apa.Menganggap orang lain jahat adalah satu kejahatan yang sejati menunjukkan kejahatan yang sekelian lama bersarang dalam jiwa yang sebenarnya lebih berbahaya daripada kejahatan yang nyata. Maka berhati-hatilah di dalam menilai manusia kerana orang yang tajam fikirannya sering sahaja berlagak tidak tahu dan orang yang bodoh sering sahaja berlagak mengetahui segala-galanya.Orang yang kelihatan jahat tidak harus dipandang melalui satu sisi kerana yang kelihatan baik itu mungkin lebih zalim dari apa yang dizahirkannya.Kalau pun kita tidak malu manusia tahu hakikat pengkelepetan kita,sekurang-kurangnya kita patut malu kepada Tuhan kerana Tuhan mengetahui setiap apa yang kita kerjakan.

23 November 2008

KALAM AL SERABUTII

Maka terkurung lah lagi aku di dalam baldi keserabutan ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah aku seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara aku yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh. Bagi aku tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah aku suka.Lagilah aku bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui aku tiadalah upaya aku memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri aku yang wajiblah pula aku penuhi agar tidak berhutang pula di hari oditing kemudian nanti.

Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan aku ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut. Cuma aku memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada korang agar sesekali mengizinkan aku kembali kedalam baldi kehidupan serabut ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini aku pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan korang ajukan kepada aku.Mudah saja jawapannya…kerana itulah juga soalannya yang ingin aku tanya kepada korang. `MANUSIA ITU SEDANG BERKEMBANG MESKI PUN IA MENYEDARINYA ATAU TIDAK.`Tidak sedar,tidak mahu sedar,buat-buat tak sedar,belum sedar atau terlalu sibuk dengan pesona saudari-saudari hingga terlupa janji tuhan dan kecantikkan serta kesempurnaan bidadari-bidadari…masing-masing mampu mentafsirnya untuk diri sendiri.

Tidak payah aku mengajar atau menunjukkan jalan itu dan ini kerana kepala aku sendiri masih terkurung di dalam baldi dalam keadaan buta dan menyendiri.Aku sendiri belum benar-benar mengerti dan masih mencari-cari jawapan kepada lapan puluh juta soalan yang aku sendiri perolehi akibat dari mentafsir setiap HAL sepanjang kehidupan ini. Cuma apa yang aku yakini buat masa ini (paham aku berubah-ubah mengikut tempat,masa dan keadaan)-`KEHIDUPAN DI ALAM MAUJUD INI HANYALAH SATU….meski pun dalam bentuk-bentuk tertentu ia tampak macam-macam.Macam menakutkan,macam menyeronokkan,macam best,macam real-real dan macam ntahhapa-hapa…macam strebentuen.Pedulikanlah segala macam itu kerana hakikatnya kita hidup untuk mati.Teringat aku akan kata seorang ketua red indian di selatan texas sana `SURVIVAL IS ART OF DYING`.Aku setuju tidak…tidak setuju pun tidak kerana ketika itu masih belum paham berbahasa inggeris.

21 November 2008

World Tag Team Championship 2008

I've been tagged by missmelancholy. Apa sebenarnya tag ni?serabut aku mentafsir makna tag ini kerana tiadalah aku mengerti dengan sepenuh jiwa raga makna tag yang serupa ini melainkan name tag,tag team wwe championship dan jam jenama tag hoyer(tiadalah aku peduli andai diketawakan akibat kebodohan aku mengeja perkataan tersebut-kerana apa yang aku dengar begitulah bentuk halwa bunyinya).Untuk tidak mencalar keindahan perasaan MissM dan menjaga kepentingan diplomasi antara pengamal blog serantau maka secara jujur dan penuh tawadhuk aku tunaikan permintaan beliau..


7 Fakta Tentang Saya:

  1. Hensem dan perkasa
  2. shopaholic
  3. read a lot
  4. music freak
  5. humor
  6. telah ditakdirkan menjadi seorang yang berjiwa memancing
  7. romantic seram

7 Perkara Menakutkan di Dunia:

  1. GOD
  2. taugeh
  3. lipas
  4. ketidakadilan sejagat
  5. korupsi
  6. serabut yang tak pernah lerai
  7. yang kaya makin kaya,yang miskin tambah miskin

7 Lagu Buat Masa Sekarang:

  1. Lagu Tiga Kupang-lagu rakyat
  2. My Way-Frank Sinatra
  3. Persembahan Dari Syurga-Ahmad Dhani
  4. Heartbreaker-Will.I.Am
  5. Element of Life-DJ Tiesto
  6. Kasidah Cinta-Dewa19
  7. Corazon Espinado-Santana & Mana

7 Perkara Selalu Sebut:

  1. whuttup..
  2. entahla belalangggg….
  3. kimak!
  4. mengerti dak??
  5. eh eh!
  6. innit
  7. cor!

7 Perkara Amat Bernilai:

  1. Family
  2. Buku
  3. knowledge yang dikurniakan Tuhan
  4. bakat yang dikurniakan Tuhan
  5. Friendsssssssss
  6. ADH 777,WMF 6953
  7. Ujian Penilaian Sekolah Rendah

7 Pertama Kali Dalam Hidup:

  1. 1984 – hadir ke dalam duniawi serabutii
  2. 1997 – naik kapal terbang
  3. 1998 – having a leg over
  4. 2001 – menduduki SPM
  5. 2003 – meraih cinta sejati..kononnya
  6. 2006 – konvo
  7. 2008 – mengenal erti kehidupan

7 Orang Bertuah Jawab Tag ni:

  1. Sniper-V
  2. Elle
  3. Osama bin Laden
  4. sesiapa yang mendapati dirinya rajin
  5. mahatma gandhi
  6. whoever read my blog
  7. semua di atas

sekian.

Serabut The Return

Assalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh.Salam sejahtera buat semua makhluk yang berada di alam virtual ini...semoga korang berada dalam keadaan bahagia selalu dan tersengih 24 jam dengan permainan-permainan duniawi.Kesibukan dengan HAL-HAL yang tak pernah jemu menghantui diri aku sejak kebelakangan ni menambahkan kusut dan serabut dalam kepala hotak pikiran,buah pinggang dan vertebrata aku.Puas cari jalan dan kaedah sama ada secara automatik,bersahaja,dan santai untuk meleraikan segala macam kekusutan dan serabut dalam kepala.Banyak teknik sudah dipraktikkan..jigging,senaman otot,yoga,casting,fly the dragon,summersault,poco-poco,dog under the tree,doggy dan sebagainya tidak mendatangkan apa2 hasil melainkan penat.Setelah bermenung-menungan untuk sekian kalinya aku akhirnya di beri kekuatan untuk memulakan sesuatu yang aku sendiri tidak faham.Sekadar menyampaikan hajat hati yang meronta untuk menulis sedangkan aku sampai saat dan ketika ini masih tidak tau menulis dengan baik.

Setiap tulisan aku adalah kejahatan,kekejian dan kebodohan jiwa semata-mata.Maka berfikirlah aku tulisan apa yang akan aku persembahkan kepada khalayak dan dalam bentuk apakah yang ingin aku susun perkataan-perkataan itu sehingga menjadi ayat lazim atau ayat perintah atau ayat bangun kena buat atau ayat yang memimpin korang semua melangkah ke alam biol.Terlalu banyak perkataan-perkataan yang aku himpun dalam kepala sehingga sendat dengan maklumat yang entah hapa-hapa...fail dalam kepala aku bersepah-sepah tidak tersusun cantik seperti mana fail-fail di dalam kepala cerdik pandai yang lain.

Lebih banyak soalan di dalam kepala aku daripada jawapan kepada setiap HAL di alam syahadah ini.Kalau persoalan tentang akhirat aku boleh cari jawapanya dalam kitab tafsir Al-quran.Kalau jawapan kepada HAL tatatertib dan perundangan Negara boleh aku cari jawapannya dalam buku undang-undang Malaysia...tapi apabila persoalan yang bermain dalam kepala aku ni tentang macamana nak hidup tenang di zaman serabut ini,aku mati kutu.Apa yang aku tengok dan lalui tidak sama dengan ilmu yang aku pelajari di sekolah rendah atau menengah atau universiti.Sehingga ke hari ini aku masih lagi berfikir dan setiap kali aku menemui jawapan kepada persoalan itu aku temui juga persoalan-persoalan yang baru.Dalam kepala aku bagai ada satu sidang meja panjang,perdebatan yang tidak pernah mahu berhenti dengan hujah-hujah yang sering mengorbankan masa tidur aku.Jangan sebut ansomnia..kerana istilah-istilah sedemikian tidak sesuai untuk aku kerana aku sudah ada istilah sendiri bagi setiap HAL yang maujud .Jangan marah kalau aku tersilap memberikan nama-nama pada setiap topik yang akan dibicarakan.

Untuk memahamkan BAB ini izinkan aku menceritakan tentang satu teka-teki.
-Soalannya; ATAS SEBUAH LORI,ADA SEBUAH MOTOR,ATAS MOTOR ADA BALDI..APAKAH WARNA BALDI ITU?

`(ambillah tempoh seberapa lama yang korang suka untuk memikirkan jawapan kepada teka-teki itu-samada satu minit,lima minit,satu hari,tujuh bulan atau lapan tahun atau juga seumur hidup kalian.ikut suka hatilah)..namun setiap jawapan korang adalah SALAH dan BETUL MENGIKUT masa,keadaan dan tempat.Bagi aku teka-teki seharusnya menjadi teka-teki selamanya....hanya soalan-soalan objektif sekolah rendah yang mempunyai jawapan (a) atau (b) atau (c) atau (d) atau (e) atau kesemua yang di atas.....Hakikatnya setiap manusia akan mendakwa jawpan merekalah yang paling betul sehingga lupa sebenarnya jawapan orang yang menjual teka-teki lah yang paling tepat.Masalah yang timbul ialah kerana rasa tidak puas hati manusia kepad jawapan-jawapan manusia lain untuk menjawap persoalan-persoalan yang hakikatnya dia sendiri tidak tahu.Cukup sampai di sini dulu kerana aku tahu otak korang sudah mula bersimpul dan persoalan-persoalan sudah mula bermain di kepala otak sendiri.Tidak kurang yang sudah mula meletak hukum dan mula mencari-cari hukum yang sesuai untuk memuaskan nafsu-nafsu diri yang mula menjadi huru hara dengan hujjah-hujah dan kenyataan-kenyataan strebentuen-seperti:

(1) apa benda yang dia tulis ni...ntah hapa-hapa
(2) merepek jer la budak ni
(3) chiesttt..buang masa jer aku baca..mengarut jer
(4) Rasa macam nak paham..tapi tak bulih tangkap lagi...ish serabut betul
(5) wei...kau nak cakap apa sebenarnya ni.....

dan ada lah beberapa ratus lagi soalan yang hanya korang sendiri yang tau.Tapi jangan bimbang....untuk mendapat jawapannya memerlukan proses yang panjang dan mengambil masa yang amat lama namun akan aku terangkan secara berperingkat-peringkat kerana buat masa ini aku sendiri masih mencari-cari jawapannya.cuma apa yang aku harapkan, persoalan aku akan menjadi jawapan kepada korang dan persoalan korang akan menjadi jawapan kepada persoalan aku.hah..nampakkkk?? itu pun sudah satu jawapan yang memadai buat masa ini dan menyelesaikan sedikit kekusutan dalam kepala aku yang semak.Sekarang aku sudah memindahkan sedikit keserabutan kepala aku dalam kepala korang..jadi cuba pindahkan pula keserabutan kepala korang ke kepala aku melalui pendapat-pendapat dan hujjah atau persoalan-persoalan yang nanti akan aku jawab dengan soalan-soalan yang lain...jadi sebelum aku mengakhiri topic ini aku sudahi dengan pesanan orang yang lebih serabut dari aku-

`SEBAGAIMANA BINATANG CICAK MATI APABILA JATUH KEDALAM CUKA,DEMIKIANLAH JUGA BINATANG CUKA AKAN MATI APABILA JATUH KEDALAM CICAK`-Wallahualam bissawabbbbb.

18 November 2008

Hadapi Dengan Senyuman

Those yang tengah frust,lost,disappointed,give up..here's something for you.Sekeping persembahan dari idola aku Ahmad Dhani (DEWA19).Sebuah lagu inspirasi dari junjungan Muhammad SAW tentang mulianya sedekah dengan senyuman serta diilhami firman Allah tentang dosa putus asa..sama2 kita hayati..

"Hadapi dengan senyuman

Semua yang terjadi Biar terjadi

Hadapi dengan tenang jiwa

Semua Kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan

Sudah ditetapkan

Tetaplah sudah

Tak ada yang bisa merubah

Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini

Bahawa semua yang terbaik

Terbaik untuk kita semua

Menyerahlah untuk menang"

Dalam beragama kita dituntut untuk bersikap tawakal (mewakilkan segala urusan hanya kepad Allah) dan qana'ah (menerima apa adanya).Hal ini sesuai dengan makna Islam itu sendiri iaitu berserah diri.Dalam menjalani hidup yang strebentuen ni,kebanyakan manusia dipenuhi oleh hasrat dan keinginan yang melimpah,kadang2 tak masuk akal.Padahal sebenarnya keinginan tu la sumber dari segala nafsu.Dan nafsu jugaklah yang akan membuat seseorg tu melakukan sifat2 tercela seperti serakah,tamak,agkuh,bodoh,bahlol,tak tau malu,tak sedar di untung,busuk,tua kutuk tak sedar diri dan sebagainya.

Dude,kalau wat keje kita hanya diwajibkan bekerja keras,buat denagn sepenuh hati,dan merealisasikan idea2 yang best tanpa mengharapkan hasil yang best sangat.Kalau kita dibebani dengan harapan menggunung Ledang nak dapat hasil yang best,maka tenaga kita je dah banyak berkurang sekadar untuk memikirkannya.Tu belum kira lagi dengan hasil yang tak sepadan dengan harapan meLedang tadi..dah tentu frust dan kecewa yang kesudahannya sendiri dapat susah.

Payahnya kalau dibayangi dengan keluhan.."hek elleee..penat je aku buat,Tuhan bagi rezeki yang sikit!",ishh...jangan la macam ni.n kalau dapat hasil yang best "yehhoooo...hasil keje aku best..ini sebab aku yang best!"..lupa ke?

Sikap tawakal dan qana'ah jalan beriringan.Dalam mengerjakan sesuatu,kita tak sepatutnya terbeban dengan harapan akan hasilnya.Biarkan Tuhan yang menetukan hasilnya.Kita bekerja sebab memang kita tercipta untuk berkarya,bekerja sebagai khalifah bumi.Bukan jadi singa laut baring2 kemalasan atas batu karang.Ni la dia konsep tawakal.Bila dapat hasil,kita kena terima dengan lapang dada tanpa ada sokseksoksek tak puas hati.Terima la dengan ikhlas n senang hati.Better from the none..kan?

Rupanya Dhani ni inspired by peribadi Muhammad SAW yang memanjang menabur senyum time menghadapi situasi apa pun.Saat ada org yang menganiaya beliau pun,masih sempat dibalasnya dengan senyum ikhlas tanpa pura-pura.Ini sebab beliau benar2 tawakal dan qana'ah mewakilkan semua hasil kerjanya kpd Allah dan ready terima apa saja menurut kehendakNya.

Dengan berpandukan rasa cinta terhadap Tuhan,sikap pasrah ini kaan membawa seseorg pada sikap berlapang dada.Segala sesuatu akan dihadapinya dengan senyum penuh kelegaan.Bukan sekadar senyjman di bibir,namun senyuman abadi yang terpatri dalam hati...

...bukan mcm sesetengah orang kat sini.

17 November 2008

Melampau La Pulak Sibuk Nyerrrr

Tu ler.Takder kejer cari kejer.Dah ada kejer..melampau-lampau la pulak sibuk nyer mengalahkan presiden papua new guinie.Skang nih tengah lepak kat opis sambil sedut udara yang dah tak berapa nak segar kerana partikel2 debu turut sama berterbangan masuk dalam lubang idung masa menyedut nafas.Rilek kejap, ambik masa baca blog kawan2 (yang mana gaya penulisan rata2nya dah berubah dan lebih prolifik) sambil meregangkan urat dahi yang berkerut memandang habuan yang aku dapat selaku penjawat awam yang hensem.Pagi tadi sampai opis terus menjalankan modus operandi mewakili perut yang kosong untuk diisi dengan sekeping mihun abg sam.Alhamdulillah segala yang di rencanakan berjalan dengan baik.

Setelah beberapa hari melepak ngan monyet dan lotong dalam hutan,kini kembali dengan tugas-tugas inkrufrendens kerflemfess.Melampau la banyak HAL-HAL yang mahu tak mahu kena selesaikan jugak sebelum masuk tahun 2009.Punyalah tensen,sebab sbelum ni banyak sangat bela lemak di Bahagian **** sebelum 'dipinjamkan' ke Unit *#@^% (sila maklum bahawa ketidakadilan dan diskriminasi berlaku disini) yang skop tugasnya adalah pelbagai (aku nekad akan menyanyikan lagu LONDON BRIDGE IS FALLING DOWN dalam bahasa Melayu jika tekanan melanda dengan tahap dewata raya).

Mcm penduduk kampung Belulang la..nak taknak kena setuju jugak carwash Lam Shook dibina bersebelahan surau kampung tu.Ironinya,lori2 Lam Shook mencabul kehormatan jalan masuk ke kampung Belulang yang dulunya cantik tapi sekarang saling tak tumpah macam tempat babi berkubang.Tensen betul..tak penah2nya aku dapat mcmni punya banyak keje..hadehhhh,mengeluh pun tak guna.

Keje tetap keje,amanah tetap amanah.Macam bagus2 je pulak aku ni kan,padahal datang keje pukul 9,jam belum pukul 5 aku dah berambuss. InsyaAllah akan aku bereskan jugak amanah yang diberi ni dengan sopan santun dan sikap toleransi yang terpuji.Itu pun jika tidak ada aral melintang.Semenjak dua menjak ni berkeping-keping aral melintang dan membujur…tapi aku sudah tekad memegang janji membujur lalu melintang patah.Asalkan jangan sampai patah riuk udah ler.Seperti biasa doa restu dan sokongan moral dan politik amat di alu-alukan dari seluruh warga kampung belulang demi meneruskan perjuangan yang belum selesai.(macam pernah dengar je ayat tu kan hahahahaha)

Penah aku kata dulu,keje aku ni sampai hari2 terakhir dunia pun belum tentu selesai..bila yang ni dah siap,Lepas tu ada lagi..pastu ada lagi…lagi dan lagi.Tapi jangan bimbang…aku tetap akan cuba meng online kan diri setiap kali berkesempatan dan tetap pulang seperti kata seorang penjual apam balik di selatan pilahdelphia,"setinggi-tinggi terbangnya bangau,akhirnya kembali ke belakang kerbau".

Kalau curahkan petrol lepastu buat2 puntung rokok terjatuh atas ni..selesai tak?
Rasa macam nak tongsampahkan je benda2 ni...

12 November 2008

KESINAMBUNGAN-SIRI AKHIR

Jibam menggaru-garu lutut yang gatal bertampal handyplast.Bukan ada apa-apa…cuma dia terjumpa plaster tersebut bawah tangga dan masih boleh melekat.Maka untuk tidak menghampakan harapan plaster tersebut Jibam menepekkannya di kepala lutut dan membawa kemana saja dia pergi.Ternyata bisikkan hatinya tidak sia-sia.Setiap kali bertembung dengan sesiapa saja dalam kampung tersebut orang akan bertanya `kenapa lutut kau berplaster tu Jibam?`.Jibam tersengih tanpa sebarang jawapan namun di dalam hatinya berbunga riang kerana berjaya membuktikan kepada plaster tersebut yang dia tidak di sisihkan sebagai makhluk tuhan di muka bumi ini.`Terbuang di bawah tangga bukan bermakna orang tidak sayang..cuma orang tidak nampak`Bisik Jibam pada lututnya dan dia dapat merasakan plaster tersebut tersenyum riang sepertinya.

Tuk Ngah Sudin masih terpaku menunggu Jibam selesai dari monolognya.Dia hanya mengawal kotak kasut yang berisi 4 ekor lipas kering di dalamnya.Kalau lipas itu lari dia akan di pertanggung jawabkan malah lebih dahsyat lagi dia tidak akan mampu untuk menjawab soalan Jibam.`Macamana lipas kering boleh lari sedangkan dia sudah mati`.Tuk Ngah tidak mau gila dua kali.Kadang-kadang apabila kewarasannya datang dia menjauhi Jibam.Ada malu dan segan,ada takut dan bimbang serta beberapa rasa dalam jiwa yang mengembalikan dia kepangkuan alam nyata.Namun sebaik saja akalnya menuntut jawapan bagaimana Suman boleh balik dan bagaimana kelak dirinya akan di pertanggungjawabkan di hadapan Tuhan,Tuk Ngah Sudin terasa macam satu arus letrik 12 ribu voltan menyambar sereberumnya dan dia tiba-tiba pandai menyanyi lagu hindustan.

Tau-tau dia sudah kembali kepada Jibam.Menemani Jibam kemana saja,bernyanyi-nyanyi riang dengannya dan mandi-manda di longkang besar depan surau yang di penuhi daun keladi.`aku rasa diaorang akan sesat lama lagi` tiba-tiba Jibam bersuara.`kau cakap dengan aku ke Bam?` Tuk Ngah mengangkat muka.`Ha`ah la…takkan aku bercakap dengan perdana menteri Australia pulak`. `Mana la aku tau Bam….kot-kot kau bercakap dengan Tuhan pulak…takkan aku nak menyampuk`.Jibam garu-garu lutut lagi.Gatalnya semakin menjadi-jadi.`Tuk Ngah..kau amik plaster nih..lekat kat lutut kau pulak..aku dah bawak 3 hari,ni kau bawak pulak tiga hari..nanti aku ambik balik`. `abis tu kau nak buat apa pulak?`. Tuk Ngah mengerutkan dahinya yang sememang sudah sedia berkerut di makan usia.`Aku ada kejer lain la nak buat`.Jawab Jibam pantas sambil terus menggaru lututnya laju-laju.`arghhhhhh….sedapppp nyaaa gatal lutut niiii`.Tuk Ngah menepek plaster ke lutut sebagaimana arahan Jibam.Tanggung jawabnya semakin besar.Menjaga lipas kering supaya jangan lari dan menjaga plaster di lututnya supaya jangan hilang.Sementara Lebai Dolah dan rakan-rakan sudah lama hilang tidak jumpa mencari jalan keluar dari hutan.

10 November 2008

BERITA DARI BELANTARA

Assalamualaikum…dan salam sejahtera buat semua makhluk bernyawa yang aku kasihi.Ampun dan maap di pohon kerana janji balik pada hari isnin tidak tertunai.Kita hanya merancang namun Tuhan yang menentukan.Terlalu banyak HAL yang aku uruskan di dalam hutan belantara sana sehingga otak kiri ku menjadi kompius.

Oh ya…Tupai dan monyet kirim salam.Badak tak sempat jumpa…perhilitan kata spesis ini dah hampir pupus.Gajah dan rakan-rakan khabarnya sudah sebulan meniti rabung bukit menghala ke tailen.kalau tidak terdengar juga suaranya setrompet dua.Beruang madu juga tidak datang seperti biasa menghampiri minta roti dan susu,kata renjer sudah mati di bunuh orang.Aku katakan pada warisnya..manusia memang begitu.Sesama sendiri juga berbunuh-bunuhan.Inikan pula berlainan spesis.

Namun babi tidak setuju sama sekali."Apa beza dengan binatang kalau tidak menghormati undang-undang", ujarnya marah sambil menumbuk pangkal pokok kayu balak sebesar pemeluk."Tolong bawak perkara ini pada menteri", usulnya lagi.Aku hanya tersenyum pahit.Tidak berani berjanji apa-apa.Tujuh puluh tiga langkah dari tempat babi berhujah ular tedung selar melengkar keletihan.Dia sudah tidak mampu menyembur bisa.Belantara kini sudah terlalu huru hara."Undang-undang rimba sudah di pakai manusia..lalu kami mahu jadi apa",bisiknya keluh kesah.

"Sabar saudara-saudara…aku akan kembali esok lusa…akan ku khabarkan pada manusia..mudah-mudahan mereka sudi membuka minda dan berlapang dada".

Musang tiba-tiba tesedar dari lena.Dia menggosok-gosok mata seperti tidak percaya."Di luar sana masih ada lagi manusia?". Aku mengangguk-angguk dalam hati sementara seluruh penghuni belantara memasang telinga.

"Kalau begitu pergilah…kembali ke alam nyata dan sampaikan lah segala cerita..mudah-mudahan mereka percaya"bisik satu suara."Sampaikan juga salam kami pada Jibam dan katakan tidak usah lagi merasa derita kerana dia sendiri adalah penderitaan".

Maka inilah aku kembali setelah menumpahkan sekian banyak air mata di tengah-tengah belantara.Semoga Tuhan memberi ku kesabaran yang penuh.Insyaallah.

07 November 2008

KHIDMAT PESANAN RINGKAS

Wahai sekelian umat selata alam amnya,khususnya Penduduk Kampung Belulang.Kehidupan extreme zaman ni mahu tak mahu kita sebagai khalifah amanahNya menjalankan tanggungjawab dengan sebijak akal yang dibekal.Kadangkala dalam usaha menyelesaikan hidup yang tak pernah luak dengan segala mak nenek ujian,kita terabai akan hal2 yang kita sendiri tidak pasti kesan sampingannya terhadap ekosistem pernafasan dan emosi kita.Sekelian lama neuron dan sel otak diserabutkan dengan hal yang menyerabutkan hingga tak punya emas waktu untuk dihargai bagi memformat balik keserabutan yang berserabut.Jadi dikesempatan ini,mohon sedikit waktu untuk lari dari kesibukan yang menyibukkan,menserabutkan dan membebankan.kadangkala jiwa ini merusuh mintak dibelaskasihani.Maunya tidak..suara pekikkan dan sorakkan keseronokkan al maknusiawi,bingitan suara hiburan dari kotak tiwi,pekikan mesin photostat..faksimili dan bermacam lagi kesan ketamadunan yang sudah pasti membuatkan monyet dan lotong pun ikut gila pasal tak cukup tido.Sudah lebih dua minggu ….namun hingga hari ini jawapan kepada persoalan tersebut belum mendapat jawapan yang wajar.Nak di katakan lari dari kebosanan senario politik kurang ajar pada hari ini boleh jadi juga.Tetapi apabila tengok tiwi yang sarat dengan berita yang sama ternyata jawapan yang itu kurang memuaskan buah pinggang sesiapa saja.Tertanya-tanya juga selepas tuduh menuduh dan fitnah memfitnah ada ke manusia ni nak sampai bunuh membunuh pulak.Saban malam perbincangan demi perbincangan di adakan demi mencari jawapan yang pasti namun semuanya berakhir dengan percubaan untuk tidur bagi kali yang ke tiga.Hari ini berkemungkinan kaki akan dijejakkan ke dalam alam yang sarat dengan ketenangan hakiki.Kesempatan kembali ke arena perlubukan akan dimanfaatkan sebaik2nya demi mencari kedamaian dan mencari rahsia alam yang tersirat makna dan pelajaran daripadanya.Berada dekat dengan semulajadi alam,sedikit sebanyak meleraikan kekusutan yang membelit ketenangan jiwa.InsyaAllah,andai izinNya akan kembali menulis Isnin ini setelah apa yang diimpikan berada dalam genggaman hati..adios komflontongos...

06 November 2008

Tensen


"Diaaaaaaaaa....Isaaaabellaaaaaaaa....Lambang Cintaaaaaa...Yang Laraaaaaaaa......."

OPERASI KERBAU 1

Mak Itam pegang penyapu lidi.Ghani Komando berdiri dengan mata merah bernyala-nyala sambil memegang parang tapik.Di belakang nya beberapa orang balaci yang rata-rata bermuka bengis macam tasmanian devil itu juga memegang sabit dan cangkul ala-ala samseng dalam cerita tamil.

"Banyak kerja lain aku boleh buat ghani selain dari mencuri kerbau kau tu",pekik Mak Itam dari dalam kedai. Beberapa orang penduduk belulang yang sedang bersarapan pagi tadi awal-awal lagi sudah menghilangkan diri sebaik sahaja ternampak rombongan Ghani Komando yang datang dengan kapcai buruk.Mereka sudah menyangka sesuatu yang kurang best akan berlaku apabila salam yang di beri di jawab oleh Ghani dalam bahasa inggeris.

"Ala..kau jangan nak buat `stand-up comedy` la Mak Itam..kau jangan ingat aku tak tau mission impossible laki kau,dengan ucu,dengan Lebai Dolah dan karim nak mengorbankan kerbau aku tuh", Jerkah Ghani sambil mengunyah karipap sejuk yang di ambil bawah tudung saji .

"Aku tak tau laaaa…cuma dia cakap kat aku nak ke hutan dalam 4-5 hari memburu seladang…itu jer information yang aku dapat..lain dari itu aku tak tahu menahu".

"Kalau betul memburu seladang..mana seladangnya..manaaaa..manaaaa???" Soal Ghani bertalu-talu.

"Seladang apa nya Ghani….lebih seminggu dah ni tak balik-balik".

Ghani komando terkesima.Balaci-balaci harapan kampung sebelah pun turut ternganga. Rasa menyesal dalam hati masing-masing kerana menyerbu dan membuat tindakkan melulu yang seperti akan berakhir dengan rasa malu.

"Jadi maksud kau….sejak minggu lepas dier orang masuk ke hutan..sampai hari ni tak balik-balik?" Soal Ghani Komando lagi seakan tidak percaya.

Mak Itam menggeleng kepala dan menahan sebak."Sampai ke hari ni satu perkhabaran pun aku tak terima Ghani..baik dari media cetak mau pun media elektronik ".

"Memang la macam tu Mak Itam…dia buat ekspedisi tak buat perancangan rapi…Lain kali cari penaja dulu..kontek media dan buat pelancaran…pastu kena buat slogan malaysia boleh ke apa ke..mintak menteri lancarkan..baru la dapat liputan meluas. Silap-silap boleh dapat lintas lansung kat tiwi.Dia demam ke…sakit gigi ke..kaki tergeliat ke semasa ekspedisi tu boleh di siarkan lam akhbar aliran perdana"Panjang lebar Ghani Komando memberi penerangan.

"Jadi berbalik kepada missi asal kedatangan aku ni…pertama aku nak ambik balik senapang aku yang Ucu pinjam tu..kedua aku nak cari kerbau aku yang masuk ke kampung belulang ni minggu lepas". Kesaspenan Mak Itam agak reda sedikit apabila intonasi suara Ghani Komando menurun. Balaci -balacinya juga sudah menyandarkan cangkul dan sabit yang di bawa tadi ke dinding kedai.

"Kalau kau nak senapang kau balik..kena la tunggu dia orang tu balik…tapi kalau kau nak kerbau kau tu balik…kau cari la dalam kampung ni..tapi sepanjang aku duduk kat kedai ni tak ada pulak aku nampak kelibat beliau melintas kat area-area sini".

"Macamana bang… nak tunggu ke nak cari?",Samat Terrano mengangkat kening.Ghani termenung panjang memikirkan sesuatu. Dia mengerling jam tangan LOLEX yang di belinya di petaling street tahun lepas."Awal lagi ni..apa kata kalau kita ngeteh dulu?" Soalnya kemudian.

"Cantik jugak tu…kena kopi `o` keras ngan karipap sejuk ni layan jugak", sambut che mat yang sentiasa menunggu peluang orang sponsor sarapan pagi. Sedang mereka leka berbincang di meja depan kedai….Mak Itam menyelinap ikut pintu belakang sambil menyinsing kain batiknya sehingga ke paras lutut dan berlari seperti watson nyambek menuju kerumah Piah.

AMARAH

"Kumpulkan pemuda-pemuda yang gagah berani,mat rempit,pembuli jalanraya, kaki pukul atau bekas bouncer dangdut.Kita huru-harakan Kampung Belulang kali ni",perintah Ghani Komando dengan bengis.Ketua Kampung Sebelah hanya terpinga-pinga dalam mesyuarat tergempar di balai raya pagi itu." Tapi apa motif sebenarnya", tanya Tok Siak kampung yang sejak awal-awal lagi memang dah kompius. "Kita mesti ajar penduduk Kampung Belulang kerana berani mengkelepet kerbau aku", ujar Ghani Komando yang terkenal dengan sifat panas barannya.

"Tapi ini dah kira agenda peribadi..tak sepatutnya melibatkan semua orang", Raop ketua pasukan kampung Sebelah mencelah.Sebaik saja habis perkataan terakhir keluar dari mulutnya Ghani Komando mengkarate meja seperti seorang pemegang talipinggang kaler biru jurulatih taekwando."Bodoh,Bahlul..Bangang!",bersusun-susun maki hamun dan pelbagai rupa bentuk kata-kata lucah dihamburkan sehingga penulis tak tergamak menuliskannya di dalam blog ini kerana masih ada rasa malu pada saudara seagama.

Ketua Kampung Sebelah menundukkan kepala tidak berani bersuara.Begitu juga dengan AJK mesyuarat tergempar."Korang kena ingat,hari ni kerbau aku diorang kelepet, esok2 kerbau korang pulak..kita tak boleh mendiamkan diri dengan perkara-perkara mungkar seperti ini.Dayus namanya", ceramah Ghani KOmando dengan lubang hidung yang kembang kempis menahan marah.Bertambah marah apabila membayangkan Ucu,Lebai Dolah,Pak Bijan, dan Karim tersengih-sengih melapah dan membahagi-bahagikan daging seladang yang dibedil dengan senapang dua laras miliknya.

05 November 2008

KULIAH DARI BUKIT

Entah berapa kali tersepak kaki sendiri dan kemudian mereka tersungkur beramai-ramai macam badut sarkis . Kelangkang seluar Pak Bijan sudah koyak setengah depa.Kalau putus hujung nya sedikit masa lagi seluar itu akan kelihatan macam skirt panjang yang melampau-lampau seksinya.Nasib baik di bahagian dalam ,Pak Bijan pakai seluar pasukkan manchester united. Maka kurang lah sedikit aibnya jika di bandingkan dengan pasukkan gimrama negara yang hanya berbaju mandi dan terkangkang kiap di hadapan khalayak ramai.`Wei..kambing , jalan la elok-elok sikit..`Jerkah Lebai Dolah yang sudah tidak berketayap lagi . Untuk kali yang ke entah berapa kali Ucu mengangkat tangan dan berkata `ops sori bebeh`. Betis Karim sudah lebam-lebam tercucuk hujung senapang dua laras yang di pikul Ucu setiap kali mereka melakukan aksi tergolek beramai-ramai itu. `Saya dah tak larat lagi Lebai..kita rehat lah dulu `Usul Ucu sambil menyandarkan belakangnya ke perdu balak tiga pemeluk.

Perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tersebut sudah menjadi terlalu kronik. Sungguh pun lorong gajah di atas rabung bukit nampak begitu mudah di susuri namun terlalu banyak simpangnya.Ada yang ke kanan kemudian kembali semula ke belakang , Ada pula yang ke kiri kemudian terus mengecil dan terus hilang jejak serta tidak kurang yang bertambah dari satu lorong menjadi dua, tiga, empat dan banyak . Bekalan makanan pula sudah tidak ketahuan .Jangankan beras dalam buntil kain, periuk serta peralatan lain juga entah kemana .Setiap kali tersungkur ada sahaja barang yang cicir .Hanya yang tinggal senapang dua laras , sebilah parang sembelih dan lampu picit yang sudah pucat cahayanya kerana kekurangan bateri .

`Aku rasa kita akan mati dalam hutan ni Lebai..macam arwah Suman dulu` Karim mengeluh. `weiiiii…mulut tu jangan celupar sangat laaa` Ucu menunjah hujung kakinya ke lutut karim. `Takkan kau tak leh buat sembahyang hajat mintak Tuhan tunjukkan jalan keluar Lebai..dulu masa kat kampung kalau ada apa-apa masalah kan kita selalu buat sembahyang hajat kat surau` Pak Bijan bersuara. Lebai Dolah teragak-agak mahu menjawab soalan Bijan kerana sejak akhir-akhir ini semakin kalut dan kritikal .Saspen terlalu lama berada dalam hutan dan dunia yang agak asing dari kebiasaannya..di tambah pula dengan kelaparan dan kesejukkan yang mencengkam , kebimbangan di terjah binatang buas dan kekeliruan mencari arah membuatkan Lebai Dolah beberapa kali tertinggal waktu solat. Ketayap putihnya sudah lama hilang.

SESAT

Kampung belulang sudah mula gempar.Hari ini masuk hari ke lima Lebai Dolah ,Pak Bijan,Ucu dan karim hilang tanpa pesan. Tiada siapa dapat memberi maklumat tepat melainkan andaian-andaian dan khabar-khabar angin serta cerita-cerita misteri yang tidak masuk akal menjadi buah mulut orang ramai. Ada yang kata mereka berempat senyap-senyap ke kuala Lumpur pergi audition masuk AKADEMI FANTASIA.Ada juga yang kata mereka di panggil untuk jadi calun rancangan MALAYSIAN DOL.Tidak kurang juga yang membuat spekulasi liar mengatakan Lebai Dolah terpilih menyertai belia berwawasan terjun di kutub utara.Malah tidak kurang juga yang pandai-pandai meramal Lebai Dolah and the gang di larikan jenglot.Tetapi Limat yang sudah beberapa kali berkesempatan menonton siaran ulangan diari Akademi Fantasia di kedai Lam shook di bandar menyangkal habis-habisan.

Tidak mungkin siri realiti yang sudah masuk musim ke lima tersebut menerima lagi peserta-peserta baru .Melainkan Undian ke atas Lebai Dolah mengatasi undian sms Mawi. Bagi Limat perkara seperti ini tidak mungkin berlaku kerana suara Lebai Dolah bukan sedap sangat kalau nak di bandingkan dengan peserta-peserta yang tersingkir..apa tah lagi kalau nak di pertandingkan di peringkat separuh akhir. Sudah pasti Lebai Dolah akan di tempeleng oleh Hattan atau 0gy Ahmad Daud.Apa tah lagi untuk pogram seperti MALAYSIAN DOL . Mereka berempat lansung tidak layak sama sekali kerana sudah ada ramai DOL-DOL yang sedang menguasai pelbagai jawatan dan pelbagai kuasa di tangan mereka.Tidak mungkin Lebai Dolah mampu menandingi kehebatan dan kebijaksanaan mereka mengkelepat duit rakyat dengan pelbagai projek gajah putih yang melayakkan mereka kekal di tangga teratas kejuaraan MALAYSIAN DOL . Jumlah markah terkumpul mereka sepanjang pertandingan ini sudah mencapai angka juta dan billion…sedangkan Lebai Dolah sifir lapan pun tak berapa nak hafal.

Limat juga yakin untuk mengandaikan Lebai Dolah membuat terjunan di kutub utara bersama Pak Bijan ,Ucu dan Karim sudah tentu tidak munasabah sama sekali kerana mereka tidak ada kepentingan politik. Menjana keperluan kewangan untuk missi-missi hebat seperti itu memerlukan perancangan yang rapi dan cukup teratur yang hanya boleh di lakukan oleh orang-orang berfikiran jauh dan tajam. Tidak cukup sekadar menghafal hukum hakam dari kitab kuning atau kitab perukun. Limat geleng-geleng kepala lagi.

Mendaki everest? Ah juga tidak mungkin…orang kampung bukan reti cari sponsor dan membuat propaganda.Apatah lagi berurusan dengan pihak media yang akan menggembar gemburkan kerja ini sebagai hebat dan patut di buat ketika krisis ekonomi semakin meruncing.Memang misteri sungguh kehilangan Lebai Dolah dan rakan-rakannya.

Namun Ghani komando di kampung sebelah sudah tidak boleh duduk diam. Senapang dua laras yang di pinjam Ucu sudah lebih dari waktu yang di janjikan. Tambah membakar lagi hatinya kerana kerbau kesayangannya juga sudah hilang lebih seminggu. Hanya tali penambang kurang sedepa yang masih terikat di pangkal pokok langsat belakang rumah. Ra`uf dan Sahak dua orang sahabat baik yang juga bekas graduan pusat serenti mendakwa ada ternampak kerbau ghani komando berjalan santai minggu lepas di jalan tanah merah menuju ke kampung Belulang.

Sains Cintaku

Aku : Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??

Kau : Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.

Aku : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.

Kau : Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan kesetiaan yg kuberikan.

Aku : Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!

Kau : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau berikan masih lagi belum sahih.

Aku : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.

Kau : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah ‘random’ yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak.

Aku : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melaui proses pencaran dan perolakan.

Kau : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan kita mengalami rintangan?

Aku: Aku harus menggunakan perintang boleh laras untuk mengurangkan rintangan itu.

Kau: Adakah kita akan berpadu secara kimia?

Aku: Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.

Kau: Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan bertindak balas dengannya.

Aku: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.

Kau: Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali. Masihkah kau tidak percaye?

Aku: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.

Kau: Itu semua boleh diabaika n, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan kita harus mengalami pecutan yg seragam.

Aku: Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.

Kau: Tapi, imanku adalah infiniti!

Aku: Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya dengan 6×10′23.

Kau: Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.

Aku: Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.

Kau: Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian…

04 November 2008

Konspirasi? Renungkan..

Usop baru sahaja menggesek anak mancis api cap orang terbang ketika Ucu termengah-mengah sampai di muka pintu. Jiman dan Sipah yang sudah siap membentang sejadah menunggu dengan sabar bapa mereka selesai menyalakan pelita dan kemudian akan mengimamkan solat magrib. `Apa hal Ucu tergesa-gesa sangat nampaknya ni?` Soal Usop sebelum sempat Ucu membuka mulut. Dia menggamit Sipah dan mengarahkan puteri bongsunya itu mengalihkan pelita karbad yang sudah bernyala ke hujung beranda. Ucu bertinggung pada anak tangga sambil mengesat peluh.

"Aku nak pinjam lagi basikal kau ni Sop…nak kena pergi balik ke kampung sebelah" Berkerut dahi Usop memandang Ucu. "Aih…tadi kan dah pergi..nak pergi balik..apa kerja pulak ?". "Ada barang tinggal",Jawap Ucu pendek.Kalau ada jawapan yang lebih pendek dari itu dia akan guna kan kerana dia tidak mahu bercakap banyak. Lebai Dolah dan Pak Bijan sudah pesan seratus belas kali , kalau Usop tanya try `kaver` abis-abisan. Biar pecah di mulut jangan pecah di perut . Jangan sampai Usop terhidu konspirasi 'ops seladang' yang mereka rancang. Ucu pun agak saspen juga apabila Pak Bijan cakap tuan punya senapang nak kena bagi juga sekilo dua. Ini sudah kira merbahaya kerana dari empat sudah bahagi lima . Kalau Usop juga tahu projek ni nanti nak kena bahagi pulak sekilo dua lagi . Ucu tahu tidak boleh ramai-ramai sangat dalam kroni.Nanti laba dapat sikit. Sana tahu sini tahu, sana kena jolok sini kena jolok..kesudahannya nanti tinggal telinga.mana cukup.Itu pun kalau tak kena potong line pulak oleh kroni-kroni yang lain.Silap-silap dapat najis saja . Tiba-tiba Ucu teringat bendera yang Jibam cacak atas najis seladang .

Tapi buat masa ini Ucu tidak ada masa nak fikir dalam-dalam atau buat firasat. Apa yang dia tahu operasi yang di rancang oleh Lebai dolah ini perlu di laksanakan. Dia tidak kisah menjadi balaci atau barua kerana apa yang penting dia akan dapat bahagiannya nanti.Itu janji Lebai Dolah."Tapi Ucu…aku nak pakai basikal tu pagi esok",Usop memandang wajah Ucu yang kelihatan `blur` di dalam kesamaran cahaya pelita karbaid. "Ala Sup…Malam ini jugak aku hantar basikal ni balik..aku janji" Ucu merayu. 'Baik lah Ucu"Usop kemudiannya mengalah kerana waktu maghrib sudah panjang .Jiman dan Sipah sudah mulai resah di atas tikar sembahyang.

"Tapi kau jangan tak hantar pulak..esok aku nak ke pekan pergi tukar kad pengenalan baru ..dengar khabarnya ada cabutan bertuah…hadiah kereta untuk sapa yang tukar kad pengenalan baru".ujar Usop dengan penuh harapan."Aku janji sop, sumpah !!..takkan lah aku nak mungkir janji pulak…orang yang mungkir janji tu kan munafik ..nabi kata gitu…dalam kitab kata gitu..malah arwah suman dulu pun selalu ceramah kat surau kita…kerbau di pegang pada talinya..manusia di pegang pada janjinya".Ucu tambah bersemangat mengalas kata-kata setelah nampak bunga-bunga persetujuan dari Usop Kidung. "Kalau gitu baik lah Ucu…kau pakai lah dulu basikal ni..karang balik kau sandar kan aje kat tepi tangga rumah aku ni" pesan Usop. Ucu menyorong basikal keluar pintu pagar . Jiman dan Sipah yang masih menunggu di tikar sejadah hanya memerhati dari beranda rumah. "Ingat tu Ucu… manusia di pegang pada janji….kalau tak pegang janji..sama jer macam kerbau ",Pesan Usop lagi membuat kan Ucu tersenyum kelat dan sesekali tersengih macam macam kerbau kena loteri.

Mungkinkah Berulang Siri Pengkelepetan Kebangsaan?

Itulah bahana dan penangan AF5 yang menampilkan Ogy Mat Daud sebagai pengkritik paling sensasi. Itulah juga pengajaran dari peristiwa Bekas Pengarah BPR dan TMKKDN. Masyarakat semua nak jadi penyanyi, golongan peniaga mengaut keuntungan laba dengan sedikit pemberian ‘ikhlas’ berupa rasuah tersorok.

03 November 2008

Politik Car Wash Punya Bahana

Masih ingat lagi bengkel `CAR WASH` Lam Shook yang di dirikan di sebelah surau? Dulu cuma bangsal kecil beratapkan asbestos..kini panjangnya dah melebihi pagar surau. Kalau tengok dari jauh sudah nampak macam gudang tempat sorok rokok keretek.Ruang belakang bangunan di pasang jeriji besi dan mangga kunci sebesar kepala kucing,tempat menyimpan rotan manau pelbagai saiz yang sudah bertan-tan jumlahnya. Seminggu sekali Lori Lam Shook keluar masuk memunggah hasil hutan untuk dihantar ke kilang membuat perabot di pinggir bandar. `Untungnya bukan lagi ratus ….Ribu encik` Cerita batin Sagai sewaktu singgah di warung Pak Itam membeli karipap. Dia tersengih menayangkan gigi karatnya sambil membayar harga 2 keping karipap dengan not lima puluh ringgit.

TAPI ORANG KAMPUNG TAK KISAH. LAM SHOOK TAK MAKAN SORANG. PENAT JERIH BATIN SAGAI DAN ANAK-ANAK BUAH PIKUL ROTAN DARI LERENG BUKIT TEMPURUNG DIBAYAR SORANG LIMAPLOH. SURAU KAMPUNG BELULANG PUN DAH ADA MIKROFON DAN SET KARAOKE. SIAP DENGAN SET GENERATOR UNTUK MENGHIDUPKAN LAMPU PANJANG DAN AMPLIFIER. SEMUANYA LAM SHOOK SEDEKAH .ORANG KAMPUNG PUN SEMAKIN RAMAI KE SURAU DAN BEREBUT-REBUT NAK AZAN BILA MASUK WAKTU. TERASA MACAM SATU KESERONOKKAN APABILA MENDENGAR SUARA SENDIRI BERGEMA KESELURUH PELUSUK KAMPUNG MELALUI CORONG PEMBESAR SUARA. SABAN HARI MEREKA BERHIMPUN DI WARUNG KOPI PAK HITAM RIUH RENDAH MEMBINCANGKAN SUARA SIAPA YANG PALING TINGGI PITCHINGNYA. SEHINGGA MENENGGELAMKAN BUNYI BISING LORI LAM SHOOK YANG SIBUK KELUAR MASUK KAMPUNG MEMUNGGAH ROTAN.

Sidang Meja Bulat

Usop kidung menggeleng-geleng kepala tidak setuju.Itam masih terpinga-pinga tidak faham sementara ucu seolah-olah tidak mahu masuk campur.Dia duduk di meja sebelah dan sesekali memasang telinga juga mencuri-curi buah butir perbincangan.`Tak munasabah langsung` Sepatah ayat keluar dari mulut usop kidung dan dia terus menggeleng-geleng kepala seperti tadi.`Persoalannya sekarang bukan pasal tidak munasabah atau tidak munaserawak atau munaberunei atau munathailand…saya cuma nak bagitau tanah sebelah surau tu saya dah jual pada Lam shook untuk di dirikan `car-wash`….ujar fakir dengan konfiden.

`Itu lah yang buat aku tak setuju tu fakir` jawab usup kidung pantas.Memang kepantangan usop kalau cadangan-cadangan yang tidak boleh di terima akal seperti ini di usulkan dalam mesyuarat kampung.`car-wash` apa kenamanya kalau takde kereta yang nak di basuh dalam kampung ni…mana ada orang pakai kereta kat sini fakir`Hujjah usop kidung lagi sambil mengunyah goreng keledek penuh semangat.

`ooo…macam tuuu…`ucu di meja sebelah mengangguk-angguk lagi kerana tidak faham.`Lam shook kata buat dulu `car-wash` tu..nanti dia akan arahkan kereta-kereta dari bandar nu masuk kesini untuk di basuh` Fakir cuba memberi penerangan dengan panjang lebar.Itam yang sedari tadi hanya memasang telinga akhirnya bangun membuat keputusan.

`Gini lah…tanah tu arwah suman yang punya…Fakir ni warisnya dan `car-wash` tu pulak Lam shook yang akan menjalankannya…jadi kita yang tidak ada kena mengena ni rasanya tak payah lah masuk campur..nanti kalau rugi…duit dia..kalau untung pun duit dia..tak gitu? Rata-rata yang hadir di kedai kopi pagi itu bersetuju dengan usul pak Itam.Usop kidung membayar harga minumannya dan terus beredar tanpa sepatah kata.

Fakir tersenyum puas.Ucu masih mengangguk-angguk kepala seperti tadi.Tidak faham buah butir cuma dia tahu mesyuarat kedai kopi pagi itu sudah tamat.Usul sudah di tutup dan surat menyurat tidak akan di layan.Selang sebulan sebuah bangunan berdinding bata dan beratap asbestos di didirikan di atas tanah arwah suman berhampiran dengan surau.beberapa bulan kemudiannya jemaah-jemaah surau hanya melihat lori Lam shook yang singgah di `car-wash` tersebut menurunkan rotan manau dan damar yang di beli dari orang-orang kampung.Terdengar pula desas-desus Lam Shook bercadang untuk membesarkan bangunan tersebut kerana katanya nak di jadikan tempat membasuh kapal terbang penyembur baja pula.

You Can Say Anything About Me As You Please,But I Am What I Am And Thats Something That You Can Never Be

Tuk Ngah Sudin tekun melihat Jibam memandikan katak hijaunya di tepi parit depan surau . Perlahan-lahan dia menggosok kening katak tersebut dengan sabut kelapa . `buat apa tu Bam ?` Tegur Bidan Esah sebelum lintang pukang menyelamatkan diri apabila Jibam menghulurkan Katak yang sedang di mandikannya .

Selesai tugasnya pagi itu mereka berjalan beriring-iringan melintasi warung Pak Itam. Tuk Ngah tolong Jibam heret tin susu Jibam yang di ikat bersusun-susun dengan tali rafia kerana tangan Jibam sarat dengan barang-barang lain yang di kutip di belakang rumah Usop Kidung.`wei Jibam `Satu suara meneriak dari dalam warung. Jibam berhenti menoleh .

Dekat meja tepi tiang Usin Singai tersengih sambil menghembus asap rokok daunnya berkepul-kepul keluar dari lubang hidung. Beberapa penunggu setia warung Pak Itam, sudah mula tersenyum-senyum sumbing .Bersedia untuk berhibur dengan dua orang maskot lawak kampung Belulang. `Meh sini aku nak tanya ` gamit Usin Singai selaku pengerusi majlis . `Tanya apa Pak Usin?` Jibam maju selangkah di ikuti Tuk Ngah Sudin yang memegang kemas tali rafia sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Walau apa pun yang terjadi amanah Jibam supaya menjaga keselamatan tin-tin susu ini akan di patuhi . Kalau terpaksa lari Tuk Ngah akan pegang kuat-kuat dan angkat tin tinggi-tinggi supaya tidak tercicir.

`Aku nak tanya kau nih…kau suka main-main ngan katak kan..soalannya..kenapa katak bewarna hijau..?` Seperti biasa riuh rendah gelak ketawa mula bergema dari warung tersebut. `Kalau jawapan kau tak memuaskan hati aku…aku nak kau dengan Tuk Ngah bukak seluar dan lari keliling warung ni lapan kali `. Tersembur lagi gelak ketawa mereka mendengarkan amaran dari Usin Singai. `Katak bewarna hijau kerana sel pigmen nya lah Pak Usin `. Suli dan Limat sudah sampai tahap menepuk-nepuk meja . Bagaikan hendak meleleh air mata tidak tertahan mendengarkan perkataan kelakar yang keluar dari mulut Jibam. ` Tiga jenis sel pigmen yang di panggil chromatophores yang bertindak bersama menjadikan katak tu hijau…Chromatophores tu saling bertindihan dan jenis pertama nama dier Melanophores ada kat paling bawah.Ia mengandungi melanin , satu pigmen yang bewarna cokelat pekat atau itam…atas dia plak sel iridophores.Tetapi Pak Usin sel ni tak mengeluarkan pigmentasi ..tapi ia memantulkan cahaya.Bila cahaya kena kat sel ni..refleksi keperakkan berlaku. Bila cahaya matahari menembusi kulit cermin pada iridophores…ia memantulkan kaler biru.

' Hahahahahahaha…cukup..cukuppp `Usin Singai menekan-nekan perut yang senak kerana dia yang paling kuat sekali ketawa . Terbahak-bahak sampai tak ingat. Entah kenapa lucu sangat perkataan-perkataan yang keluar dari mulut Jibam itu kedengaran di gegendang telinganya.

`Belum abis lagi Pak Usin…cahaya biru tu pulak kemudian mengenai lapisan atas sel pigmen iaitu xanthopores yang lazimnya mengandungi pigmen kekuningan…jadi cahaya yang tertapis pada sel di atas tu lah yang menyebabkan katak bewarna hijau pada pandangan manusia`. Hahahahahahahahahaha…`bergema lagi sorak sorai riang ria di kampung belulang di pagi yang berbahagia itu. `Ini bermakna kalo lapisan xanthophores tu takde…katak akan di lihat bewarna biru`. `Warghhhhhkahahahahaha`…sudah …sudahhhh…aku dah tak tahan dah..hahahahaha` Usin Singai terbahak-bahak ketawa di iringi yang lain-lain.

`Tapi apa Jibam tu cakap memang betul…`Zamiah yang semenjak tadi hanya memasang telinga ketika mereka mempersendakan Jibam tiba-tiba bersuara. Dia mencapai pulut ikan masin yang sudah siap di bungkus , membayar harganya dan terus mencapai tangan Tuk Ngah Sudin. `Jom Abah..Jibam…balik minum dulu..karang dah minum baru pegi bermain balik`.

Tiba-tiba warung Pak Itam jadi sunyi sepi . Mereka tidak berani menyanggah kata Zamiah, satu-satu nya anak dara kampung tersebut yang memegang ijazah pertanian dari Universiti tempatan.