27 May 2009

Kita Tempur,Kita Gempur..oooo...oooo...

ooo...ooo.....Kita Tempur...Kita Gempurr...oooo...ooo....

eh..sedap pulak kepak ayam bersalut tempura ni.nyum!nyum!

28 April 2009

CintaKu Tertinggal Kat Bandung




"Oiiiii...apa kau buat kat bawah tu???Naik..naik..nak balik dah ni.."






"aku dah kata,bukan kat sini tempat yakjuj makjuj tu...kau tak percaya.."





"eh,bukit seberang sana tu kalau kita lalu boleh tembus bukit bintang tak?"



"agak2 kau kalau kita cuba berenang kat bawah tu,dpt title Datuk tak bila balik nnt?"






"aku heran betul la,kenapa kereta kat depan tu nampak kecik haa?"





"koyak,koyak..janji hensem.."




"arni,bulan depan aku bawak org kampung aku meminang kau yer.."



"eh,kenapa kereta depan tu nampak..."

"diam!diam!..aku lempang kang!"



13 April 2009

FaaaaKKKKK!!!!!

You motherfucking staff who created this broken nightmare called Blogger, I demand that you fix my blogs immediately.

I did EVERYTHING correctly.

However, your shitty fucking Blogger is perpetually BROKEN.

You motherfuckers are in hiding and cannot be contacted. You are worse than fucking criminals.

The unfortunate victims of your abusive, sadistic Blogger cannot help me.

They also need help.

I am going to post this complaint EVERY FUCKING DAY until YOU fix my blogs.

I am merely a victim of your criminal incompetence.

Don't respond here, because I'm not going to read any of your shit.

FIX MY BLOGS NOW!

25 March 2009

Corazon Escilako

Sepupu aku email aktiviti kotor diorg,enjoy..mcm cilake

24 March 2009

Alangkah..

kadang kala sang burung akan berkata, "wahai pendita yg bijaksana, alangkah baiknyer jika aku dijadikan manusia bebas mencorakkan hukum pada yg sedia ada." kadangkala ayam dan itik akan berkata, "wahai sang burung alangkah moleknya jika aku menjadi kamu bole melihat alam dan isi isi nya pada aras yang tinggi." tapi jarang manusia akan berkata, "alangkah baiknyer jika aku jadi ayam atau itik atau burung atau semut hanya mengikut hukum alam yg termaktub.

10 March 2009

Back To The Serabut...

Assalamualaikum wahai wali-wali allah sekalian-Selamat menyambut kedatangan tahun Baru untuk semua warga MALAYSIA dan kepada saudara-saudara kita yang berada di Afghanistan,Iraq,Afrika,Palestine dan Lubnan.Mudah-mudahan juga kita beroleh kemenangan dalam setiap pertandingan yang kita sertai sepanjang tahun ini.Jika pertandingan membeli kuih dan lauk pauk di pasar malam..mudah-mudahan kitalah orang yang paling banyak membeli kuih,jika pertandingan solat ..mudah-mudahan kitalah orang yang paling kuat memekik melalui mikrofon masjid...jika pertandingan membuat persiapan baju raya mudah-mudahan kitalah orang yang paling awal dan paling banyak menempahnya...jika pertandingan menghias rumah..mudah-mudahan rumah kitalah yang paling semak dengan barang-barang perhiasan untuk dipamerkan dan dimegah-megahkan kepada pengunjung dan jiran-jiran.Demikian jugalah di dalam pertandingan ibadah mudah-mudahan mata kitalah yang paling lebam kerana berjaga malam dan paling lusuh sehingga kelihatan kitalah yang paling soleh dan zuhud di mata rakan-rakan sepejabat.

Kerana tiada lain itulah jalannya agama pada zaman ini dan di amalkan kebanyakkan orang semau-maunya sehingga barang siapa memperbuat yang selain dari itu nescaya kelihatan sesatlah dia di mata orang banyak.Sudah agak lama aku tidak menulis di dalam sidang para monyet ,kerana sesungguhnya aku sedang melalui proses pemendapan yang agak panjang pada kali ini.

Kemalasan aku bukan lagi di tahap karipap malah sudah mencapai tahap malas seperti tepung pelita yang tidak pernah menyala walau pun sekali....kebodohan aku sudah mencapai tahap insputinsi marpulendes-dimana jika dirujuk kepada seluruh kamus dalam dunia ini tidaklah akan diketemui akan definisinya.Keserabutan masih seperti peringkat awal aku menulis di mana persoalan warna baldi dahulu masih jugalah belum terungkai.

Cuma beberapa minggu yang lalu aku terbaca akan sebuah berita di dalam akhbar-akhbar aliran perdana yang menyebutkan tentang perhimpunan 8000 mat rempit yang akan di anjurkan di bukit jalil oleh sekumpulan manusia yang aku lihat sungguh bersemangat dan berwawasan.Lantas teringatlah aku akan teka-teki aku yang berbunyi`Di atas lori ada motor,atas motor ada baldi,apakah warna baldi itu?`.Maka bersungguh-sungguhlah aku melihat clue-clue yang sudah diberi oleh akhbar arus perdana malahan tiwi juga menyiarkan kisah-kisah yang sama bertemakan `perhimpunan mat rempit` di dalam siaran warta berita jam lapan.Terlalu hampir rasanya aku akan menemui jawapan kepada teka-teki yang aku ajukan seketika dulu kerana bukan sahaja motor di perkatakan malah baldi juga aku lihat di pegang oleh mat rempit-mat rempit semasa menjalankan kerja-kerja amal membasuh longkang surau dan masjid di hadapan lensa kamera tiwi tempohari.Akan tetapi masih kabur jua jawapanya kerana timbul pula persoalan di kepala otak aku..sudah ada motor,sudah ada baldi....tetapi dimana lorinya? tanpa lori bagaimana aku akan meneka warna baldi tersebut.Tanpa lori teka-teki tersebut tidak akan lengkap selama-lamanya.Atau bolehkah aku mengandaikan sahaja manusia-manusia bijak yang membawa mat rempit ini berhimpun dan mendakwa ini suatu kerja amal di hadapan lensa tiwi sebagai lori kerana lori boleh mengangkut apa saja samada barang-barang berguna mau pun sampah.Tidak sebesar zarah pun otak aku mampu memikirkannya.

Benarlah seperti kata aku tadi..kebodohan aku sudah berada di tahap karipap..malah rasanya karipap sendiri pun tidak sebodoh aku.Seperti lazimnya apabila di dalam proses mencari jawapan menimbulkan terlalu banyak pertanyaan,maka aku akan simpan ia di dalam suatu file lain agar otak aku tidak meleleh melalui telinga.Apa yang boleh aku lakukan hanyalah menunggu dan memberi sedikit masa lagi sehingga tuhan sendiri memberikan jawapannya kepada aku melalui mulhim.Sabar lagi...sabar lagi...sabar lagi...sampai turja`un.

Sambil menunggu aku serungkupkan kepala aku dengan baldi untuk mengisi masa lapang.Bunyi hingar bingar sekeliling kedengaran agak perlahan dan berdesir.seronok jugak berada dalam kelainan ini. aku tidak nampak apa yang ada di luar baldi kerana kepala aku berada di dalam baldi.apa yang ada hanyalah bunyi yang tidak jelas dan depas depus napas aku sendiri sahaja.warna baldi lagilah tidak jelas pada penglihatan kerana apabila baldi di sarungkan ke kepala..maka ia menjadi terlalu hampir,apabila terlalu hampir..maka ia kabur.Apa sahaja yang terlalu hampir akan menjadi kabur.hahahahahahahhahahahahahahahahahhaha....itu suatu jawapan yang agak bernas dapat aku pikirkan sepanjang kepala aku berada di dalam baldi ini.

kemudian seseorang dari luar mengetuk baldi dengan kuat. aku terpana namun masih belum mahu keluar dari baldi tersebut kerana aku masih mahu meneka dan berfikir.

`Siapakah yang mengetuk baldi tersebut?`

`kenapakah dia mengetuk sedemikian kuat sedangkan dia tahu kepala aku berada di dalam baldi itu?`

`kalaulah hanya sekadar ketukkan dari luar baldi terdengar sedemikian kuat apabila gegendang telinga kita berada terlalu hampir dengannya..bagaimana pula saudara-saudara aku yang berada iraq,afghanistan,palestine dan lubnan menanggung bunyi letupan bom dan senjata api yang menghujani mereka saban hari?`

Apa pun alasannya...makhluk yang melakukan perbuatan tersebut sudah pasti tidak mempunyai sifat belas kasihan,tidak ada kasih sayang,tidak ada hati nurani,tidak yakin dengan tuhan???? aku tidak berani menjawap....bukan sehaja menjawap...membuka baldi yang masih menyerkup kepala ini juga masih belum berani kerana aku bimbang tidak boleh menerima kenyataan apabila di pertontonkan jawapannya.Kerana itu kadang-kadang aku rasa memang aku memerlukan masa pemendapan yang lebih panjang untuk memproses jawapan-jawapan untuk persoalan yang belum datang.

05 March 2009

Sampah

Aku rasa blog aku mcm gampang jer..kenapa org lain punya mcm best jer padahal blogspot jugak?

ini tidak adilll!!!!

Minta Perhatian Blogger Sekalian Alam


Diharap atas dasar persaudaraan sesama Muslim,sudilah membantu sahabat kita yang tengah serabut ni..kekekekeke

Hidup Ini Hukuman

Hidup ini satu hukuman ..betul ke?Entah,tapi aku menjalani hidup ini dalam keadaan bertelanjang dan berpakaian.untuk semua muhrim yang sejalan ,sudah tidak ada rahsia..tapi yang tidak memahami atau kurang faham tentang rahsia hidup akan mudah untuk menghukum dari memahami..apa pun boleh..dan aku tak pernah menafikan semua jalan-jalan yang dipilih asal tidak berkepentingan..sebab yang tau itu Dia juga..Kebahagiaan yang nyata adalah bertemu dan bercerita dengan sahabat yang sejalan dan segelanggang,bercerita dan bermuzakarah,sebab ilmu bukan milik peribadi ,seeloknya dikongsi sama untuk kemantapan jiwa..tak elok disimpan sebab akan memungkinkan duduk dalam siri misterius yang tak berkesudahan,punya hukum sendiri yang akan memungkinkan keadaan murung yang menjurus kepada permasalahan jiwa..itulah.

Aku suka benda ni,yang lain tu yang bercirikan keduniaan cuma nak kaya saja..Tuhan,aku nak jadi kaya...HA HA HA...bukan untuk aku ,untuk tubuh yang satu lagi tu...sebab dia masih menjalani hidup didunia ni..kesian dia,....Dia pun dah mengaku tentang takdirnya,dan dia sedang menjalani hukum kalau itulah yang dikatakan karmanya....alahai hidup oh hidup..nak mati tak mati-mati lagi..

Apa yang dia tak pernah buat dalam hidup yang memungkinkan karmanya jadi sebegitu..memaki Tuhan,menderhaka,semuanya bolos dalam nafsu yang dienyahkan dari pemikiran sebab dia manusia yang tak punya hukum,maka sebegitulah ujian yang dihadapnya..syorga dan neraka ditendangnya atas keegoan sebagai makhluk yang terlalu akrab dengan dirinya...apa lagi yang tak dilakukannya..?Peradaban kadang membosankan tahap maksimum...manusia berpura atas ilmu nya..semua macam tahu..kalaui tahu usul itu bagus,at least faham asal usul..kalau setakat teori bersepah dalam kepala,baik dibuang dalam tong sampah...aku tak perlukan yang itu kawan,terlalu basic untuk aku berfikir,sebelum dan selepas sama saja..apa ni?kalau umur dah 70 tahun pun masih macam tu..its a complete game .duduk depan aku ,mandi bunga ...buang sial.tanamkan semangat diri..hehe,supaya boleh tegak seperti Alif duduk seperti wau..hahaha...mungkin ini iblis yang sedang berbisik,jangan diikut,bukankah aku ini ujian untuk semua makhluk yang cuba berdamping denganmu Tuhan...?

Cumanya kamu ni baik,tak pernah simpan dalam hati dan itu satu ciri yang bagus untuk seorang makhluk,bila berjumpa kita tak berdendam,ya cuma ilmu dan kefahaman yang menjarakkan keakraban,apa nak buat.jangan ambil hati yer,anggap ini iblis yang sedang menulis demi nafsu nya yang sedang bermaharajalela disinggah sana hati...Karam aku dalam laut yang kuciptakan...padan muka kau...hahahaha.Ok,semalam bercerita dengan sahabat,dan diceritakannya perihal sikap dan ilmu Imam Shafie yang sangatlah hebat..umur sepuluh tahun dan hafal 10,000 hadis..

Imam segala Imam itu Imam Malik..dan Shafie pun berguru dengan Malik sebelum dibukanya Mazhab Shafie yang menjadi ikutan kebanyakan kita disini...Emm,nanti sambung lagi lah..sakit perut..nak berak jap..

03 March 2009

Tribute To ULTRAS


An Ultra has no name, only good friends know him. An Ultra has no face, most of the time a hood is covering his head, a scarf covering his mouth. An Ultras doesnt dress like others and doesnt follow trends and like the latest. When he walks the streets even though he has no supporter logos he is recognisable. An Ultra attacks if attacked, and helps when needed, they dont stop being ultras as soon as they take their scarf off and return home, they battle 7 days a week.



An experienced Ultra leads an example to the youth, the youth have respect for the older Ultra. The young ultras are proud while standing next to someone more experienced, they learn from the critics of the older Ultra, they go red when given a handshake from them. When normal people look at an ultra they dont understand him, but he doesnt want to be understood, or explain what he is about. Every ultra is different: there are those who wear supporter logos or club colours and those who have never had those things in their life. There are those who travel only with their group and those who are individuals and are their own group.




Ultras are different, but what unites them is their love for their club, their persistance to stay 90 minutes on their feet during the rain or cold, they are united by the warmth from chanting at full voice, united while sleeping in a half-drunk state on a train that is taking them from an away game, united by the convoy through the center of the away teams city, united by one sandwich which is shared amongst four of them after many hours of hunger, united by one shared cigarette, united by one look, by one ideal, by a one and only mentality.




All the things which unite us together, at the same time distance us from the rest of the world: from worried parents, from stupefied cousins, from scared school peers or co-workers, and from non-tolerating teachers or boss. Ultras is not vandalism or violence without reason, it is a persistant defence of a way of life, that has now fell in crisis because of social problems, because of stupid televisions, because of discos which attract more and more youth but most of all because of UN-JUSTIFIABLE REPRESSION. (by police and federations)


Being an ultra is all this and alot more, emotions and passion which you cant explain in words to people who dont wish to understand, and who would rather simply turn their heads and continue living behind glass, people who would never have balls to break that peice of glass and enter our world!

Kadang-Kadang

Kadang-kadang kita selalu rasa kita ni macam bagus walau taklah sebagus manapun.Kadang-kadang kita selalu berfikir yang bukan-bukan tentang orang lain walaupun kita tahu yang kita ni hanya tak lebih dari seorang penduga saja.Kadang-kadang kita terlalu yakin dengan pendirian sendiri hingga tanpa kita sedar ianya boleh mengkelepet diri sendiri...Kadang-kadang kita selalu fikir dia tu sukakan kita ke atau main-main walau dah 1000 kali dia kata dia sukakan kita.Kadang-kadang kita ni perasan yang kita ni Tuhan pun ia juga sebab,bila kita tengok sekeliling yang sumbang dimata kita hukum dan maki tak tentu pasal,walau niat kita baik,walau kita tahu ada cara yang lebih baik dari apa yang kita rasa..itulah masalahnya kita ni hanya manusia,dibagi akal kita kena gunakan sesempurna kita sebagai seorang manusia yang ada salah silap..

Kadang-kadang kita tengok sekeliling,macam2 senario sedang berlaku,terutama iklim politik kurang ajar yang semakin tak menentu,yang itu kata itu,yang ini kata ini..semuanya kerana kuasa dan nak berkuasa,walau semuanya tahu Tuhanlah yang lebih berkuasa..celaka!!

Kadang-kadang kita rasa sifat kita ni sesempurna Malaikat,kadang-kadang sehina binatang,ok lah tu at least kita mengaku juga buruk-baik kita..orang yang tahu dimana duduk dirinya disisi Tuhan adalah sesemulia makhluk.

Kadang-kadang kita mengeluh juga walau kita dah cakap kita redha pada hukum alam,ialah bila harga barang semua dah makin naik,terutama beras..bila pentadbiran hidup kita dan keluarga tergugat,so kita pun dah kelam-kabut.bila nak start makan ubi kayu atau ubi keledek pulak?Tuhan uji kita sikit je,tu pun kita dah mengeluh,yang hilang segalanya seperti di Palestin atau kebuluran di Euthopia tu lagi teruk dari kita so kita kena banyak belajar untuk mendalami makna Redha pada ketentuan.Kadang-kadang bila kita ada segalanya kita cuba untuk hidup selamanya kalau boleh,walau kita dah tahu kita ni disini hanya sementara.keinginan selalu buat kita lupa pada asal kita sebab kita tak nak usul yang asal.

Kadang-kadang kita ni bersifat selfish dan opportunis..kita kata itu garpu walau benda tu sudu.kalau seorang Leader cakap begini bahaya sebenarnya,yang follower kena ikut cakap dia,kalau dia kata itu garpu,walau pun itu sudu..yang follower dok kena ikut cakap dia,,ya itu garpu..sebab apa tu?sebab semua orang ada kepentingan untuk memiliki dan masing-masing takut akan kehilangan..walau pun hakikatnya kita akan kehilangan juga suatu masa nanti....

Kadang-kadang kita suka pada subjek Pantheisma dan kita dok cakap Pantheisma bukan Aithesma..ianya hanyalah konsep 'Manunggaling Kawula Gusti' jer.tapi orang dok ingat yang kita ni Aithest, Firaun..mana pulak boleh kesitu?..orang yang belajar mengenal Tuhan tak kan fikir kesitu..sebab ceritanya cuma dari Ada ke Tiada saja...simple je kan?

Kadang-kadang kita perlu bersyukur pada nikmat yang diberi,sebab kita diberi nafas untuk kita menghirup nafas walau kadang-kadang penuh dengan asap..tengokla betapa tak sayangnya kita pada badan sendiri..bukankah cinta perlukan pengorbanan..?

Kadang-kadang kita dok cover yang kita ni kuat walau sebenarnya kita sedang cover kelemahan kita..tapi asal kita kukuh dengan kedegilan dan sifat-sifat keakuan kita...jalan terus brader..apa hal lu tanggunglah sendiri..yang penting hidup mesti ada 'rugged'.

Dan bab kadang-kadang ni sampai mati pun takkan habis,,,itu lah..aku fikir kadang-kadang aku perlu melalut juga sebab bila otak kita menerawang tanpa arah,biasanya kita akan jumpa satu keputusan asal kita tak punya kepentingan yang besar untuk sesuatu itu..

Kadang-kadang aku ingin jugak tak berserabut..

02 March 2009

Kepak Kepung Kepak Kepuk

Semalam aku pegi bahau.Bukan ada undangan nyanyian atau jadi model perasmian produk jenama Gucci kat sana.sekadar memenuhi undangan kawan aku Hapis di majlis kepak kepungnya.Tak banyak yang nak diceritakan sepanjang majlis berlangsung sebab aktivitinya sama,makan nasik,minum sirap,isap rokok..mintak bunga telo.

Tengah stim layan nasik minyak ada pulak pertanyaan provokasi tak diundang menyumbat2 masuk lubang telinga aku..

"kau ni bila nak kawin?aku tengok kau semua cukup,keje dah ada,kete ada,rumah ada..bla..bla..bla...sampai bila kau nak usung anak dara orang kehulu kehilir ni?tau2 kang kembung.."

aku terpaksa menyambut dingin pertanyaan tersebut demi mengelakkan majlis perkahwinan bertukar menjadi majlis tahlil pada tengahari tersebut.

eh sedap betul la sirap ni,gula apa dia pakai haa??

26 February 2009

Hujan Emas Di Negeri Orang...

Semasa berkunjung ke Eropah beberapa tahun lepas,sempat aku dan rakan2 berkunjung sebuah negara balkan yang kontroversi,propaganda dan gosip liar.Itupun meleleh otak memikirkan mcmn nak tuba kawan2 aku pegi sebab masing2 menzahirkan kerisauan berbentuk penolakan kerana kata mereka pergi sana sebagai manusia takut2 balik bertukar menjadi jenazah kejung sebab negara tu baru je lepas berperang.Keadaan politiknya masih kurang senonoh kalau nak dibandingkan dengan politik Indonesia.


Tujuannya selain bajet hensem bergambar dengan alam sekitar yang tak ada kat Malaysia ni,aku kesana untuk bolasepak.Bukan nak main,gila apa main bola sampai ke Eropah sana sedangkan main petang2 lepas balik keje pun gagal.Pegi untuk mengalami sendiri suasana dalam stadium kat sana.Bosan dengan senario dalam stadium yang penuh dengan caci maki ,letupan mercun,botol2 kosong dan hinaan tak berperikemanusiaan terhadap pemain bolasepak negara,aku mengambil keputusan yang aku sendiri tak pernah pikir sebelum ni untuk turut sama beraksi seperti pengganas sejati negara balkan.

Satu benda yang menarik,bolasepak bagi diorang adalah budaya.sebab tu tahap permainan dan pencapaian bolasepak diorang lebih mantooppp daripada kita.bagi kita pulak bolasepak ni hanyalah sukan dan cerita panas di suratkabar dan slot sukan dalam berita perdana kerana time tulah masing2 bercakap lebih pandai daripada jurulatih,pemain mahupun sultan bola.masing2 tau macmna nak bagi Malaysia ni jadi juara Piala Dunia hanya kerana diinterbiu wartawan sukan dan dapat masuk TV3.

Berbalik ke balkan tadi,suasana sungguh amazing.diorg ni ada satu tabiat yang pada pendapat otak waras aku cukup patriotik.sepanjang 90 minit game berlangsung,mereka akan bernyanyi,melompat dan buatlah apa saja asalkan hiruk pikuk stadium tu.Berbanding dgn senario di stadium kita dimana suara2 pekikan ni hanya kedengaran apabila player makes mistake,referee error,n player miss chances which is aku katakan patriotaik.dan mereka akan salahkan player apabila national team kalah dan mendakwa player tak main bersungguh2 sebab tak patriotik.Patriotik atau tidak sekurang2nya bg aku player ada buat sesuatu untuk negara tapi rakyat Malaysia hanya sokong time menang.yang mana patriotik,yang mana patriotaik?

Bagi diorg,walaupun dah nampak chances nak menang itu takda tapi diorg keep chanting n singing for the team kerana bg diorg dgn tu sikit sebanyak bg semangat untuk yang bermain.paling tidak semangat tu naik 10%.Kat sini,dah la tak menyokong (cuma menonton) lepas tu disumpah seranah pulak..siapa yang nak bg semangat kat player2 kalau tidak yang ada kat stadium?

Kadang2 aku rasa sedih sebabnya aku rasa lebih seronok berada di stadium negara org berbanding dengan negara kelahiran aku.hujan api di stadium orang,hujan botol di stadium sendiri...

DELIJE SEVER (RED STAR BELGRADE)

Kualiti hampeh sebab masa tu aku study lagi,takda duit nak beli video cam,pakai henpon cokia jer.


Walaupun aku tak paham apa diorg cakap aku ikut je jerit setelah mamat sebelah aku cakap 'shout,UROS MISIC!'..layankaaaannn..(ini cuma liga daerah,bukan Liga Perdana diorg,bayangkan kalau Gombak vs Kuala Ketil mcmni punya sambutan)



Kat Malaysia ada jugak..cuma baru ada sekeping jer..heheheehehe



Bila la agaknya Malaysia nak jadi macamni...























25 February 2009

WaliMatul Urus




HMC Futsal Tournament 2009


Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara diatas.

Adalah dimaklumkan,setelah diperkenan oleh tuan Yang Dipertua Negeri dan diperaku kesahihannya oleh Speaker Dewan Undangan Negeri,maka pemegang mohor2 besar diraja memaklumkan bahawa HarimauMalaya.com akan mengadakan Kejohanan FutsalTerbuka pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :-

Tarikh : 15hb Mac 2009 (Ahad)

Masa : 9.00 pagi

Tempat : HTO de Futsal, USJ

Tarikh Tutup : 8hb Mac 2009, 8.00 malam

Tarikh Undi : 13hb Mac 2009, 8.30 malam (HTO de Futsal, USJ)


Pihak Penganjur dengan ini menjemput pihak tuan turut serta dalam kejohanan ini. Pihak tuan boleh berhubung dengan Urusetia kami iaitu Matthew Yong (016-6975108, letissier_yong@yahoo.com) & Gozal (017-2049736, gozal@harimaumalaya.com) untuk keterangan lanjut serta memberi maklum balas sebelum 8hb Mac 2009.
Kehadiran pihak tuan adalah dialu-alukan.

24 February 2009

Unit Terroris Hitam Kuning

Remember lads,The mentality of Ultras is our own and difficult to describe, but it's clear where we've got our inspiration from.We are an ultras group and as every other ultras group we identify with the original ultras around the world. We have mixed and transformed this style to the conditions in Malaysia and in that way made our own mentality.We want to stand for a creative, active and fanatical support to National Team. Through constant singing, jumping, using of flags and so on we want to create a passionate atmosphere to bring our team to new victories. We go to the games for one reason only; to support the team visually and verbally.
The supporter culture and the support to your club are not only about supporting the team on the pitch, but also about prestige to other clubs and supporters. We want to make Malaysia the proudest team to represent. We want Malaysia to continue having the most aware and knowing supporters/supporter groups. Clear mentality, style and attitude is very important. Ultras Malaya and the supporters of the team shall never in the future be able to be laughed at or made fun of at any level.

The Ultras are guilty:
guilty for existing,
guilty for thinking,

guilty for living free in a world of slaves,
guilty for loving unconditionally ,
guilty for not selling themselves to modern football,
guilty for saying the truth,
guilty for supporting the colors refusing benefits and compromises,
guilty for believing,
guilty for not having bosses,
guilty for not buying a club,


guilty for daring for a belief,
guilty for serving an idea,
guilty for returning from the stadium without voice,
guilty for going on away games,
guilty for not wanting to be bought,

guilty for believing that friendship is an absolute value,
guilty for not being cowards,
guilty for having an own mentality, in a world of conformists,
guilty for still knowing to dream,
guilty for sustaining the banner (club, colors) and not the players,

proudly guilty for not ever being approved
guilty for living ULTRAS, forever !
THE GROUP,THE TEAM AND THE REST!!!
ULTRAS MALAYA
WE NOT LED,WE LEAD
UNTIL THE LAST REBEL...

23 February 2009

Hakikat Edisi Majal

Marilah aku ceritakan suatu kisah berkaitan tentang HAL ini.Seorang ahli serabut di dalam sebuah hospital BAHAGIA melihat sang doktor meniup tangannya kerana kedinginan suhu ekon di dalam wad tersebut.

"untuk apa anda melakukan perkara seperti itu?"soalnya.

Dengan yakin sang doktor menjawab,"sudah pasti untuk memanaskan".

Ahli serabut lantas memekik,"engkau pembohong!!..Ibu ku berkata dia meniup dapur untuk menghidupkan api,nenek ku kata dia meniup pelita untuk memadamkan api,abang ku berkata dia meniup trompet untuk membunyikannya,adik ku meminta aku sendiri meniup matanya untuk mengeluarkan habuk dari dalam matanya dan bapaku berkata dia meniup teh tarik untuk menyejukkan,dan sekarang engkau mendakwa perbuatan meniup itu berfungsi untuk memanaskan".

"Siapakah yang berani memberi satu makna untuk sesuatu hakikat selain dari kebanggaan intelek atau kebodohan jiwa?"

11 February 2009

Hakikat Kezaliman

Sepatutnya semakin banyak belajar semakin pandai,semakin lama hidup semakin matang atau semakin banyak berfikir semakin paham,akan tetapi hakikatnya diri aku semakin bodoh, dan semakin menggelabah dan semakin tak reti.Maka terpaksalah aku membelek-belek kelakuan manusia dan binatang mencari-cari makna dan hakikat kebenaran kerana aku sudah tidak mampu menilai dengan baik.Teringatlah aku akan peristiwa sekira-kira dua tahun yang lampau.Ketika itu aku bermenung-menungan di tepi hutan berhampairan kolam ikan di kaki banjaran titiwangsa sana.Sedang melihat kabus tebal menyelubungi hutan banjaran titiwangsa,pandangan aku tiba-tiba terlempar kearah seekor ibu ayam yang sibuk mengais-ngais dan mencakar tanah mencari makanan.Di belakangnya empat ekor anak itik yang masih kecil(sekira-kira baru beberapa minggu menetas)berebut-rebut mengutip makanan.

Lantas terpesonalah hati aku seraya berbisik `Alangkah mulianya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini kerana dapat juga si anak itik menumpang kasih setelah kehilangan ibunya semenjak di alam telur lagi`.Akan tetapi sebaik sahaja menghampiri kolam anak-anak itik tersebut terus turun berenang sebagaimana layaknya itik berenang.Lalu tercengang-cenganglah si ibu memerhati dari atas tebing.Apa bila si anak berenang keseberang,demikianlah juga si ibu berpeluh-peluh berlari mengelilingi kolam menunggu di seberang,apabila berpatah haluan si anak itik ke kiri,berlarilah pula si ibu ayam ke kiri.Maka huru haralah aku tengok si ibu ayam cuba menjaga anak-anaknya (yang sebenarnya anak itik) sedangkan bersukarialah si anak itik bergolek-golekkan di permukaan air.Rasa terpesona dihati aku tadi tiba-tiba bertukar kesal ke tahap karipap.Lalu keluarlah hukum kedua dari sanubari aku `Alangkah zalimnya hati manusia yang mengeramkan telur itik kepada ibu ayam ini,selama manakah si ibu akan berlari-lari mengepung si anak kerana bimbangkan keselamatannya? aku sebagai makhluk yang berperasaan dan berakal seharusnya menyelamatkan kerosakkan ini dari terus berlaku.

Maka bingkaslah aku bangun lalu mencari-cari akan budak penjaga kolam tersebut untuk membetulkan keadaan.”eramkan telur ayam kepada ayam dan telur itik kepada itik nescaya tidak akan berlaku lagi kezaliman dari tangan-tangan manusia”,khutbah aku kepada budak penjaga kolam.”Sesungguhnya tuan kolam ini telah mati hatinya kerana tidak memahami bahasa-bahasa alam”,Hukum aku kali yang ketiga untuk pagi yang indah tersebut.Dengan bersopan santun dan penuh berbudi bahasa budak penjaga kolam menjawab,”Tuan..ketahuilah bahawa kolam ini kepunyaan tuan dan tuanlah yang mengarahkan kesemua telur itik yang kami temui di tepi semak kepada ibu ayam tersebut”, aku terkesima. Serentak dengan itu fail-fail lama terbuka.Tanpa catatan haribulan yang pasti atau tarikh yang tertentu namun kisahnya amat jelas untuk aku baca dan imbas semula.Empat biji telur ayam hutan yang aku eramkan kepada itik juga mempersembahkan hakikat yang serupa.saban hari aku menziarah telur-telur tersebut dan menanti-nanti saat ia menetas.Cuma terlepas pandang seketika aku tiba-tiba ternampak empat ekor anak ayam hutan yang baru menetas berlari melintasi pagar dan terus masuk kehutan meninggalkan ibu itik yang masih mengeram...dan hari ini pada beberapa tahun kemudiannya aku melakukan lagi kesilapan yang serupa.Malah terus berulang-ulang dan aku menyedari perkara itu pada setiap kali ia berlaku.Bermula dari saat itu aku semakin berhati-hati sebelum menghukum sesuatu yang terlihat dengan mata, kerana hukum aku terlalu mudah berubah.

Menyedari hakikat itu aku mencuba methode yang baru demi untuk tidak menghuru-harakan alam sekeliling. aku sudah takut untuk campur tangan sewenang-wenangnya perihal makhluk-makhluk di sekeliling, aku tidak mahu kebodohan jiwa aku akan menambahkan HAL-HAL yg lain kepada makhluk-makhluk yang lain.Tersedar dari alam kestrebenan aku apabila suara keras budak penjaga kolam 1 sedang membebel menegur budak penjaga kolam 2 kerana kegemarannya memelihara burung.Sememangnya aku sedar keliling warung ikan bakar di kolam itu bergantungan sangkar balam dan tekukur.”zalim perbuatan kau ni tau tak,kau tak fikir ke anak bini burung tu tunggu laki dia..tunggu bini dia kat rumah.kau tangkap mak bapak dia..nanti anak-anak burung ni sapa nak jaga?”. Pantas hati aku menjawab,” tuhan”...ahhhh celaka sungguh.cepat saja aku campur hal makhluk lain.Walhal aku sudah banyak kali memperingatkan diri sendiri akan kebodohan aku mentafsir hakikat.Apa yang aku risaukan cuma HAL itu berlaku di depan mata aku sendiri.

Penjaga kolam 2 yang agak berumur dan agak wara` meneruskan khutbahnya tentang perlunya kasih sayang sesama makhluk.Sesekali terhamburlah akan hadisnya yang lengkap bersama matan dan sanadnya sekali serta huraian yang panjang lebar.kepetahannya berbicara memaksa aku memasang telinga menadah ilmu syariat yang sedap telinga aku mendengarnya.`Jangan kita menzalimi sesama makhluk,tidak ada kasih allah bagi orang yang tidak mengasihi`ujarnya lagi sambil mengelap tumpahan teh tarik di hadapan meja aku dengan sehelai tuala basah.Budak penjaga kolam 1 diam membisu sambil terus mengira sisik kaki tekukurnya.Mata aku hanya melihat puluhan ekor semut diatas meja di sapu dengan tuala basah sambil mulutnya terus menghamburkan nasihat-nasihat yang diselang-seli dengan firman dan hadis.Kepala aku semakin serabut-Bagaimana aku akan menerima nasihat orang berilmu yang menegur sedikit kerosakan sedang mereka melakukan kerosakkan yang lebih besar.

09 February 2009

Mamak

anis l o v e b u z z: kazen
dirty apit: yes me cuz..

anis l o v e b u z z: ape plan ini mlm?
dirty apit: tak kemana...lepak rumah jer

anis l o v e b u z z: cehyyy
anis l o v e b u z z: baik punye shial

dirty apit: tak mana la
anis l o v e b u z z: duk je le umah ye
anis l o v e b u z z: same
anis l o v e b u z z: cheers dari umah je kang ye
dirty apit: haha

dirty apit: abih kuat mamak je kang
anis l o v e b u z z: huhu
anis l o v e b u z z:precisely!!!!
anis l o v e b u z z: mamak the greatest ever
anis l o v e b u z z: sape pun x leh lwn

dirty apit: tau takper..kari sependa
dirty apit: nasi beriani bulu tangan
dirty apit: roti canai tapak kaki
anis l o v e b u z z: mcm sial
anis l o v e b u z z: x pe gak
anis l o v e b u z z: roti canai taik lekat kat kuku
anis l o v e b u z z: kes ini dikabarkan terjadi di gulam
anis l o v e b u z z: huhu
dirty apit: kakakaka

anis l o v e b u z z: dikatakan
anisl o v e b u z z: mamak itu ke tandas
anis l o v e b u z z: berak
anis l o v e b u z z: taik melekat kat cincin
dirty apit: itu tahi lalat ka manusia punya taik?
anis l o v e b u z z: buat roti
anis l o v e b u z z: tpi
anis l o v e b u z z: da dlm roti
anis l o v e b u z z: ko tau ke nak beze tu taik ke x

dirty apit: mesti org ingat kacang dal tu...
dirty apit: adeii...
dirty apit: kimak betul

dirty apit: tak dapat nak dibayangkan ...coklat2 ..
dirty apit: ada jagung
anis l o v e b u z z: huhu
anis l o v e b u z z: babi
anis l o v e b u z z: sialan

anis l o v e b u z z: aku skang da r kuat pekene roti tlur
anis l o v e b u z z: cicah kari ikan
anis l o v e b u z z: huhu
anis l o v e b u z z: layannn

dirty apit: kari ikan takper..dia masak kari tu rendam sependa ..kau tak nampak
dirty apit: ini kalau kuah dal dgn taik tak boleh beza ,haru...

anis l o v e b u z z: sialan
anis l o v e b u z z: aku naseb x suke kuah dal

dirty apit: mujur la kau..
dirty apit: tapi bendi dalam kari tu kau yakin ke bendi yang sebnar,bukan bendasing?
dirty apit: kakakaka

anis l o v e b u z z: ate?
anis l o v e b u z z: dlm tafsiran kamu
anis l o v e b u z z: bendi sebagai ape mewakili bendasing?
anis l o v e b u z z: jari?
anis l o v e b u z z: kote?

dirty apit: alat kelamin beruk yang telah dikeringkan
dirty apit: lalu disalahgunakan sebagai pelaris

anis l o v e b u z z: xkan kot
anis l o v e b u z z: huhu
anis l o v e b u z z: bior betoi?
anis l o v e b u z z: ko ni
anis l o v e b u z z: psiko lebeh

dirty apit: hahahaa

aduhai mamaaaaaakkkkkkkkkkkkkk...........

26 January 2009

Sampai Bila????

Dimulakan dengan Bismillahirrahmaanirrahim.Tidak dapat dinafikan lagi, kebobrokan FAM mula mencetuskan kemarahan semua penyokong bolasepak Malaysia. Dilihat dari semua sudut, FAM mula di cemuh oleh penyokong, media, jurulatih-jurulatih serta pengurus pasukan, cuma peringkat kerajaan belum mengambil langkah untuk bertindak keatas FAM yang membutakan telinga, membuat keputusan membuta tuli dan tidak dapat dinasihati lagi oleh mana-mana pihak. Umum mula sedar, kerosakan FAM bermula dari tampuk Presiden FAM sendiri yang beriya-iya menggubal Majlis Tertinggi FAM kononnya mampu merubah senario dan mentality bolasepak Malaysia. Sudah jelas sejak sekian lama, Malaysia antara negara Asia yang mempunyai peminat bolasepak yang taksub dengan sukan nombor satu dunia itu. Oleh itu, atas wadah hanya penyokong sahaja sekarang boleh merubah jika tidak pun sedikit membaiki mutu dan perjalanan bolasepak Malaysia di semua peringkat.



Memandang kan Tuanku Presiden FAM tidak mahu berganjak dan atas dasar itu, kerajaan Malaysia mengamalkan dasar tidak mahu mengacau dan menderhaka setiap bidang luar politik yang dicampuri oleh tampuk kesultanan melayu. Kita lihat, banyak aspek terabai bila bidang tugas pengurusan diketuai oleh orang dari istana. Kita juga sedar, rata-rata peminat bolasepak Malaysia majoritinya berbangsa melayu amat menghormati dan mengelak dari tulah, tidak akan bersuara untuk menentang kesultanan. Namun, suatu yang menjadi keunikan sukan bolasepak yang berpaksikan kuasa penyokong mampu merubahnya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memberi sedikit tekanan berhemah. Untuk menyedarkan semua, portfolio jawatan presiden setiap badan sukan di Malaysia tidak akan ditentang oleh sesiapa jika dipengerusikan oleh Sultan. Namun, dalam bolasepak, kuasa dan hak kita sebagai penyokong sebenarnya adalah paksi terkuat dalam membangunkan bolasepak.



Jika dilihat, di peringkat professional FIFA mahu pun EURO sendiri mengambil pendekatan terbuka mendengar suara penyokong, dan kita sedia tahu kuasa penyokong professional di setiap pelusuk dunia menguasai sukan tersebut. Kita dengar dan baca melalui akhbar, kekuatan kuasa kelab penyokong mampu bersatu menyerahkan dana kewangan untuk memiliki kelab kesayangan mereka. Kita selalu dengar kebebasan kelab, pengurus dan wakil kelab penyokong menghantar amaran dan tekanan kepada pihak tertinggi yang mengelola bidang sukan ini agar perjalanan sukan kesayangan ramai ini berjalan dengan tunjang persembahan untuk segenap orang ramai yakni penyokong. Oleh itu, dengan keprofessionalan dan kuasa mampan dari luar, kita boleh cuba cedok pakai untuk ditafsirkan dengan cara dan perjalanan kita bersesuaian dengan adat resam dan budaya setempat.



Untuk melaksanakan resolusi paling besar ini, tidak dapat tidak suara penyokong harus bersatu dibawah satu payung kelab penyokong yang rata-rata sudah berdaftar dan mempunyai asas kukuh untuk bersuara. Satu cara paling efisyen yang boleh kita persembahkan adalah seperti berikut:



1. Gabungkan semua kelab penyokong alam maya dahulu, kerana perjalanan penyokong alam maya yang luas komunitinya bebas dan terbuka, kemudian organisasikan pergerakan ini di peringkat pergerakan luaran. Bina satu wadah yang kukuh agar diterima pakai semua peringkat kelab penyokong dari semua negeri dan kelab yang bermain dibawah Liga M.



2. Rundingkan dan tubuhkan Majlis Tertinggi yang mengelola, mengemaskini serta menjalankan gerak kerja utuh di peringkat tertinggi dengan niat nan satu, untuk memberi amaran dan tekanan kepada FAM secara total dan ‘totok’.



3. Wujudkan rangkaian webportal dan poll khusus untuk membincangkan dan memberi pandangan secara terbuka untuk dilaksanakan dasarnya diluar sana ketika kita mempersembahkan secara berdepan dengan FAM.



4. Adakan piket, serah memorandum dan angkat banner di setiap venue perlawanan, berkumpul sebelum perlawanan dan selepas perlawanan, angkat banner ketika perlawanan berlangsung. Pilih satu atau dua hari wajib untuk membuat satu reformasi besar-besaran didepan wisma FAM.



5. Bina unit tugasan tertentu dengan kepakaran setiap ahli dalam bidang tugas terpilih, bergerak dalam satu organisasi dan mengikut unit tersusun, contohnya adakan unit angkat dan membuat banner, unit perunding, unit penasihat, unit gerak kerja media, unit perusuh dan lain-lain.



6. Sertakan resolusi didalam memorandum dengan mengambil pakai setiap pandangan bernas yang dibuka thread terbuka untuk memberi cadangan dan highlight serta senaraikan setiap pandangan jitu dan didirikan atas satu gerak kerja professional. Mampankan organisasi mengikut unit, cari keahlian seramai mungkin, jika satu negeri atau kelab kita mampu kumpul 20 ribu ahli, suara 200 ribu ahli berkumpul untuk gulingkan FAM pastinya akan didengar oleh pihak berwajib.



7. Wujudkan satu hubungan diplomasi yang terbaik dengan kerajaan Malaysia, terangkan bagaimana kita berdiri atas suara hak professional ingin membantu kerajaan menaikkan nama negara yang digembar gembur mempunyai fasiliti antara terbaik didunia, namun mutu dan mentaliti bolasepaknya berada di kelas dunia ke sepuluh. Unjurkan suara kita kepada menteri-menteri dan ahli parlimen agar dibawa dasar untuk dibincangkan diparlimen.



8. Ahli mesyuarat tertinggi badan ini harus terdiri dikalangan orang elit dan genius serta cerdik pandai, ahli akademik serta gabungan badan bukan kerajaan.



9. Adakan perbentukan suara ini disemua peringkat remaja, bawakan semarak untuk melihat badan FAM yang kuku besi ke universiti, selayaknya berlaku seperti di Indonesia bagaimana kuasa belia universiti bergabung mengguling Presiden negara mereka. Namun kita tidak diperingkat bobrok, kita jalankan dengan cara professional, ingin membantu kerajaan dalam banyak segi.



10. Sedarkan kepada setiap penyokong, bahawa jikalau beribu kali FAM dibubar dan dibuat perlantikan Ahli Majlis Tertinggi pun, jika Presidennya tidak didesak berundur, pastinya kita akan merana selagi cara dan pembawakan songsang ini tidak disekat dengan suara ramai.



Diatas Cuma 10 cara dan pastinya ada beribu cadangan bernas boleh dibentuk jika kita bersatu sebagai suara orang kedua belas ingin memenangi perlawanan bolasepak diwakili oleh negara kita sendiri. Kita selalu kedengaran bagaimana kuatnya kesatuan kelab penyokong Manchester United atau Liverpool Malaysia, bagaimana mereka boleh duduk berbincang untuk menyampaikan sokongan mereka kepada pasukan luar. Kita tahu, mereka terdiri dikalangan rakyat elit dan terpelajar malahan professional serta korporat sendiri turun padang serta membina dana yang kuat.



Kita bukan mahu berpandukan mereka semata-mata, selain kita tidak mahu Presiden FAM hari ini, kita juga tidak suka atasan FAM terdiri dari orang yang mempunyai kuasa politik yang besar, ahli korporat jutawan yang memikirkan keuntungan beri dan mendapat pulangan, pemanggil kuasa penaja dan pakar membuat undang-undang serta akta sukan, penggubal draf dan ahli panel perunding yang bagus sahaja. Kita mahukan wakil suara kelab penyokong atau orang dari bawah yang melihat kekacauan FAM yang tidak disedari diperingkat atasnya.



Jika kita mampu kumpulkan sekurang-kurangnya 100 ribu ahli, memungut dana ahli RM10 setiap satu orang, kita malahan mampu membeli FAM yang tiada harga pun jika dibuat bida terbuka. Kita boleh ubah banyak sudut bila kita menukar atasan FAM sedia ada. Kita boleh buat penswastaan contohnnya, kita boleh memanggil ramai pelabur dalam negara, kita boleh membina Liga M yang lebih bermutu, malahan kita boleh memberi hak penyokong yang terpenting untuk diberi, iaitu kepuasan memiliki pasukan kesayangan kita mengikut yang kita dasarkan.



Ini cuma resolusi pendek yang saya sertakan sebagai kemungkinan bagi kita untuk membina jambatan ini agar sampai kepada FAM. Jambatan yang membawa gerombolan suara dan sorakan professional kita kepada kerajaan Malaysia khususnya. Liputan media massa luar juga akan menyedari, Malaysia memiliki penyokong bolasepak yang berkualiti dan berkuantiti bersatu. Kita mahu ubah sedikit sahaja, kita mahu mereka berubah demi hak perjuangan kita. Kita celik mengenal bolasepak bila diperkenalkan oleh orang-orang tua kita, bagaimana untuk kesekian lamanya mereka menderita tanpa pembelaan. Bagaimana kita dicerca, bagaimana nilai bolasepak Malaysia diketawakan diperingkat antarabangsa dan kita dikenali sebagai orang Asia yang berdarah sejuk, yang boleh dikeji dan di kecam sewenang-wenangnya.



Saya berharap agar resolusi yang total tapi ‘totok’ ini tidak menjurus kearah yang lebih negatif, malah mampu membuka mata kita semua untuk lebih berfikir untuk menaikkan taraf bolasepak sendiri, bukannya adik, anak dan cucu kita mentertawanya kelak. Saya akhiri resolusi pendek saya dengan jutaan kemaafan dari semua pihak, KITA MAHU SEMUA SEDAR KUASA BOLASEPAK MALAYSIA BERADA DIDALAM TANGAN PENYOKONGNYA SENDIRI. Ayuh, gemakan suara kita, gegarkan FAM yang tidak akan sedar sehingga kita londehkan aib mereka secara berdepan. Wassalam.

12 January 2009

Kecewa Bukan Mati


Manusia dijadikan Tuhan memang untuk menerima ujian,dugaan,suka,duka.sebab ianya memang lumrah cerita untuk kita yang bernama manusia.ada yang ujiannnya begitu,ada yang begini.ada pulak yang tak sudah-sudah ditimpa malang dalam hidupnya.Dan mari kita tinggalkan sejenak alam serabut bagi mengupas tentang permasalahan topik yang biasa kita semua lalui.kecewa dalam percintaan.Banyak antara kita,lelaki atau perempuan kecewa dalam bercinta.

pernah dulu kawan aku mengecewakan lelaki yang dah pun jadi tunangnya,nak dijadikan cerita si lelaki gagal menerima kenyataan yang dia telah dikecewakan.akhirnya putus wayar..gila isim.kehulur kehilir bawak tin biskut kosong dengan getah basikal ikat kat pinggang.la ni tak tau ok ke atau dok macam tu lagi.sebab benda ni dah lama dulu jadinya.ada juga member sekolah aku yang jadi gila sebab cinta.la ni ada lagi kat selayang dok merayau-rayau sana sini.dengan keadaann yang tak terurus dia menghabiskan sisa-sisa hidup dia .itulah bahananya kesan cinta ini yer saudara dan saudari..hehe

Aku pun pernah melalui juga.dikecewakan.dan ianya memang sakit.tapi aku mengkaji dan mengambil masa lama untuk mengkaji,cuba mengenal makna hidup,cuba mengenal diri sedalam-sedalamnya.cuba mengenal apa sebenarnya cerita kita ini.dan aku akan bagitau korang apa yang telah aku faham dalam bab kecewa dan cinta ni.

Korang wajib letakkan Tuhan diatas segalanya dimukabumi ni.maknanya korang mempraktikalkan makna percaya dan yakin itu melebihi segala-segalanya.kalau korang masih putus asa atau kecewa,itu maknanya nilai iman korang tak kuat.ianya tak sampai.lelaki,perempuan mahupun alam dan ciptaan ini hasil dari yang maha kuasa.Adam memerlukan Hawa begitu juga sebaliknya.jadi kalau bagi yang perempuan janganlah sampai hati dah tertutup untuk menerima yang lain,sebab berbalik pada rukun iman kita wajib percaya pada qada dan qadar kita.kita perlu positif sebenarnya,kalau kita kata hati dah tertutup,maknanya tanpa kita sedari kita menafikan kejadian Tuhan,bukankah perempuan itu pasangannya lelaki?

Kalau korang kata korang manusia yang kuat beragama,dan mendekatkan diri pada Tuhan untk menghilangkan segala permasaalahan dan kecewa,itu bagus..cumanya praktikalkan makna ibadat yang telah dan selalu korang buat itu dalam kehidupan yang dilalui.korang kena faham betul-betul yang korang beribadat bukan untuk Tuhan..sebab Tuhan itu telah sedia sempurna.korang lakukan untuk diri dan semangat korang.semangat itu Roh,kalau semangat korang lemah macamana korang nak melalui halangan dan dugaan hidup ini?Dan kalau masih ada benci dan dendam maknanya korang masih ada perasaan yang tidak baik dalam diri tu.kita bersolat atau berzikir untuk membersihkan hati kita dari sikap yang tidak baik pada diri kita.Jadi praktikalkan makna solat dan zikir itu dalam hidup(walaupun aku sendiri kadang2 kumpau,tapi sekadar menasihati satu sama lain)...sebab kita hidup dialam yang nyata..kita beribadat ujntuk alam yang tidak nyata..untuk menambahkan nilai iman..iman itu suatu yang tidak kita nampak..tapi wajib kita percaya..dan dari subjek yang tidak nyata..atau surreal..kita nyatakan ia dalam hidup yang sedang kita lalui ini.

Banyak diantara kita islam kerana keturunan maka dipraktikalkan makna islam dan agama yang telah diajar oleh ibubapa kita kepada kita sampailah kegenerasi yang seterusnya.sepatutnya kita perlu ada inisiatif untk mendalami tentang agama itu sehingga kita faham siapa kita sebenarnya,dan siapa yang ada disekeliling kita itu sebenarnya..

Jangan pernah mencuba untuk memiliki.sebab kalau korang berfikir camtu,kompem korang akan dilanda kecewa pada tahap guling sembelit.perjalanan insan ini tiada penghujungnya..Kalau korang kata dia(makhluk)itu milik korang..kepercayaan korang dan dia tidaklah sama..sebab walau pun roh kita sama..hatiiii dan perasaan itu lain-lain.walaupun korang dah berumahtangga.cuma perlunya kefahaman dan tolak ansur dalam sebuah institusi rumahtangga.walau pun dah berumahtangga dan beranak pinak,kita masih bukan memliiki sebenarnya..memilik?ianya hanya didunia ini.dunia itu sementara.sampai masa ,semuanya akan kembali pada yang satu..aku punya sebuah kehidupan..ada family,satu hari nanti ada anak-anak.bila anak2 aku dah besar nanti diorg pun akan ada hidup mereka sendiri.sebab tiap kejadian itu punya rohnya.dan kita akan belajar untuk menghargai tiap kejadian.itu penting sebab itu akan menambahkan nilai percaya korang pada yang satu...

Dunia ini hanya tempat singgah kita sebelum kealam abadi..Apa yang dibadan hanyalah nikmat yang sementara..kau cantik,lama-lama kau akan tua jugak...Jangan tanamkan sifat benci dan dendam dalam diri.bekalkan roh itu dengan nilai-nilai yang positif,untuk diri sendiri juga.bukan untuk Tuhan..

Dan tolong jangan takut dengan Tuhan,korang baru bertatih,belajar untuk mengenalnya melalui hidup yang sedang korang lalui.dari situ akan datang lebih kefahaman tentang makna kecintaan pada dia.kerana kita miliknya yang abadi.Keredhaan itu adalah subjek yang tertinggi dalam nilai insan dalam menuju Tuhannya..

Memaafkan adalah suatu sifat yang terpuji bagi kita.manusia.kegagalan hari ini bukan penamat sebuah cerita,sampai dah tak punya hidup.insyaalah akan dapat yang lebih baik dari apa yang telah dan pernah korang dapat.so janganlah menafikan orang yang pernah mengecewakan korang,sebab dia pun subjek dalam hidup ni,mcm dairi hidup untuk korang..milik korang,dan korang sedang membacanya.dalam diari tu bermacam peel bentuk cerita suka dan dukanya.mana ada cerita yang statik dari mula sampai akhir?betul?.kalau statik yang aku tau orang gila jer sebab mereka telah temui kebahagiaan yang sejati,itu sebab orang gila tak ada dosa..hehe..

Kita tidak mampu menafikan dosa dalam hidup kita,sebab ianya keperluan untuk sebuah kehidupan,ianya juga peringatan untuk kita jadi yang lebih baik bagi nilai iman itu sendiri..iman itu sesuatu yang tidak kita nampak tapi wajiblah kita percaya.Klau kata kita beriman,praktikal dan terjemahkanlah maknanya dalam hidup yang sedang kita lalui ni.....

p/s:dah tak serabut dah..